SYAHIRAH KOREAN SECRETS: HYDRA SOFT HYDRATING PLUS ESSENCE

2:29 PM

 

Assalamualaikum. Holla ~

 

Welcome 2023 ! First entry of the year, month. Hopefully the momentum remain till forever. Gambatehhhh !!! *sambal tepuk-tepuk bahu sendiri & senyum simpul*

Di entri permulaan tahun ni, MZ nak kongsikan satu kegembiraan MZ. MZ rasa, MZ tak pernah share my skin journey yang dessert dulu sampai lah sekarang. Yes ! My skin pernah jadi macam Gurun Sahara yang ketandusan air. Sangat kering, lines memang jelas kelihatan dek kekeringan tersebut. If gores & menang ‘ja, mesti akan trun ‘snow’. Snow tu ialah kulit kering MZ lah. Sedih noks ! Terpaling sedih sebab sebelum ni muka MZ sejenis tadak masalah.

Macam-macam caralah MZ try untuk repair lah struktur kulit MZ masa tu. Banyaklah try and error nya.. Alhamdulillah, it’s getting better day by day. Yahh ! After a hardwork, it pays… so, sekarang, MZ kenalah maintain condition skin MZ tu, tak mau dah dia jadi Gurun Sahara lagi. Sedih tau, tak yakin.. semua ada bila keadaan skin macam tu. A BIG NO for that skin condition.


Antara cara untuk MZ maintain kan keadaan kulit sekarang ialah dengan melembabkan kulit. MZ memang minat sangat dengan produk yang dapat melembabkan kulit. Dan antara product yang best yang MZ suka ialah, Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essence. Antara produk Syahirah yang terbaharu,  diformulasikan seolah-oleh skin care Korea.

 


Tekstur tidaklah terlalu pekat, dan tidak jugak terlalu cair. Tapi, dengan kepekatan yang sempurna tu, 1 titisan sahaja boleh digunakan keseluruh wajah MZ. Ianya agak ringan, tidak melekit, tidak berminyak  dan mudah diserap ke dalam kulit. Jadi, kulit akan lebih lembab setiap kali lepas penggunaan.


  

Selain itu, Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essence jugak dapat membaiki kulit yang rosak, melegakan kulit yang rengsa dan paling penting dapat memperbaiki struktur kulit yang menggelupas.

Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essence ni mengandungi formula 3 kali kelembapan. Serius ! Antara kandungannya, ialah HA yang semuanya diketahui sebagai agen kelembapan. Selain dari tu, Hydra Soft Hydrating Plus Essence ini telah diuji secara dermatologi oleh pakar kulit dan ianya selamat kerana bebas paraben, alkohol dan minyak mineral. Tu yang seronok tu gunakan Safi Hydra Essence ni. Kelembapan tu memang akan dirasai selepas setiap kali penggunaan.

Bagi MZ, hampa yang ada masalah yang sama @ hamper sama dengan MZ, kena cuba Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essence ni. Hampa pasti akan merasai apa yang MZ rasai sekarang. MZ akan sentiasa bawak Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essence ni bersama, bukan apa.. duduk dalam aircond, keadaan cuaca yang agak panas akan membuatkan kulit akan lebuh mudah untuk menjadi kering. So, MZ tak perlu risau lagi tentang ni kalua Safi Hydra Essence sentiasa ada bersama MZ. Ahh gitchuuu ~~~

Info lanjut boleh baca dekat Syahirah Malaysia

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored