Permulaan Si Juara Diiringi Kebaikan MILO® Untuk Tenaga Berpanjangan

9:36 PM

 Assalamualaikum. Holla ~

Selama lebih 70 tahun, MILO® telah berkongsi kebaikannya dengan rakyat Malaysia dan menjadi jenama isi rumah yang dihargai ramai. MILO® kekal berusaha untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada rakyat Malaysia dengan ‘semangat juara’ serta mengukuhkan mesej kepentingan bersarapan pagi. Raihlah tahun baharu dengan menikmati kebaikan MILO setiap hari untuk tenaga berpanjangan.

2023 merupakan tahun yang akan membangkitkan semangat juara semua rakyat. Masyarakat Malaysia kini kembali menjalani kehidupan yang normal, justeru akan menetapkan matlamat untuk dicapai dan impian untuk dikejar. Selepas beberapa tahun berkurung, kini merupakan masanya untuk kembali seperti sediakala. Ramai pun telah mula bekerja di pejabat manakala ibu bapajuga kembali dengan rutin menghantar anak- anak ke sekolah seperti dahulu.

Sarapan adalah sajian harian yang paling penting namun Kajian MyBreakfast menunjukkan bahawa kira-kira 1 daripada 4 kanak-kanak yang bersekolah di Malaysia tidak bersarapan pagi.



Wong Mei Ching , Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan Nestlé Malaysia menerangkan kebanyakan ibu bapa tidak menyedari bahawa kanak-kanak akan menghadapi kehilangan tenaga simpanan selepas tidur semalaman. “Kajian terbaru menunjukkan bahawa kira-kira 1/4 daripada tenaga simpanan badan kita akan digunakan selepas tidur semalaman, oleh itu bagi mengisi semula tenaga mereka, ia amat penting untuk bersarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang bagi memulihkan kecergasan mereka,” katanya.

Penyediaan sarapan yang sihat, seimbang dan berkhasiat mungkin mencabar bagisegelintir ibu bapa, terutamanya mereka yang bekerja sepenuh masa.Namun, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan penyayang, mereka akan selalu mengutamakan dan memberikan yang terbaik kepada anak-anak dalam segala aspek.

Secawan MILO® yang panas merupakan pilihan sempurna untuk pagi anak anda. Kebaikan semula jadi dalam secawan MILO® yang dirumus dengan formula khas untuk memenuhi keperluan nutrisi harian dan membekalkan tenaga berpanjangan untuk mereka kekal focus and aktif di sekolah.

MILO® mengandungi kebaikan semula jadi daripada bahan-bahan terpilih termasuk Barli Malt, Susu dan Koko dengan gabungan unik vitamin dan mineral yang memberikan anak anda tenaga berpanjangan pada waktu pagi dan satu permulaan hari yang tepat.


 MILO® dianugerahkan dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setiap pagi, walau sesibuk mana pun, saya akan menyediakan sekurang-kurangnya secawan MILO® yang panas buat anak-anak supaya mereka memulakan hari dengan tenaga yang diperlukan untuk kekal aktif dan fokus di sekolah sebelum waktu rehat, “ ujar artis tempatan, Shuib Sepahtu yang merupakan bapa tunggal kepada 4 anak.

Juruhebah radio, Gan Mei Yan turut menyatakan bahawa beliau akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat kepada anaknya setiap pagi seperti yang dilakukan oleh ibu bapanya ketika di bangku sekolah dahulu.

“Dulu, ibu bapa saya sentiasa menyediakan secawan MILO® yang hangat pada waktu pagi sebelum saya ke sekolah. Secawan MILO® yang diberikan ibu saya sangat penting untuk saya kekal bertenaga di sekolah. Itulah sebabnya apabila saya menjadi ibu sekarang, giliran saya pula untuk menyediakan MILO® untuk anak saya” tambahnya.

Mulakan tahun ini dengan menjuarai hari anda bersama kebaikan MILO® untuk memberi tenaga yang berkekalan dan meraih pencapaian yang lebih tinggi!

Dengan secawan MILO® setiap pagi, setiap juara sudah bersedia untuk menjalani dan menjuarai hari kalian! Untuk melangkah lebih jauh segalanya tahun ini, #MILOSiapSediaJuara!

1 ES Tee et al. Pengambilan sarapan pagi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah dan menengah di Malaysia dan hubungan dengan status berat badan - Penemuan daripada Kajian MyBreakfast. Asia Pac J Clin Nutr. 2018;27(2):421-432.

2 EJ Simpson, et al. Pembentangan abstrak di Persidangan Seksyen Nutrisi Masyarakat Ireland, UK, k15-17 Jun 2022.

Mengenai MILO®

MILO® merupakan minuman malt coklat berkhasiat terkemuka di Malaysia yang digemari kerana rasa ikoniknya. Penuh dengan kebaikan barli malt, susu dan koko dengan gabungan unik 6 vitamin dan 3 mineral, MILO® telah memacu generasi juara dengan tenaga untuk melangkah lebih jauh. Selama lebih 70 tahun, MILO® telah berkembang bersama Malaysia dan menjadi sebahagian penting daripada warisan sukan negara, menyediakan nutrisi kepada atlet serta platform untuk tumbuh dan berkembang melalui pelbagai program sukan akar umbi MILO®.

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia, dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.

Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.

    

  Untuk keterangan lanjut:

 Shaheen Zaffar

Nestlé (Malaysia) Berhad

Tel: +603 7965 6456

Mobile: +60 12 235 6865

E-mail: Shaheen.MohamedZaffar@my.nestle.com


Opie Sofia

OPR Network

Mobile: +6012 650 3385

E-mail: oprnetwork2@gmail.com

You Might Also Like

2 comments

  1. Milo memang mjadi kegemaran dari dulu hinggalah kini

    ReplyDelete
  2. artikel yang baik.. siap dengan rujukan research paper.. hebat..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored