Assalamualaikum. Holla ~
Sepanjang bulan Ramadhan ni, mesti ramai yang memerah otak untuk memenuhkan meja dengan menu yang ringkas dan mudah. Ada kalanya, nak jugak menu yang canggih manggih kan. Kalau memang suri rumah sepenuh masa, makanya sempatlah nak buat juadah yang canggih manggih tu, tapi kalau working housewife, mestilah nak yang senang, janji perut suami kedepan. Upsss...
Cerita pasal menu berbuka, mesti dah banyak dekat carian Google kan ? Kali ni, MZ nak kongsikan pasal menu sahur MZ pulak. MZ ni jenis tak makan time sahur, tak dak hal punya. Tapi, kalau tak minum air kosong time sahur, hohemgeee.. Lembik mak noks !
Selalunya, tepi katil MZ memang ada sebotol air kosong, itulah sahur MZ. Dan disebabkan peningkatan usia, nak jugaklah MZ rasai menu ringkas dan cepat tapi bertenaga sepanjang bulan Ramadhan ni.
Assalamualaikum. Holla ~
I'm back. Sorry dah lama tak blogwalking. Sorry dah lama tak tinggalkan komen. Sorry jugak untuk diri sendiri sebab dah lama tak rajin membiarkan jari jemari menulis. Bukan apa, mata ni... kemain dia tau.. rajin nau-nau dia sabotaj tuan dia. Penyudahnya, tuan dia terkedang, laptop menari-nari. Bangun dari lena yang panjang, barulah penyesalam timbul. Acano ?
Haaa.. dah lama tak membebel, sekali dapat membebel, first paragraph dah penuh. Maafkan beta ye... kuang kuang kuang..
Day 9 Ramadahan.. alhamdulillah.. masih diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup dan menambahkan amal. Sambil menaip, sambil lepak santai, break time.. nan hado macam ni selalu.
Kali ni, MZ nak share waktu berbuka puasa yakni waktu solat untuk setiap waktu di Penang. Since MZ, orang Penang yang manih melecaih, MZ share lah Penang punya. Hampa yang negeri lain tu, bolehla pakat share negeri hampa punya.
Bila kita mudahkan urusan orang, in sha allah Dia akan permudahkan urusan kita jugak. Mudah-midahan yeee...
Assalamualaikum. Holla ~
Hari ni nak berbuka puasa di mana ? Or maybe weekend ni terasa nak berbuka di luar, tapi tak pasti kat mana ? Apa kata hampa consider Georgetown City Hotel sebagai lokasi untuk hampa berbuka puasa.
Tapi, sebelum tu, hampa tau ka lokasi Georgetown City Hotel ni ? Ka ni first time hampa dengaq ? Aihh.. tak pa.. MZ boleh kongsikan lokasi Georgetown City Hotel ni untuk memudahkan hampa mencari Georgetown City Hotel ni. Sila follow map kat bawah rapat-rapat naaa...
Follow rapat rakan baik MZ ni supaya hampa sampai ke destinasi dengan selamat.
Apa yang menarik menu berbuka puasa di Georgetown City Hotel ?
Assalamualaikum. Holla ~
Masih tidak lambat lagi rasanya untuk MZ mengucapkan salam Ramadhan buat semua readers. Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini dapat mengubah sedikit sebanyak diri kita kepada yang lebih baik. Aaaaminnnn...
Bertemakan resepi original Melayu yang diilhamkan oleh Tok Wan, Vistana Hotel menjanjikan 101 pelbagai jenis salad segar seperti kerabu mangga, kerabu sotong, dan kerabu kaki ayam serta ulam-ulaman yang segar seperti ulam raja, jantung pisang petai yang turut dimeriahkan dengan kehadiran sambal belacan, cencaluk, tempoyak,budu dan sambal nenas yang pastinya akan membangkitkan selera pengunjung ke sana.
Hotel yang terletak di Bukit Jambul ini sangat sesuai dijadikan lokasi untuk berbuka puasa kerana lokasi yang strategik, persekitaran yang selesa serta pilihan menu yang banyak sehingga hampa pasti teruja untuk mencubanya.
Antara menu wajib cuba Resepi Tok Wan ialah, ayam goreng berempah, ikan cencaru belah belakang, rendang tok daging, siput belitung masak lemak cili api, gulai daging, rendang itik dan pucuk ubi masak lemak.


