Selera Kampung Ramadhan Buffet Dinner di Georgetown City Hotel
9:01 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Hari ni nak berbuka puasa di mana ? Or maybe weekend ni terasa nak berbuka di luar, tapi tak pasti kat mana ? Apa kata hampa consider Georgetown City Hotel sebagai lokasi untuk hampa berbuka puasa.
Tapi, sebelum tu, hampa tau ka lokasi Georgetown City Hotel ni ? Ka ni first time hampa dengaq ? Aihh.. tak pa.. MZ boleh kongsikan lokasi Georgetown City Hotel ni untuk memudahkan hampa mencari Georgetown City Hotel ni. Sila follow map kat bawah rapat-rapat naaa...
Follow rapat rakan baik MZ ni supaya hampa sampai ke destinasi dengan selamat.
Apa yang menarik menu berbuka puasa di Georgetown City Hotel ?
Antara yang menarik kat Georgetown City Hotel ialah, menunya ditukar setiap hari dalam masa seminggu. Jadi kalau hampa berkenan dengan certain foods, hampa kena lah mai pada hari tersebut.
Menu Istimewa Georgetown City Hotel
Antara signature dish kat sini yang hampa wajib cuba mengikut hari ialah, Ikan Patin Masak Lemak Cabai Melaka, Gulai Nangka Muda Dengan Ikan Bilis, Nasi Bukhary, Ayam Masak Ros, Kambing Kerala, Mee Ketam With Condiments, Daging Rendang Mamak, Ayam Goreng Berempah, Sotong Szechuan, Dalca Sayuran, Pisang Muda Masak Lemak Cili Api, Ayam Masak Kerala, Mee Udang With Condiments dan Udang Sambal Tumis Petai.
Meh kita tengok apa yang Georgetown City Hotel jamu untuk MZ hari tu...
Ni pun antara menu wajib cuba sekiranya hampa berbuka di Georgetown City Hotel. Grilled station. Marinate nya sendiri dah sedap, apatah lagi apabila dicampur dengan gravy black pepper. Serius sedap tak hengat.
Sejenis kerabu ala-ala bihun yang sedap menyengat, masam-masam pedas
Bagi MZ, kebanyakkan juadah yang disajikan oleh Georgetown City Hotel ni terasa seolah-olah memakan hasil dari air tangan ibu / tok sendiri. Sesuai lah dengan tema selera kampungnya, memang terasa keenakkan makanan Melayu yang tidak di tambah baik dari segi rasanya, tapi ditambah baik dari segi rasanya. Contohnya seperti ayam masak merah, memang rasa betul perasaan berada di kampung masa menikmatinya.
Dengan harga RM 55 nett untuk dewasa, RM 42 nett untuk warga emas dan RM 30 untuk kanak-kanak, hampa boleh merasai keenakkan selera kampung ditengah bandar.
Selara Kampung Ramadhan Buffet Dinner ni bermula dari 30 May 2017 sehingga 21 June 2017 dan waktu operasinya ialah dari jam 1900H sehingga 2200H.
Untuk sebarang tempahan atau pun pertanyaan, sila hubungi +604 220 7373 atau emailkan kepada F&B@georgetowncityhotel.com .
1 comments
Menyelerakan... Cuma xberapa jelas gmbr makanan xdpt tgk sgt...
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^