101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan di Vistana Hotel Sepanjang Bulan Ramadhan ni
9:53 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Masih tidak lambat lagi rasanya untuk MZ mengucapkan salam Ramadhan buat semua readers. Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini dapat mengubah sedikit sebanyak diri kita kepada yang lebih baik. Aaaaminnnn...
Bertemakan resepi original Melayu yang diilhamkan oleh Tok Wan, Vistana Hotel menjanjikan 101 pelbagai jenis salad segar seperti kerabu mangga, kerabu sotong, dan kerabu kaki ayam serta ulam-ulaman yang segar seperti ulam raja, jantung pisang petai yang turut dimeriahkan dengan kehadiran sambal belacan, cencaluk, tempoyak,budu dan sambal nenas yang pastinya akan membangkitkan selera pengunjung ke sana.
Hotel yang terletak di Bukit Jambul ini sangat sesuai dijadikan lokasi untuk berbuka puasa kerana lokasi yang strategik, persekitaran yang selesa serta pilihan menu yang banyak sehingga hampa pasti teruja untuk mencubanya.
Antara menu wajib cuba Resepi Tok Wan ialah, ayam goreng berempah, ikan cencaru belah belakang, rendang tok daging, siput belitung masak lemak cili api, gulai daging, rendang itik dan pucuk ubi masak lemak.
Terdapat jugak menu wajib cuba Penang seperti asam laksa, murtabak, rojak dan pasembur yang boleh didapati di gerai-gerai sekitar ruang legar berpenghawa dingin.
Ni adalah antara sebahagian daripada Resepi Tok Wan yang dihidangkan di Vistana Hotel. Yang pastinya, rasa setiap dari menu tersebut membuatkan hampa terliur.
Rendang Itik
Salah satu menu wajib cuba Resepi Tok Wan, siput belitung masak lemak cili padi
Aneka jenis bubur
Aneka jenis kerabu yang membuatkan hampa naik juling untuk memilih
Aneka jenis kuih melayu, puding serta pencuci mulut
Pada kali ini jugak, Vistana Hotel membuat satu kelainan dengan menyediakan ais krim Malaysia sebagai pencuci mulutnya. Terdiri daripada 5 jenis perasa yang bakal mengembalikan memori hampa kepada zaman kanak-kanak suatu masa dahulu. MZ turut tidak melepaskan peluang ini.
Ni antara juadah yang MZ nikmati sewaktu berbuka puasa di Vistana Hotel tempoh hari. Dalam banyak-banyak MZ memang paling suka dengan nasi hujan panas, gulai kawah daging bersama ikan keli goreng. Memang terangkat habis, gulai yang pekat memang menambat selera MZ yang berpuasa seharian.
Paling MZ suka
Yang ini, MZ tidak pasti namanya, tapi rasanya memang sedap sangat. Rasa coklat yang penuh dimulut. Pencinta coklat memang kena cuba pencuci mulut ni.
Ketupat pulut, lemang dan serunding pun apa kurangnya. Rasa lemak pulut berserta rasa yang begitu seimbang, dipadankan pula dengan serunding ayam mahupun daging, memang sedap serta membuatkan ini adalah salah satu menu kesukaan MZ.
Ucapan alu-alaun dari GM Vistana Hotel.
Bagi yang berminat untuk berbuka puasa disini, serta membuat tempahan bolehlah menghubungi +604 646 8000 atau hantarkan email kepada vispg@ytlhotels.com.my . Harga voucher ialah RM70 nett untuk orang dewasa dam RM30 nett untuk kanak-kanak yang berumur 4-12 tahun. 101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan ini akan berlangsung dari 29 May 2017 - 24 June 2017.
2 comments
mmg kalau dh makan masa Iftar mmg terduduk dgn lauk pauk yg menyelerakan tu
ReplyDeleteBW dari https://umifuzy.blogspot.my/
Wow banyaknya menu.. Confirm pening kepala nak pilih mana satu.. Semua sedap2 belaka..
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^