KEK BATIK DARK CHOCOLATE TOBLERONE

10:34 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Goor morning fellas.. saja ja pepagi ni nak bukak selera hampa. Hari tu, MZ buat kek batik Toblorene, version dark chocolate. MZ memang tak minat sangat dark chocolate ni, Dikdik yang memang fanatic gilerrrr..

Since Toblerone dark chocolate tu ada lagi, Dikdik campakkan sekali ke dalam periuk yang tengah didihkan didalamnya butter dan milo berserta susu pekat. Rasanya, memang awesome. Time tengah panas pun sedap, time sejuk apatah lagi. Cuma yang kurangnya, "gam" aka butter. Sepatutnya, resepi asal kena letak sebuku butter, but then MZ letak half ja. MZ bukan kedek, tapi MZ ingatkan butter MZ ada lagi sebuku, rupanya tinggal setengah buku. Sudahnya, MZ campur Planta sikit. Tu yang nyummm tuh !

Ni pun sebenarnya Dikdik request, ada lagi wishlist dia, cheesekut dan brownies. Sabaru minal iman ye, perut kecik, tangan hakak hang ni ada dua ja dik.

Meh MZ kongsikan resepi kek batik Toblerone version MZ. 



kek batik, kek batik sedap, kek batik mudah, kek batik simple, kek chocolate, kek toblerone, kek simpla dan jadi, kek sedap, hidagan berbuaka puasa, resepi kek batik, mudah dan menjadi


Kek Batik Dark Chocolate Toblerone 

Bahan-bahannyaa

250 gm butter
 (kali ni MZ guna brand mahal sebab hari tu ada offer)
Susu pekat (setengah cawan)
Milo (setengah cawan)
Biskut Marie (sebungkuih)
Beberapa ketul Toblerone

Cara-caranya

1. Cairkan butter didalam periuk dengan api yang kecil.
2. Apabila butter sudah cari sepenuhnya, masukkan susu pekat kedalam periuk dan gaul sehingga sebati.
3. Masukkan milo dan gaul sebati.
4. Masukkan chocolate Toblerone mengikut sukatan kesukaan hampa. Tutup api.
5. Sementara menantikan campuran tadi sejuk sedikit, patahka biskut Marie dan letakkan ke dalam tupperware / tipuware / etc.
6. Tuangkan campuran tadi dan pastikan ianya sekata dengan biskut tadi.
6. Masukkan kedalam peti sejuk selama 4 jam. (lagi lama, lagi baik)


Dan selepas disejukkan, bolehlah hampa makan. Nyum nyum nyum.. Sedap angat angat angat.... Selamat mencuba..

Till then. See ya ~


You Might Also Like

3 comments

  1. aisehh mesti manis giler kek batik ni kann., huhu2

    ReplyDelete
  2. Toblerone my fav coklat..msti sdp ni..nsb baik BW time mlm2 ni ahh..haha

    ReplyDelete
  3. ni kalau buat pagi raya mau sekejap je licin

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored