OLIVE TREE RAMADAN BUFFET
3:38 PM
Assalamualaikum. Holla ~
Dah penghujung Ramadan ni mesti ramai yang dah kekeringan idea nak masak apa kan ? Nak ke bazaar, orang yang meniaga pulak dah tak ramai, pilihan pun dah tak banyak. Haaa.. tak pa.. tak pa... hotel-hotel masih menyediakan buffet sehingga hujung Ramadan ni. Antaranya, Olive Tree Hotel yang bakal menamatkan buffet Ramadan nya pada 2-July-2017. Haaa.. sempat lagi kan ?
Kalau nak tahu, Olive Tree Hotel ni terletak di kawasan Bayan Lepas, berhadapan dengan PISA atau nama barrunya Spice Arena. Gittew ~ Sapa tak tau boleh check Google naa.. Apa dia ? Malas ? Okeylah.. nanti MZ kongsikan lokasinya, tapi kenalah baca sampai habis dulu hokey.
Olive Tree Hotel menyediakan lauk tradisional berserta dengan lauk dari Minangkabau. Wow ! Peminat makanan Minangkabau mesti teruja kan ? Mana taknya, tak payah nak terbang jauh-jauh ke Indonesia mahupun ke Negeri Sembilan untuk mendapatkan makanan Minangkabau. Semuanya boleh didapati di Olive Tree Hotel ni.
Teruja tak ? Kalau teruja meh kita tengok antara hidangan yang disediakan oleh pihak Olive Tree Hotel ni untuk menu iftar 2017.
Sebuah hotel baru yang tersergam indah dengan interior and exterior yang cantik.
Muka balik keja tak sempat mandi memang selengga sikit. Mohon abaikan
Kat mana-mana hotel, kambing golek/bakar mesti antara menu wajib kan ? Begitu jugak dengan Olive Tree Hotel.
Ni pulak antara juadah iftar Dikdik and MZ. Biskut chocolate tu memang sedap, teringat-ingat pulak rasanya. Kebiasaanya, time berbuka MZ memang biasa mengambil juadah yang manis terlebih dahulu, mengikut sunah la katakan. Hiksss..
Antara menu wajib cuba disini ialah, hidangan petai dan ikan bilis tu. Dah la petainya besaq-besaq, memang bestlah makan. Sedap pulak tu ! *lap yaq lioq*
Udang tu pun antara meu pantas dan tuntas sewaktu iftar tu. Mana tak pantas dan tuntas, serius sedap. Udang pun fresh belaka. Yum !
Persekitaran yang selesa dan bersih jugak membuatkan anda berasa tidak terganggu sewaktu sedang menjamah hidangan.
Untuk dewasa, harga nya ialah RM120+, kanak-kanak (5-12 tahun), RM60+ dan warga emas (RM55 dan ke atas) RM80+. Tapi, tapi, tapi...... hampa masih boleh mendapatkan 20% off dari 1 ~ 21 June dan dari 27 June ~ 2 July. So, tunggu apa lagi, sila hubungi 04-6377856 untuk tempahan dan pertanyaan okey.
Jangan risau, kerana buffet di Olive Tree Hotel adalah halal. Makan tanpa was-was ye.
Sebab MZ dah janji nak kongsikan lokasi Olive Tree Hotel ni tadi, mehla MZ tepekkan kat sini na.. Satgi ada yang kata MZ mungkir janji pulak kan... No no no ~~
2 comments
Meriah betul menunya.. berbaloilah dengan harga tu kan MZ..
ReplyDeletesedap.. banyaknye choices depa.. semua nampak menarik..
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^