PADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 2

2:39 PM

PADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 2


PADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 2


Sambungan dari cerita day 1 hari tu. Kalau tak baca lagi, boleh baca dekat sini, PADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 1. Seminggu satu entri, bermaksud aku memerlukan 4 minggu untuk habiskan cerita how my day was spend at Bukit Tinggi. Pheww ! 

Moh sambung cerita sebelum kelaut lagi. Oh ! Sebelum tu, nak bagi tau awal2, yang memang aku hanya bawak sehelai shawl ja. Itu pun, hasil rembatan dalam lemari adik. Aku mana ada tudung / shawl yang jenis tak payah iron, tapi boleh terus pakai. Huh ! Oleh disebabkan itu, sepanjang kat sana, memang asyik pakai shawl tu je. Shawl yang warna cekelat masa memula sampai tu, ada jugak la pakai, time malam. Nasib baik cuaca sana sejuk dan tak berpeluh, tak de lah shawl tu bau kambing tak mandi pagi. Mihmihmih.. Sebenarnya, ada jugak plan nak beli kat sini ja, ada jugak habuan nak bawak balik nanti, dah tapi semua tak kenan. Pakai je lah apa yang ada kan.


Morning breakfast dekat hotel sambil online dan layan berita pagi Indon. Berita panas hari tu ialah, Secangkir Kopi. Antara paham ngan dak ja berita depa tu. Tak pa lah, simpan buat modal sembang dengan Pak Adi nantilah. Menu breakfast tak banyak, tapi sedap ! Ada nasi apa ntah. Nasi style Indon, tapi sedap deme cakap. Aku tak amek lah nasi, sebab kekonon diet. *tipu sikit*


Anti sosial semuanya bila dapat WiFi sekali berkala

Day 2 with the same shawl. T_T

Dah siap makan, Pak Adi datang. Sebenarnya, dia dah tunggu dari tadi lagi, cumanya dia biarkan kami eat like a king dulu. Hehe. Pak Adi tak dapat temankan kami hari ni, dia ada urusan di Pekan Baru. So, dia bagi BFF dia, Pak Putra yang temankan kami.

Pak Putra ada tanya plan kami untuk hari tu. Cik cuma cakap nak singgah dekat Pasar Aur/Air Kuning ja. The rest, up to him. Ada apa dekat asar Aur/Air Kuning tu ? Nanti aku bagi tau naaa. Stay tuned !

First destination ialah air terjun. Aku totally lost nama tempat tu. Jauh jugak perjalanan dia. Bila semakin menghampiri ke kawasan air terjun tu, rasa sejuk ja. Haihh ! Aku suka tempat cenggitu. Aku pernah buat entri pasal air terjun ni dulu. Kalau tak ingat, boleh tengok SINI.

Nah ! Jamu mata dengan model air terjun tak berbayar. Tapi, kalau yang berminat untuk jadikan model part time, boleh PM tepi. Hahaha.










Kat bawah tu macam ada kolam takungan. Walaupun nak masuk kesini berbayar, tapi, kolam tu tak terjaga dengan rapi. Kan aku ada mention pasal fee entrance dalam entri sebelum ni. Aku paling tersuka gambar bertiga tu. Pak Putra yang tolong snap kan. Pandai dia cari angle buatkan diriku terasa langsing dan bertambah cantik.

Kat sini, memang banyak air tejun dan kedudukannya tidak setempat. Pak Putra bawak ke kawasan yang lain pulak. Masa nak ke lokasi yang seterusnya, terjumpa dengan model / artis Indon yang tengah sunting shooting. Tengok punya tengok, tak kenal. Makanya, tek jadi berhenti untuk amek autograf. Ngeh2




Kalau air terjun tadi kat tepi jalan, air terjun yang kedua dan seterusnya kena berjalan ke dalam sikit. Sepanjang nak masuk ke kawasan air terjun tu, ramailah orang berniaga. Tempat tarikan pegunjung kan. Cuaca pagi tu redup ja ditambah pulak dengan suhu yang rendah. Bestnyaaaaaa....



Pokok monyet or kera ke ntah. Rasa macam Abah pernah bela ja dulu



Air terjun yang kedua ni tak dak kolam macam yang pertama tadi. Splash dari air terjun tu buatkan rasa macam nak terjun je dalam kolam cetek tu. Fikirkan tak bawak baju extra je, kalau tidakka, siap dah berkubang.

Tengah hari tu makan nasi padang jugak, tapi kali ni dekat kawasan tersorok sikit, kat kawasan bendang. Kata Pak Putra, kalau rombongan yang datang ke sini, derang tak bawak makan kat kedai tu sebab, parking yang terhad. Kebanyakkan pelanggan kedai tu, orang tempatan ataupun orang yang keja gomen. 

Owner kedai tu ada bela ikan bawah kedai dia. Ikan dia, semua gumuks-gumuks. Banyak pulak. tu. Lauk pauk kat situ, walaupun sama dengan Restoran Datuk dan kedai malam semalam, namun dia ada beberapa menu yang lain sikit. Lauk pauk dia, aku rasa sedap lagi dari dua restoran pada hari pertama.

Kat situ jugak ada menghidangkan hidangan pemanis mulut. Yang belah kanan tu macam tepung pelita tapi version kaya, yang belah kanan tu tak ingat ape, tapi manis jugak. Kalau jumpa benda ni, korang wajib rasa, sebab kat Malaysia memang tak dak. Kira, tekak aku boleh terima lah. Yang lelain pun sama. Anis siap amek lagi satu, takut kempunan. Hehehe.. 




Ehh ! Lupa nak cakap, hotel, makan dan fee entrance semua dah termasuk sekali dalam charge tour. So, bawak duit untuk shopping je lah ea.

Lepas makan, next destination ialah Istano Basa Pagaruyung. Jalan menuju ke Istano Basa Pagaruyung ni ada melalui kawasan penghasilan telur ayam yang terbesar. Istano Basa Pagaruyung ni sejenis istana Minang, macam kat Negeri Sembilan. Adik beradik dia lah ni. Sepanjang kat sini, asyik pasang Minang ja macam apo kono ea jang and banyak lagi lah. Aku pun tumpang karok nyanyi kecil sekali. Orang kek sini semuanya speaking Minang, pahamla jugak den. 










View belakang Istano Basa Pagaruyung
View depan Istano Basa Pagaruyung



Ke dapur Istano Basa Pagaruyung

Peralatan yang digunakan untuk memasak pada suatu ketika dahulu





Selfie ngan Pok Le, husband Muni.. ngeh2



Istano Basa Pagaruyung ni pernah terbakar suatu masa dahulu disebabkan panahan petir. Menangis orang sekeliling melihatkan kejadian pada hari tu.  Banyak yang tidak dapat diselamatkan pada masa tu. Namun, Istano Basa Pagaruyung ni kemudiannya dibina kembali sama seperti yang asal yang terbakar dulu.














Aku 'hire' photographer tak berbayo tolong ambekkan gambar bertiga ni. Dia adalah ground kepada akak yang berbaju merah dalam gambar air terjun yang memula tadi. Sementara akak tu tengah sibuk berborak dengan Cik, kami ameklah kesempatan yang hado dulu. Photographer tak berbayo ni punya angle pun cantik. Demenye ni memang terlatih untuk amek gambo pada angle yang cantik ke hape ntah. Suka semuanya tengok gambo yang deme amek.



Tempat simpan padi







Walaupun cuaca kat luar sejuk, tapi kek dalam Istano Basa Pagaruyung tu panas. Memang tak de kipas kerana ia dibina mengikut binaan asal Istano Basa Pagaruyung. Bercerau jugak lah peluh dok dalam tu. Istano Basa Pagaruyung ni ada tiga tingkat. Setiap tingkat berbea kegunaan dia. Ukiran kayu dalam Istano Basa Pagaruyung ni, memang cantik. Ohoiii ! Kenan pulak aku nengoknye.

Masa on the way nak ke Istano Basa Pagaruyung, ada jugak singgah ke kedai pemes amos yang menjual jagung. Pak Putra adalah jugak ceritakan asal usul kedai tu. Kat situ ada pelbagai menu yang menggunakan jagung. Hajat hati nak beli donut jagung, tapi tak siap lagi. Hajat tak kesampaian untuk merasai sendiri kenikmatan donut jagung disitu. Untuk mengubati luka mu luka ku jua, Cik upah setongkol jagung sorang. Jagung dia sedap dan tak lembik walaupun dibiarkan lama. Bayangkanlah, masa beli tu, pagi lagi. Dah petang, masa sampai kat hotel, baru makan. Tapi, still sedap lagi, tak lembik, tak overcooked.



Dinner malam tu dekat Hotel Treeli. Cafe kat hotel ni kepunyaan Pak Putra, so sebab tu dia bawak kami ke situ. aku tak ingat menu malam tu yang aku inghat, Cik amek nasi goreng nenas. Ye ke ? Ntah... Tapi, nasi tu dihidangkan dalam nenas,,, Sedap ! Aku and Syahirah bebajet nak makan western. Alih2 terkejut bila hidangannya sampai. Ku ingatkan kudap2, rupanya dinner kami. Aku and Syahirah punya menu sama sahaja, cuma flavor lelain. Aku ala Inggeris while her's sweet and sour. So, dinner malam tu untuk aku and Syahirah memang tak statisfied. Semata daging yang dipotong nipis2 dan digoreng serta dihujani dengan sos mengikut citarasa. Sadis !

Tapi.... ! Anis and Cik punya memang sedap. Air pulak, aku order Chocolate Mint. Tapi, yang ini  pun failed ! Terasa sangat keubat gigian nya. Ini pun rasa nak terkucil, tapi ku tahan Jebat. Hahaha.. Indah khabar dari rupa, gittew lah. So, better chechk your menu before make an order okey. Learned a lesson.


Chocolate Mint

My dinner, tak hengat nama



Hotel Treeli, dinner malam kedua
Since belum sampai sini lagi Syahirah asyik dok ulang bebanyak kali yang pisang cheese kat sini sedap, so malam ni misi menacari pisang cheese yang digembar-gemburkan lah. Tapi, cari dekat sekitar hotel je, senang nak menapak. Ohh ! Kat depan hotel pun ada orang jual telekung dan jubah. harga dia agak dari murah dari yang beli dekat kedai, kualiti pun sama. Haruslah tawar menawar ye kalau tak, memang darah manis.

Malam tu, tak jumpa pulak pisang cheese. Agak kempunan lah jugak sebenarnya. Tapi, nasib baik ada Murtabak Mesir dan roti bakar ni. Haaaa... Teruja sebenarnya nak tahu apo kobondo ea Murtabak Mesir ni, sebab sepanjang kat sini, nampak banyak jugak gerai tepi jalan yang menjual Murtabak Mesir ni. Sebab nak tahu, kena belilah kan. teruja masa tengok Murtabak Mesir ni disediakan. Sebab terlampau terpegun, tak de video dirakamkan. Hikhik. Dia sebenarnya macam apam balik tapi version Indonesia. Ehh ! Ye kew ? Itu hasil dari pemerhatian akulah. Flavor pun boleh pilih. That day decided chocolate as our menu.

Murtabak Mesir

Roti Bakar

Murtabak Mesir tu dalam dia ada cheese. Yang tu pun boleh pilih jugak. Cheese dia baq hang. Memang tak kedekut sampai aku pun confuse, derang ni kaya dengan hasil tanaman ke kaya dengan hasil tenusu. Roti bakar tu pun cheese jugak, pun sama jugak. Cheese meleleh-leleh. Haih ! Hape ntah mimpi, semuanya cheese, tak pikiaq satgi makan naik muak kan. Hahahaha..

Roti yang digunakan untuk roti bakar tu, sejenis roti tebal macam roti benggali. Tapi, bukan roti benggali. Memang lembut even dah sejuk geding. Hurmh ! Dedua tu (Murtabak Mesir & Roti Bakar) memang best. You should try and recommended. Kalau tak dinner lagi, makan hat tu ja untuk ganti dinner hampa. memang heavy lah and memang kenyang. Sebab kami dah dinner hari tu. makanya Murtabak Mesir and Roti Bakar tu, tak habis pun. Simpan untuk esok, breakfast or  makan time lapaq.

End of day two ! 2 minggu untuk habiskan satu entri. Haih !Aku ingatkan seminggu satu entri, tak jadik jugak rupanya.


You Might Also Like

17 comments

  1. Bestnya jalan2 SN..
    Akak teringin juga hendak ke Padang Bukit Tinggi ni..
    Sejuk kata orang ye..

    ReplyDelete
  2. Mummy tak pernah sampai lagi Padang.. sob sob yg sampai padang bola depan umah je.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padang sekolah, Mummy? Padang sekolah?

      Delete
    2. Haaa.. mummy dulu tak pi padang.. mummy nari dalam dewan je kan.. hiks

      Delete
  3. Air terjun tu memang menggoda sungguh aihh.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time panas lagi lah.. rasa cam nak terjun ja...

      Delete
  4. Murtabak Mesir tu memanggil-memanggil akak ohhh

    ReplyDelete
  5. tu dia..makan cheese banyak-banyak balik boleh gomuk..hehe. ayu bona gambar kek istano tu..I is jeles, teringin nak sampai Padang. Hanya mampu sampai padang Besar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU yang balik, gomuk tu kak.. makan tak hengat masa kat sana... huwarghhhh !

      Delete
  6. pak adi..pak putra..pak adiputra takde? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu ada kat Malaysia or SIngapura.. tu yang tak jumpa kat sana tu.. mihmihmih

      Delete
  7. comelnya tempat air terjun tu sejuk mata memandangnya

    ReplyDelete
  8. tibai jeeee shawl sama pun.. CT penah punya malas.. bawal pun x gosok. janji part depan tu amek kat bahagian paling x kedot hehe..

    ReplyDelete
  9. uuish air2 terjun cenggini yang lemah semangat ni.. Indonesia ni lawa sungguh sebenarnya Allah jadikan.. kaya dengan nature..

    ReplyDelete
  10. Salam sejahtera..
    Perkenakan saya Yola Tour Operator di PT PESONA JEJAK WISATA T&T BUKITTINGGI.
    saya ingin menarwarkan Pakej Percutian Padang – Bukittinggi dan tempat tempat menarik lainnya di Sumatara Barat atau Indonesia dengan harga yang menarik.untuk informasi Silahkan hubungi kami di
    Whatsapp + 62 823 8847 1349 ( Yola ) + 62 818 0680 3803 ( Subari )
    E-mail : Bari.jejakbali@yahoo.com
    Telp : 0752 33543
    Facebook : Bari Panduwisata
    website : http://baripesona.blogspot.co.id/

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored