Cramp…. Urgh…!!!!
8:26 AMGood morning.. how was your sleep last night..?? sebab lately asai tidoq malam ja aku mesti nak cramp… hari ni jom cerita pasai cramp.. aku akan cramp bila kaki aku terlalu sejuk.. if badan sejuk, tak pa lagi.. kalau kaki sejuk, jam… kalau esok qeja, lagi sakit hati.. sebabnya, kalau cramp tengah tidoq, aku mesti kena bangun and jalan2.. pusing satu bilik.. or worst lagi kena kluaq bilik lah.. jalan2 pusing rumah.. haish.. dah berapa lama masa terbuang kat situ.. takkan nak jalan sambil pejam mata kan… aduhh… pusing punya pusing sampai cramp tu rasa light… baru sambung balik tidoq… kalau light cramp, aku gerak2kan kaki ja masa tidoq tuh.. then slow2 dia akan okeh lah.. secara saintifiknya, cramp berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal.. dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Tapi, tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya cramp nih.
Jom sambung baca.. aku amek petikan bawah ni dari majalah Nona edisi Mei 2013…
Sesetengah orang akan mengalami kekejangan otot dalam tempoh beberapa saat atau beberapa minit. Pun begitu, ada juga yang mengalaminya dalam tempoh yang agak lama. Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh badan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot. Antaranya disebabkan oleh komplikasi kecederaan lama, tidak melakukan pemanasan badan sebelum bersukan, melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.
Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut reda.
Bagi mengatasi permasalahan ini, anda digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot.
Selain menitikberatkan pemakanan, anda juga disarankan untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan.
Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah.
Haaa… camtu lah cerita dia… aku pun tak sure pasai pa cramp jadi kat aku.. nak kata bersukan, dah lama tak bersukan.. nak kena pi check lah macam ni… hurmh… jomm… nak memulakan hari nan indah ni dengan bismillah.. semoga semuanya dipermudahkan.. aminnn
0 comments
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^