Nota untuk "kamu"
2:00 AMTerlintas.. terlalu... teringat...
Assalamualaikum.... saja nak tulis apa yang terbuku di hati.. semoganya ia kekal disini.. dan mungkin tidak di hati lagi...
Masa yang berlalu, persekitaran yang berubah, tak pernah buat aku untuk melupakan... sikit pun tidak.. aku cuba.. tapi, aku belum mampu... mungkin belum masanya...
Aku tak tahu jalan cerita kamu sekarang.. kalau kamu bahagia, alhamdulillah... beruntunglah kamu... kerana saat ini, aku belum cukup bahagia seperti saat lalu... ia... bahagia itu subjektif.. aku bahagia dari sudut yang lain, tapi tidak untuk suatu sudut di penjuru...
Apakah! mengapakah! bilakah! aku sendiri tidak mempunyai jawapan.. hanya Dia yang mengetahui... aku sudah berusaha, namun sejauh mana aku berlari, sedalam mana aku mencuba kalau itu bukan hak aku, sampai mati pun tetap tidak... sesungguhnya masa yang lebih sesuai hanya diketahui olehNya.. mungkin aku sempat merasa, mungkin juga tidak... aku redha ~
Terima kasih kerana pernah mencorakkan kain yang penuh warna dengan warna yang lebih ceria.. namun, harus aku akui, pensil warna juga akan pendek.. cat air juga akan habis... sehingga saat ini, banyak bahagian yang kamu dapat hasil dari tunjur ajar, didikan yang diberikan... selagi aku hidup, selagi itu ada bahagian untuk kamu.. alhamdulillah...
Kerana kamu juga, aku banyak sedar tentang hidup.. bukan sahaja disini, malah disana... arghhh!! tak terhingga ucapan ini untuk kamu... hadiah yang teristimewa yang mampu aku hadiahkan kepada kamu, ialah sepotong doa.. semoga kamu bahagia, gembira, sihat dan segala yang baik2 untuk kamu... seketul daging ini tidak pernah menyimpan sekelumit rasa yang negatif untuk kamu...
Rindu....??? tipulah tidak... namun, biarlah dari kejauhan... moga rasa itu akan hilang tika rasa indah menguasai.. namun, andai rasa itu sebaliknya, terima kasih... kamu adalah antara sesuatu yang terindah dalam hidup ni...
Bulan ni, bulan yang tak pernah luput dari diari hati... mungkin tidak sekarang, mungkin nanti....
Putus asa bukan sifatku... Berundur kalau perlu... Namun, langkah tetap diteruskan.. semoga dengan baja yang disemai, akan menghasilkan pokok yang berbuah, daun yang lebat, dahan yang kukuh, supaya aku dapat menumpang dikala panas dan berteduh di kala hujan...
Selamat malam April... mimpi indah...
4 comments
salam singgah..:)
ReplyDeleteAssalam siti,
ReplyDeletebe strong naaaaaa
insyaAllah akan ada sinar AMIN
Saya nak sampaikan something but kata2 saya macam tak sedap. So saya google and I've found exactly what I'm tried to say in the first place ;
ReplyDelete"Some people cross our path to teach us a lesson, others to learn from us, some to stay while others just get us through a chapter in our life and then vanish and sadly are never heard from again, what matters is not how many people or how much of this or that, the thing that matters most is how we act in those encounters and relationships and that each one makes us a better person.."
Believe me, I have been there before and yes I know, its hurt.. :')
Sweet dream miss Siti.. ^_^
Kak IR .:. Nanti ai singgah rumah u balik.. hehe
ReplyDeleteAry .:. Thank you... look like a strong woman, but deep inside not that strong.. I wish I could...
Gee .:. huwarghhh.. rasa nak nanges tersedu sedan bila baca ur comment.. thank you.. ^_^
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^