Sembang gegurl .:. Nivea Body Lotion In Shower

8:17 AM

Sembang gegurl .:. Nivea Body Lotion In Shower


Sembang gegurl .:. Nivea Body Lotion In Shower


Assalamualaikum. Holla ~ Dry skin sangatlah tak selesa. Nanti senang gatal2. Jari jemari nan comel pun mulalah nak garu sana, garu sini. Lepas tu, mulalah nak luka. Kan ? Tak suka ! Tak suka ! Aku memang mempunyai sejenis kulit yang kering. Dulu lagi teruklah, but nowadays dah banyak kurangnya. Ada banyak produk yang aku gunakan untuk mengurangkan dry skin ni. Antaranya, boleh baca dekat sini, kaulah pujaan hatiku ~ dan sembang gegurl .:.Nivea body Intensive Moisture Serum.

Salah satu produk lagi yang telah aku gunakan, and aku rasa dia telah menggetarkan tulang rusukku ialah Nivea Body Lotion In Shower. First time tengok iklan dia, rasa macam renyah. Lepas mandi, nak kena pakai Nivea Body Lotion In Shower ni, then nak kena basuh la. Macam take time. Urgh ! Tapi, bila dah pakai and rasainya sendiri, memang aku sukalah.

Selalu kalau pakai lotion biasa tu, nak kena tunggu jugak. Bagi badan sejuk sikit, takkan lepas mandi nak pakai terus. Kan ? Sometimes, disebabkan itu, aku terlupa nak pakai. Kalau dah pakai, pun nak kena tunggu sekejap. Nak bagi lotion tu kering. Kan ? Pun sebenarnya dah mencuri masa aku dalam diam. 



Masa first time pakai Nivea Body Lotion In Shower ni, terus jatuh cinta. Lepas apply Nivea Body Lotion In Shower and bilas, ada rasa tak selesa macam melekit. Tapi, bila dah lap, memang hilang rasa melekit tu. Yang tinggal hanyalah rasa selesa. Rasa lembut and lembap ja kulit tu. Rasa macam baru pakai lotion. Lotion yang tak payah nak tunggu badan kering, yang tak payah nak tunggu ia kering baru boleh pakai baju. Bau dia pun wangi. Memang sukalah. Terus jatuh cinta. Kulit pun tak rasa kering bila pakai Nivea Body Lotion In Shower ni. Cuma, kena rajinlah pakai lepas mandi. Aku just apply time aku cuti ja. Sebab banyak sikit masa. Hik2

Overall, aku memang berpuas hati penangan Nivea Body Lotion In Shower ni. Yang ni aku beli tube kecil ja. Beli dekat Guardian. Dua tube besar ni, RM 3. Okey lah kan ! Lepas ni, nak beli yang tube besar pulak. Yelah ! Dah kena selera kan, haruslah beli dengan kuantiti yang lebih.


Untuk yang berkulit kering or tidak, yang suka pakai lotion after mandi, maybe korang boleh consider Nivea Body Lotion In Shower untuk jadi one of your routine. Mana tahu, it works with you too. Kalau tak cuba, macam mana nak tahu kan. And yes, seriously, I'm in love with it selain in love with kesayangan. Mihmihmih



You Might Also Like

6 comments

  1. yui ada pakai yg botol biru nivea tu..mmg rasa lmbut je pakai.

    ReplyDelete
  2. tak reti laa pakai lotion bagai nih..kalau beli maunya pakai 2-3 kali lepas tuh tersadai sampai expired..

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Makin ohsemlah orang tu ye...

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored