KARIPAP SARDIN vs SARDIN ROLL

8:00 PM

KARIPAP SARDIN vs SARDIN ROLL


KARIPAP SARDIN vs SARDIN ROLL


Assalamualaikum. Holla ~ Curi kesempatan sikit nak update blog. Tapi, sebelum tu nak mintak maaf awal2. Sebenaqnya, da amek gambar Karipap Sardin vs Sardin Roll tu, tapi, entah ! Tak dak pulak dalam gallery. Maybe accidentally deleted. Again ! So sorry for that. So frustrated, but yet still want to share it here.

Hari tu, Ibu cakap nak buat karipap roti. Yes ! Karipap roti. Pernah dengar ? Haaa.. Okeh ! Sebab gambar tak dak, terpaksalah entri penuh dengan bebelan aku. Karipap roti ni macam karipap biasa jugak, tapi kulit luar dia tu, tukar dengan roti. So, tepun memang tak pakai lah and tak payah nak uli2 bagai.

Bahan-bahannya.....


Roti tu, aku penyekkan dulu. Penyekkan menggunakan botol kicap. Macam mana ? Masukkan roti dalam plastik (plastik roti pun boleh), ambil botol kicap, roll kan atas plastik berisi roti tadi. Sampai, memang penyek habis. Kenapa nak kena penyekkan roti ? Supaya, tak makan minyak sangat masa menggoreng. Dapat ?

Kemudian, toskan ikan sardin dari kuahnya. Potong cili hidup (cile merah) dalam 2 batang (ikut tahap kepedasan), kemudian gorengkan bersama dengan ikan sardin tadi. Rasakan dengan garam sikit. Goreng sampai ikan hancur ye.

Bila sardin dah sejuk, letakkan sardin dalam kuantiti yang disukai kat tengah roti dan dengan menggunakan acuan karipap, bentukkannya. Haaaa... Jadi dah karipap sardin roti karipap sardin sardin roti karipap ehh ! Entah la.. Karipap sardin je paling sonang.

Dan disebabkan pada hari tersebut, tekanan yang diberikan terlampau tinggi, makanya, acuan karipap pun patah. Itulah sebab mengapa karipap sardin menjadi sardin roll. Sardin roll tu, macam karipap sardin jugak. Tapi cuma roti tadi, digulung dan digamkan dengan bancuhan tepung. Janji melekat ! Lepas tu, gorenglah ! Aummm.. Dap !! 

Aku memang suka karipap sardin tapi, lauk berasaskan sardin, not my type. Very the demand kan ! Ahaks ! 

You Might Also Like

4 comments

  1. Baru je makan karipap sardin. heheh Thank you share!

    ReplyDelete
  2. nak buat puff sardin plak..jom

    ReplyDelete
  3. Senang sikit pakai roti kan..tak yah nak uli..hehehe

    ReplyDelete
  4. Senangnya nanti nak try buat la Hihihihihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored