BISKUT DAHLIA SUSU

10:47 AM

BISKUT DAHLIA SUSU


BISKUT DAHLIA SUSU


Assalamualaikum. Holla ~ Syawal lagi kan.. So, kalau nak buat open house, tapi tak tau nak buat biskut apa, meh try biskut Dahlia Susu ni... Simple dan senang. Part tak senang tu, part nak tekan. Hek2.

Snap gambar time dalam tray before bake, lepas bake dah tak larat teman nak snap nye. Aci lah ye. Mihmihmih..

Biskut dahlia susu ni telah di request oleh ibu. Untuk tahun ni sahaja, dah tiga kali aku buat, semuanya sebab ibu yang request. Baikkan anak ibu ni. *masuk troli tolak sendiri*






BISKUT DAHLIA SUSU

Bahan-bahannya
250gm butter
250gm susu pekat manis (kalau tak mau manis sangat, boleh kurangkan)
460gm tepung jagung (diayak)
Choc chip sebagai hiasan (boleh jugak guna ceri dan sebagainya)

Cara-caranya
1. Pukul butter dan susu pekat manis sehingga sebati (guna whisk ja dan jangan terlalu lama, nanti kembang semangkuk)
2. Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul sehingga sebati
3. Masukkan ke dalam acuan dan tekan di dalam loyang
4. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150 C.



Haaaa.. Kan da cakap tadi, senang ja. Bahan-bahan pun sikit ja. Boleh dikatakan bahan-bahan memang ada dalam peti ais kan. 

Selamat mem baking ~

You Might Also Like

7 comments

  1. Banyak lagi tak butter kat umah? Mintak skit... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. butter ada lagi tige ketoi.. meh alamat nak pos... kikikiki

      Delete
  2. bahan-bahan memang ada dalam peti ais, kerajinan je kena g pasar beli..haha

    ReplyDelete
  3. Alemak,..minta susu pekat sikit boleh? Dalam peti sejuk akak tak delah ;)

    ReplyDelete
  4. Akak buat dahlia biasa jer..susu xdak..tapi alhamdulillah habis licin

    ReplyDelete
  5. kalau sis JM yg request..agak2 leh buat tak ;p

    ReplyDelete
  6. Wahh....biskut Dahlia susu...sedap ni.....akak pun ada buat raya ni....tapi akak kasi colour pink....hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored