DESIGN VILLAGE, BATU KAWAN, PENANG ~

10:37 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Warga Penang mestinya dah tahu kewujudan Design Village kan ? Design Village ni seumpama Johor Premium Outlet (JPO) atau Melaka Premium Outlet (MPO). Penang pu n hado jugak tau. Kehkehkeh

Kalau yang tak sure macam mana nak ke Design Village ni, boleh ikut pemuda petua yang aku share ni. Kalau dari arah Utara, lagi dekat kalau exit Jawi / Batu Kawan, kalau dari arah Selatan, ameklah exit Bandar Cassia atau Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Sesatu ye.. Sebab aku dah 2 kali ke sini, dan kali pertama aku exit Bandar Cassia, jadi aku share kan exit Bandar Cassia dulu ye.

Aku rasa, exit Bandar Cassia ni macam jauh sikit dan signboard pun tak banyak. Canggak punya canggak sampai nak salah masuk exit dah. T_T

Okeh ! Kalau dah exit Bandar Cassia, korang kena bayar tol, and stay at the left lane, jangan amek right lane pulak. Jap gi tetiba dah ada atas Jambatan Sultan Abdul Halim Shah. Tak memasal nak kena pusing punya jauh. Huh.. 


Lepas dah bayar tol, cari exit Bandar Cassia, ikut je jalan tu. Aku tak pasti dalam berapa kilo, baru korang akan nampak signboard Design Village ni, jauh gak arh. Almost 750 m dari Design Village tu, korang akan jumpa lagi signboard Design Village, and stay at the left lane. Dalam 350 m lagi nak sampai Design Village pun ada signboard lagi, then turn left. Terus ja, dah sampai. 

Bila masuk kat kawasan parking area, make sure tak salah masuk ye sebab ada kawasan untuk drop off penumpang. Parking kat sini menggunakan sistem autopay dan merupakan sekeping kertas yang berharga RM50, sekiranya hilang.

Jangan terperanjat pulak, kat sini, ticket tu kena scan je dekat mesin autopay tu, untuk pembayaran, dan semasa hendak keluar. Ticket RM5 tu, siap korang boleh simpan buat kenangan.

Kalau exit Jawi / Batu Kawan pulak, amek kiri kat traffic light, straight je. Sampai jumpa traffic light lagi, amek kiri dan straight lagi. Sampai jumpa roundabout dekat Stadium Batu Kawan, amek kiri, dan straight lagi. Lokasi anda berada di sebelah kanan anda.

Shuttle bus turut disediakan dari Gurney Plaza ke Design Village ni. Time dia, aku tak sure pulak. Korang boleh check website Design Village kat sini, Design Village.

Since Design Village ni masih baru, masih ada beberapa outlet yang tidak beroperasi seperti Cotton On. 

Kat sini, ada kemudahan surau, ATM, food street, food truck, smoking room, tempat rehat dan taman permainan kanak-kanak. Ada jugak keretapi untuk pepusing Design Village ni, tapi, sila beratur ye.

Nak amek gambar, rasa macam malas pulak, so aku kongsikan directory Design Village. And ! Remember, at the moment, tak suma outlet dah bukak ye.



design village, how to go to design village, direction to design village shuttle bus, jpo, mpo, johor premium outlet, melaka premium outlet, gurney plaza, adidas, converse, everlast, levi's, chatime, wendy's, surau, atm, kemudahan yang disediakan, branded, banar cassia, jawi, batu kawan, stadium batu kawan, jambatan pulau pinang, jambatan sultan abdul halim shah


So, yang masih blur-blur kat mana Design Village ni, nah ku tepekkan Google Maps untuk membantu korang mencapai misi meranapkan poket. Kuikuikui


You Might Also Like

7 comments

  1. akak tak pernah sampai lg..teringin gak nak pergi..jommm

    ReplyDelete
  2. Last pegi JPO 2 tahun lepas, MPO blm perna pegi. Insyallah ada rezeki nnti terbang lg ke sana =)

    ReplyDelete
  3. wah bestlahhh.. leh habaw kat adik sbb dia kat penang

    ReplyDelete
  4. baru je wak singgah JPO mingu lepas., smpi pagi2 tak bukak lagikk., hehe2

    ReplyDelete
  5. aritu sy terbaca psl owner design village ni

    ReplyDelete
  6. Woww hebatlah penang mcm/ ada...harga mcm mana? Mampu milik x

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored