NEW PREGO AYAM CENDAWAN
10:58 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Cakkkk ! Marah MZ tak hilang sat buat seketika.. haiyaaa... janji dicapati betoi lah si MZ ni kan.. huuuu... too tired.. banyak sangat kerja, seharian berkejar-kejaran, so bila sampai rumah, memang letih gilos. End up, no entry updated.
Banyak nau khazanah dalam draft, meh la berjemaah habiskan entri dalam draft.
Hampa minat dak makan spaghetti ? MZ memang sukaaaa sangat. Tapi, ikut jenis kuah / jenis jugak. MZ tak berapa suka kalau bolognese sebab base dia tomato and of cause kalau tomato, ianya masam kan. So, disebabkan itu, MZ tak sukaaaa...
Masa tengah shopping barang dapoq hari tu, terjumpalah Prego Ayam Cendawan ni. Benda barukan, mestilah teruja nak mencuba kan ? Sapa sama macam MZ, sep sikit ! So, MZ terus grab Prego Ayam Cendawan ni.
Itulah sejarahnya macam mana MZ boleh terbeli Prego Ayam Cendawan. Setelah diperam sekian lama, akhirnya dapat jugak wahyu untuk menghadamkan Prego Ayam Cendawan ni.
MZ rebus spaghetti macam biasalah, bersama minyak dan sedikit garam. Kemudian, untuk kuah tu pulak, MZ tumiskan bawang putih dan cili api, kemudian tuangkan sos Prego Ayam Cendawan ni. Bila dah mendidih, tambahkan air rebusan spaghetti (mengikut kepekatan yang disukai). Kemudian, tambahkan sotong, biar ia masak seketika, tutuplah apinya.
Dan tadaaaaaaaaa........
MZ patahkan pulak cili api tu buat penambah perisa. MZ memang suka pedas, jadi tak kisah sangatlah kalau cili api banyak.... Heeee.. sedap ! Memang tak rugi kalau nak mencuba atau nak makan lagi.
Selamat mencubaaa ~~~
2 comments
taruk cili api..kalau dah lidah melayu tu mesti nak pedas jugak.hehe
ReplyDeletewah sedapnya.. balik nanti boleh beli ni..
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^