SELAMAT TAHUN BARU 2018 !

10:13 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Lama rasanya MZ tidak menaip, tidak membebel kat sini, dan rasanya masih ada entri MZ tahun lepas yang masih tertunggak. Sibuk menyiapkan hari-hari bersejarah ditambah pulak dengan bebanan kerja, rasanya tak sempat nak lepak kat sini, apatah lagi nak lepak kat blog hampa. Sorry naaa semua.

MZ tengah kumpul momentum supaya dapat bergerak seiring dengan hampa, meh la tolong tarik tangan MZ yang ketinggalan kat belakang. Huhuhuhu...

Masih tidak lambat lagi rasanya untuk MZ mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 untuk semua... semoga dengan kehadiran tahun baru ini, membawa seribu erti kepada kita. Aaaminnn.. ada lagi ka azam hampa yang tertinggai tu, mohon tarik dia bersama..


Image result for selamat tahun baru 2018

So, apa azam baru hampa tahun ni ??? Ka masih tak mau move on dengan azam tahun lepas ? Kalau tanya MZ, payah nau nak ada azam, entah lah... cuma hendaknya yang baik-baik sajalah, dimurahkan rezeki serta segala urusan di bumi dan disana nanti. Eceh !

Ehhh ! MZ ada jugak tanam azam untuk blog ni, yakni nak habiskan entri Singapore dan Road to Halal. Ini je yang MZ rasa MZ ada hutang buat masa sekarang ni, yang lelain bakal menyusul. MZ ada jugak nak buat entri pasal perjalanan ke hari bahagia kami, sebagai persediaan serta rujukan untuk hampa yang bakal mengikut jejak langkah kami, tapi yang itu pun bakal menyusul.

You Might Also Like

5 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored