RAMADAN BUFFET DINNER DI DULANG PAK BEH, ICONIC HOTEL
10:52 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Bertemu lagi kita dalam entri makannnnnn... hahaha.. okey.. okey... MZ janji, ni entri terakhir untuk menayangkan juadah-juadah yang menyelerakan di bulan Ramadan yang mulia ini. *pinky promise*
Kali ni, MZ ke Iconic Hotel pulak. Iconic Hotel ni letaknya di Juru, Penang. MZ dah pernah pergi ke Ramadan buffet di Iconic Hotel tahun lepas, tapi.. tahun ini, memang ada kelainanlah dari tahun lepas even chef nya masih orang yang sama. #ubah #ehh!
So, bagi sesiapa yang masih tak familiar atau tak tahu dimana letaknya Iconic Hotel ni, keyboleh follow maps kat bawah hokey. Basically, Iconic Hotel mudah ditemui kerana ianya terletak berhampiran dengan lebuh raya utara selatan, dan design yang begitu elegan.
Masih mengekalkan konsep ala-ala bazaar Ramadan, yakni di kawasan terbuka. Namun, keadaanya lebih sejuk dari tahun sebelumnya dan.... jikalau kawasan terbuka ini penuh, barulah kawasan berhawa dingin dibuka untuk para pengungjung.
Kalau tahun lepas, MZ memang suka gilos dengan dessert di Iconic Hotel ni kerana variasi duriannya, tahun ini, MZ masih meminati dessert Iconic Hotel even tiada lagi durian.
Kebanyyakn dessert di Iconic Hotel, diberikan nafas baru dari tahun lepas. Yelah ! Dah kalau tetiap tahun menu yang sama, buhsan lah ahkak. Orang lain apatah lagi.
Tapi... tapi... tapi.... menu-menu da bomb Iconic Hotel masih dikekalkan, contohnya seperti char kuey teow.. yang ini, memang sedap terlajak laris... bagi MZ lah... memang sedap sangat sampaikan ke hari ini masih terbayang keenakkannya. *over kan*
Selain itu, kambing bakar dan sos black pepper memang tiada tandingannya. Memang dari tahun sebelumnya, kambing bakar dan sos black pepper di Iconic Hotel menjadi igauan MZ. Must try hokey kesayangan.....
Sedih pulak akan terlihat bubur lambuk ni. Bubur lambuk di Iconic Hotel ni pun antara favorite MZ. Tak pa, nanti kena repeat lagi dan wajib try bubur lambuk ni.
Yang ni pun wajib cubaaaaaa
Penggemar laksa asam, jangan ditinggalkan menu yang ini yaaa
Terdapat jugak bawal goreng yang digoreng panas-panas. Ishh ! Geram pulak tengok ikan bawal ni, nak-nak time ianya diangkat dari kuali... merecik hawauuuuuuu
Roti dan sup istimewa.. nomnomnom
Daging hitam manis ni, bau dia... alahai... semerbak !
Ayam goreng berempah pun sodap
Dan seperti tahun sebelumnya, hampa akan dihidangkan dengan alunan muzik yang merdu dari derang sefamily. Memang ternyata alunan muzik yang mereka bawak, menjadi halwa MZ sampaikan MZ ralit mendengarnya.
Untuk dewasa, voucher berharga hanya RM65+ dan untuk kanak-kanak dan warga emas pulak RM32.5+. Untuk sebarang tempahan, bolehlah hubungi 04-5059988. Pihak Iconic Hotel jugak masih mengekalkan konsep yang sama seperti tahun lepas, yakni adanya cabutan bertuah yang berlangsung pada tiap minggu. He hew hew
Dan dikesempatan ini, MZ ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk semua readers dan kesayangan MZ. Semoga amal ibadat kita diterimanya. Jom gandakan pahala......
3 comments
Haishh dugaan dugaan, menagis tengok nie. Semua nampak sedap!
ReplyDeleteSilap besar ni tgk waktu cenggini fuhh menggoda
ReplyDeleteNever been to buffet ramadhan.. mgkin ada baiknya untuk saya sbb spesis yg kalau pergi seoul garden tu sampai nak tutup kedai la baru nk agkat kaki..hahahahah
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^