SUMPTUOUS BUKA PUASA BUFFET IN WEMBLEY CAFE AT THE WEMBLEY, PENANG
10:53 AM
Assalamualaikum. Holla ~
*lap peluh* mana ntah azam, agaknya lari kahwin lain kot. :p
Kita sambung entri Ramadhan buffet review na. Kali ni, MZ berpeluang untuk "berbuka puasa" di The Wembley, Penang. The Wembley ni terletak betul-betul di bandar Georgetown, berhadapan dengan Komtar dan senang untuk mencari lokasinya. Scroll sampai habis kalau nak tengok location nya hokey, MZ share kat penghujung entri.
Buka puasa buffet di The Wembley bakal berlangsung dari 31 May 2018 ~ 14 June 2018, yang menyajikan lauk pauk Melayu, Cina serta hidangan dari barat. Jadinya, The Wembley ni sangat sesuai untuk keluarga, mahupun kawan-kawan yang mempunyai citarasa berbeza.
Menu Sumptuos Buka Puasa
Di The Wembley ni, antara hidangan yang hampa wajib cuba ialah, Sup Gearbox, pelbagai menu pencuci mulut yang menggunakan durian sebagai penarik selera serta Kuzi Kambing dan nasi Briyani.
The Wembley turut menyediakan hidangan istimewa mereka yakni, Daging Masak Berlada, Sotong Masak Kunyit, Ayam Masak Lemak Cili Api, Ayam Percik dan pelbagai menu menarik yang lain.
Sesetengah menu adalah tetap, dan ada pula yang di tukar setiap hari, supaya setiap hidangan adaah berbeza untuk setiap hari. Rasailah pengalaman berbeza tersebut di The Wembley, Penang.
Macam biasalah, kurma ialah sebagai pemanis mulut utama ketika berbuka puasa, disini pelbagai jenis kurma turut dihidangkan. Selain kurma, salad yang dihidangkan bersama Coffee Marinated Salmon serta hidangan Cina iaitu salad obor-obor turut tersedia di The Wembley.
Kalau hampa nak makanan Jepun pun ada tau di The Wembley ni, antaranya Salmon Sashimi dan Sushi rolls, serta menu yang lain. Jangan dilepaskan jugak, seafood on ice, yang memang menjadi rebutan di The Wembley ni. Antara seafood yang ada ialah, udang harimau, snow crab leg, mussels, scallop, flower crab dan beberapa seafood yang lain.
Dessert di The Wembley sangat membuatkan MZ teruja. Pelbagai jenis pencuci mulut boleh didapati sini, dan yang paling famos sudah tentulah Puteri Bersiram yang dibuat dengan menggunakan sagu segar. Hampa wajib try Puteri Bersiram ni.
Hidangan pertama yang menambat selera mata MZ
Seafood on ice
Antara menu yang MZ di The Wembley
The Wembley, Penang memberikan potongan 20% untuk early bird promotion di 'Jom Beriftar' pada harga RM96nett (dewasa) instead of RM12nett dan RM60nett untuk kanak-kanak dari umur 6 ~ 12 tahun, bawah dari 6 tahun, boleh makan secara percuma. Untuk warga emas (55 dan keatas) pulak, RM84nett. Early birds promotion hanya boleh didapati untuk dewasa sahaja.
Voucher early bird boleh dibeli bermula 15 May 2018 dan promosi akan berlangsung dari 31 May 2018 sehingga 14 June 2018.
Pada hari pertama dan kedua raya, buffet lunch berharga RM70nett untuk dewasa, RM35nett untuk kanak-kanak dan RM49nett untuk warga emas, manakala untuk dinner RM120nett untuk dewasa, RM60nett untuk kanak-kanak dan RM84nett untuk warga emas.
Untuk sebarang tempahan bolehlah hubungi pihak The Wembley, Penang di talian 604-2598123 atau PM terus di Facebook The Wembley, Penang.
2 comments
selamat menyambut bulan puasa., ;p
ReplyDeleteSelamat berpuasa jugak Wak....
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^