SEMBANG GEGURL .:. MAYBELLINE DREAM SATIN SKIN
10:22 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Dah lama sebenarnya MZ beli Maybelline Dream Satin Skin ni. Masa tu, tengah menggila sale di drug store. Hajat hati nak rembat Maybelline Fit Me, apa kan daya, color yang MZ nak, laju macam lipas kudung je habis. Sebelum berhuhuhu, meh la kita amek Dream Satin Skin ni since harga dia agak worth it at that time.
MZ dah beberapa kali jugak menggunakan Maybelline Dream Satin Skin ni, dan setiap penggunaannya memang MZ tak pernah tak 'jatuh'. Ahaks ! Seriously, MZ memang suka efect dia dekat kulit MZ even time peluh.
Maybelline Dream Satin Skin ni bukan sejenis foundation yang membuatkan kulit hampa nampak glowing tu, finishing dia more to satin or boleh jugak dikatakan sebagai matte.
MZ dan try Maybelline Dream Satin Skin dengan menggunakan bedap Pixy mahupun bedak Inisfree, No Sebum Mineral Powder, memang ternyata kedua-duanya membuatkan MZ tersenyum.
Apabila digayakan dengan bedak Pixy, tona kulit MZ nampak seakan kulit MZ sebenar, tapi kalau dikenakan dengan bedak Inisfree, No Sebum Mineral Powder, tona kulit MZ nampak sedikit cerah. Bedak Inisfree memang sudah diketahui yang ianya menyerap minyak, jadi gabungan keduanya memang ternyata memberikan impak yang sangat menawan.
MZ menggunakan sponge (ala-ala beauty blender tu) sewaktu menggunakan Maybelline Dream Satin Skin. Tak pernah lah lagi menggunakan jari mahupun brush, tapi adalah perasaan teringin tu. Nanti MZ try, dan share apakah hasilnya.
Masa beli hari tu, harga Maybelline Dream Satin Skin lebih kurang, RM24.++, tapi sekarang MZ tak tau lah...
Overall, MZ memang berpuas hati dengan Maybelline Dream Satin Skin, senang blend, senang dicuci, finishing yang satin ala-ala matte, coverage up to full. Coverage tu ikut kepada penggunaan lah, kalau banyak kuantiti yang digunakan, makanya ia menjadi full coverage, kalau kurang kuantitinya, jadilah medium coverage.
Dan yang paling MZ suka jugak, sebab Maybelline Dream Satin Skin ni mempunyai pam, senang kerja MZ, kalau nak mix dengan foundation lain pun senang compare yang jenis kena tuang or cream.
10 comments
kawan ada beli dia cakap takbest haha sha takpernah try lagi sebab susah nak dpt shade yang sesuai dengan kulit sha
ReplyDeleteAssalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri sis zafirah.
ReplyDeleteRajin pakai profuk kecantikan. Patut kulit lawa.
Hehe
kalau serasi teruskan pemakaian.
ReplyDeleteJanji Kita
Teringin nk try tapi nk fokus repair kulit dulu. Dah ok baru best nk mekap
ReplyDeleteIbu singgah blog walking di petang isnin. Semoga sis sihat petang ni
ReplyDeleteIbu Singgah Blogwaking. Salam rabu & selamat mengngundi kepada zafirah. Hati hati memandu
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sabtu dari Ibu. Singgah blog walking. Buat apa hari ni
ReplyDeleteMama singgah blog walking ke blog sis zafirah. Kulit cantik suami tertarik. isteri lembut suami romantik
ReplyDeleteSelamat menjamu selera saya ucapkan. Singgah blogwalking petang isnin ni.
ReplyDeleteOoo xpernah try lgi yg satin ni..duk pkai jugak yg maybelline fit me matte tu...so far sesuai jugak utk kulit kering akak ni
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^