Assalamualaikum. Holla ~
Great day to you girls ~ Entri untuk perempuan, sebab tu
kata-kata aluan untuk girls. Ewah ~ Laki pun boleh aih kalau nak baca.. nak
tambah pengetahuan supaya senang nak beli or hampa tau apa yang bini / marka
hampa dok sembang tu..
Ni nak habaq mai.. MZ tak pernah tak in love dengan product
Althea.. most of the product memang peberet MZ. Repeat berapa kali tak payah
nak habaq lahhh.. suka punya pasal, sesuai punya pasai, memanjang repeat. Ahaks
! Rugi lah weh hampa tak mencuba product Althea.
Althea ni ada banyak jenis product tau dak, dari set
penjagaan muka hinggalah ke alat solek. Antara alat solek yang dikeluarkan oleh
Althea, macam ni lahh.. macam yang MZ nak story bagi kat hampa ni…
Assalamualaikum. Holla ~
Walaupun lambat, tetap jugak nak tepek sini. Better late
than never bak kata omputih…. Hari tu dok sibuk-sibuk pasal aiskrim Cornetto
Unicorn. Penat mak yong MZ keluar
masuk 7E sekitar MZ semata-mata untuk mencari aiskrim Cornetto Unicorn.
Malangya, tiap kali itu MZ kuciwa !
Begitu jugak kalau MZ pulang ke kampung Mr.H. Tetap hampa !
Sadis ! Bertabahlah anak… tekak… finally, MZ jumpa aiskrim Cornetto Unicorn
dekat stesen minyak Shell, di RnR Gurun ! Kemain happy macam bebudak dapat
cekelat. Dalam keterujaan tersebut, MZ telah dengan tak tersengaja
menjerit memanggil Mr.H didalam kedai serbaneka, Select tersebut.
Assalamualaikum. Holla ~
Lama MZ menyepi walaupun sentiasa pasang niat untuk kembali
berkongsi cerita dekat sini, tapi acap kali MZ tewas. Alhamdulillah ! Hari ni
ada kesempatan untuk MZ berkongsi sesuatu untuk MZ. Memandangkan suami
kesayangan MZ, Mr.H melabuhkan tirainya lebih awal dan MZ tiada berteman dan MZ
jugak telah menyiapkan kerja pejabat MZ, makanya MZ terus ke sini.
Nak menaip pun ada masalah lain sekarang ni. Nak duduk
berlama-lamaan, sudah tidak mampu. Nak meniarap sambil menaip, apatah lagi.
Semuanya membantutkan nia suci murni MZ ni. Tapi, MZ akan cuba sedaya upaya
untuk menyiapkan entri ini.
Seperti yang hampa baca dekat tajuk diatas, hari ni MZ nak
kongsikan macam mana untuk membuang akaun favourite hampa dari senarai Favorite.
Ni untuk pengguna Maybank sahaja ya.. dan MZ menggunakan web unuk log in ke
akaun Maybank2u. Sebabnya, MZ dah godek-godek aplikasi Maybank2u tu, tapi MZ
tidak menjumpai cara yang bernas untuk membuang akaun favourite tersebut.
Boleh rujuk gambar untuk lebih pemahaman.
Assalamualaikum. Holla ~
Pe kabo sume ?? Sihat
ka makin sihat ?? Mihmihmih…. Sihat ka makin sihat ka, rutin harian tetap ‘ON’.
Antara rutin harian yang sentiasa kena ‘ON’ mestilah mendobi. Iye lahhh..
setakat seminggu tak mendobi, stok baju masih bertahan, tapi kalau masuk 2 3
minggu tak mendobi, alamatnya tak ke kerjalah esok… huhuhu
Cerita pasal dobi, MZ ada sebuah pusat dobi yang memang
menjadi kegemaran MZ, yakni, dobi Coin & Wash. Coin & Wash ni memang
banyak cawangannya, tapi yang paling MZ suka ialah yang berada di Teluk Air
Tawar, Penang. Kenapa Coin & Wash Teluk Air Tawar menjadi pilihan hati MZ ?
Carry on reading, nanti MZ story mory hokey….


