ADA APA DENGAN CINTA 2

9:00 AM

ADA APA DENGAN CINTA 2


ADA APA DENGAN CINTA 2


Assalamualaikum. Holla ~ Tajuk acah-acah tajuk filem yang bakal menemui anda tidak lama lagi. Alah, filem yang korang dok tergila-gila bayang tu beraime zaman sekolah-sekolah dulu. *aku cakap time zaman sekolah sebab masa tu aku sekolah lagi, yang tak sezaman dengan aku tu, korang tukarlah sendiri zaman hampa time tu*

Tapi, entri pagi ni tak dak kaitan pun dengan tajuk acah-acah filem bakal menggegarkan panggung tu. Cumanya, nak cakap pasal nama. Ada apa dengan nama ? Pernah tak korang jumpa bayi yang masa kecik dia asyik menangis ? Then, ada orang yang lebih tua akan cakap, nama tu panas untuk dia or nama tu berat untuk dia. Tukarlah nama dia. Yes ! Kalau dah register nama bayi dekat JPN, korang still boleh tukar, tapi procedure dia, ya hampun ! Banyaknya songeh ! So, nak cepat and senang, tu yang nama panggilan tak sama dengan nama betul. Tu yang orang dulu nama dia ada alias, @. So, lepas tukar nama, bayi dah tak nangis macam dedolu.

Kalau ada, jom baca lagiiii ......

Setiap nama ada maksudnya. Kecuali kalau nama anak korang, nama korang, nama husband korang, nama menantu korang, nama mertua korang, *okey, sambung sendiri* memang sejenis nama yang tak dak maksud. Bagi nama yang ada maksud tu, ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Jadi, kalau nak bubuh nama anak tu, fikirlah lah dulu ye. Cari maksdunya dulu, jangan main taram je asal nampak sedap, nampak unik, nampak lain dari yang lain. Esok, kat Padang Masyar pun, nama yang ada maksud yang akan dipanggil dulu. Yang tak dak maksud, dok belakang. Nauzubilah ~

Nama aku mengikut surat beranak dan IC, Siti Nurzafirah. Kalau family memang ada nama panggilan untuk aku, tapi tak mau share dengan hampa. Sebab tu, family ja boleh panggil. Heee. Kalau sepupu sepapat, mak cik-mak cik, nenek-nenek sedara pun ada panggilan yang lain. Tapi, belah ibu lah yang banyak variasi nya, belah abah panggil Zafirah ja.

Dari nama aku yang setoet tu pun boleh terbitnya pelbagai variasi nama. Ini antara nama yang kengkawan pernah panggil lah. Za, Zaf, Firah Fira, Iera, Siti. Tapi, dalam bebanyak tu, aku paling tak suka orang panggil aku Siti sebab... Siti bagi aku terlalu common. Siti apa ? Takkan nama ko Siti je kan ? Aku lagi suka kalau orang panggil nama yang lebih spesifik macam, Zafirah. Yes ! Maybe ada orang sama nama dengan aku. Tapi, dalam sepuluh belum tentu jumpa satu. Nama aku kan rare ! Se rare orangnya. Ahaks ! Dulu time sekolah, ada ja cikgu panggil aku Siti, lambat-lambat baru aku pusing. Sapa suruh panggil aku Siti ? Huh ! Amekkk ! Za pun aku tak suka jugak, sebab nampak macam kekampungan sangat. *bajet ko budak bandar sangat* And yang paling latest Fie. Muhaha. Lagi tak pernah terjangkau dek akal aku, orang nak panggil aku Fie. Ahh ! Tak kisahla. A part of my name also what.

Sebenarnya, nama tu membawa kepada perwatakan anda. Aku sedar tu bila environment berbeza. Maksudnya, kalau kawan ko kat opis panggil ko nama lain, and kawan ko kat rumah panggil ko nama lain. Perwatakan jadi berbeza. Bukan secara direct, idoklah jadi tomboy or what so ever. Maksudnya, personaliti. 

Macam aku, yang aku perasan, bila orang panggil aku Zaf, aku seorang yang berani, tegas, lantang berkata-kata, sebagaimana yang korang pronounce kan nama Zaf tu. Tepat. Padu. Jitu. Tapi, kalau orang panggil aku Firah. personaliti aku berubah, lebih kepada seorang yang lembut, sopan santun, jaga tutur katanya. Huish ! Memamg lawan habislah dengan Zaf. Cuba korang sebut Firah. Kan lembut gittew ~ Gittewlah aku bila orang panggil aku Firah. Aku bawak karakter aku dalam nama tu. And yes, bos aku pun perasan tu. Bukan setakat bos aku, colleague dia pun perasan. Masa zaman uni dulu, lecturer siap cakap aku ni out spoken, cakap je tanpa perlu ada sebarang perlu tunggu orang bagi green light untuk bercakap. Masa tu aku bawak karakter, Zaf. Jadi, boleh nampak kan macam mana nama boleh bawak personaliti kita ?

Kesimpulannya, nama tu bawak personaliti seseorang tu. Pilihlan nama panggilan yang bersesuaian dengan korang. Yang boleh korang bawak nama tu. Untuk anak-anak yang bakal korang lahirkan tu, pilihla nama yang baik2. Sebaik2 nama apabila ianya disebut sepeunuhnya. Sebab, nama yang penuh itu ada maksudnya. Sebab tu, aku lagi suka orang panggil aku Zafirah sebab Zafirah tu ada maksudnya as compared to Za, Zaf, Firah Fira, Iera, and Siti.

*sorry isi kandungan larik dari tajuk*







You Might Also Like

8 comments

  1. Salam jumaat...
    singgah pagi ♥

    ReplyDelete
  2. kira ada plbgai watak ea..hihi.. pgl tu jd len..pgl ni jd len.. hehe

    ReplyDelete
  3. Salam singgah jumaat dik SN..... akak ingat tadi nak review filem....hihi

    ReplyDelete
  4. ingat update pasal filem ada apa dengan cinta 2..hahaha..tapi tak pe nice sharing..

    ReplyDelete
  5. ingat update pasal filem ada apa dengan cinta 2..hahaha..tapi tak pe nice sharing..

    ReplyDelete
  6. ehehe kita panggil awak Zaf jeeee la eh =D

    ReplyDelete
  7. kak ekin kekadang zaf, zafirah , firah panggil nama dia

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored