NGERI GEGENDANG TELINGA KU !

2:30 PM

NGERI GEGENDANG TELINGA KU !


NGERI GEGENDANG TELINGA KU !


Assalamualaikum. Holla ~ Lama dah jari menari ni bercuti. Hari ni kita paksa dia bekerja secara drastik. Hari ni tu semalam lah na sebab ni entri auto post. Hari ni aku ada training lagi. Tapi, hari ni bukan nak cerita pasal training. No ! No ! No ! Ni cerita pasal aku kau dan dia. Eheh ! Tak jugak. Keep on reading kalau nak tahu.

Saja bagi mukadimah pepanjang sebab jari ni rindu nak menaip. Otak pulak ligat menyusun ayat. Padahal enti terperam, tak siap2 jugak. Nasib baik akaun sole kalau tak, mesti partner aku pening tengok entri dalam draf, dah naik hapak ! Melepak macam aku. *tipu*


Panjang nya mukadimah hang Zafirah oi ! Sapa nak baca. Lekaih ! Begini cerita dia. Ini hasil yang ibu cerita lah. Sebelum tu ada borak2 pasal Kedai Roti Canai Aziz yang menjadi peberet aku. Boleh baca dekat SINI kalau nak tahu pasal roti canai yang lembut tahap sotong tu. Walaupun aku bukan sejenis peminat roti canai, tapi kalau bagi roti canai Aziz ni, memang sahih aku tak tolak.

Di pendekkan cerita, ibu tau cerita ni pun daripada Tok Teh. Tok Teh duduk dekat Teluk Air Tawar, Butterworth. Adalah sembang-sembang pasal roti canai Aziz ni. Dan terbukak lah satu cerita. Tok teh kata, kedai yang pakai pelaris siam ni, dia akan tutup pada hari Selasa. Kenapa tutup pada hari Selasa ? Sebab pada hari Selasa, deme ada aktiviti keagamaan. *sembahyang* 

Keting, keting keting. Bercambah kedai yang tutup pada hari Selasa terlintas di fikiran aku pada waktu dan ketika itu. Plus dengan kedai yang ibu bagi contoh tu. Err ! Rasa ngeri pulak tetiba kan. Tapi, kesahihan dia sampai tahap mana, kenapa kedai tu tutup hari Selasa mungkin tak sama bagi setiap kedai. Mungkin tiap hari Selasa, dia kena hantar anak dia pi sekolah ka, kena hantar parents pi sepital buat check up ka. Kita tak tau kan ? Jadi, fikir dan timbanglah. Kalau rasa kedai tu memang sedap dan patut di repeat, memang itu hak dia. 

Jangan pulak nak fikir negative je. No ! No ! No ! Tapi, dah kalau terang2 kedai tu tak sedap, apo nak dikata. Macam masa aku singgah rumah Paan dulu, mama Paan cakap, dekat Temerloh tu rata-rata kedai memang pakai pelaris, yang tak pakai pelaris cuma KFC dan MCD. Muhehe...

Tu sahaja nak ceritanyaaa..... Bubye ~

Credit

You Might Also Like

2 comments

  1. ehehe kalo x sedap tu terima jela kan.. kena cuba improve =D
    KFC ada pelaris gak.. tu uncle tua tu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored