RESEPI AYAM BUTTER

8:30 AM

RESEPI AYAM BUTTER 


RESEPI AYAM BUTTER 


Orang raya makan ketupat, rendang, lontong, lodeh.. Adik, time raya teringin makan ayam butter. Nasiblah dapat akak yang rajin melayan kan. Yelah. Dia pun balik jarang2 kan, kalau boleh nak penuhilah hasrat perut dia. Mihmihmih

3rd day raya dah serbu Mydin Bukit Mertajam. Hajat hati, nak beli ayam and bebarang nak masak untuk kengkawan abang yang nak datang. Tapi, ayam kat Mydin pun habis, tinggal ayam tua ja. Haih ! Tak mo lah. Esoknya ibu ke market, ada sorang je yang meniaga. Sejam jugaklah beratoq untuk dapatkan ayam. Ish2

Lepas siap2 kemas rumah and mengecahkan dapur untuk kengkawan abang, sambil tengok Mak Cun Pi New York, sambil kupas bawang, sambil perap ayam. Hehehe.. Kata multitasker ! *perasan sangat* Sementara tunggu ayam marinate dengan sekata, sambung tengok Mak Cun Pi New York.

Asyik cerita je kan. Mana resepinya. Haaa... Ni haaa resepi diaa...


Resepi Ayam Butter

Bahan-bahan
Ayam (aku guna 5 ketul)
Cili padi
Bawang putih (2 ulas)
Bawang besar (1 ulas)
Daun kari
Butter / mentega (2 sudu)
Susu cair (setengah tin)
Cheese (sekeping)
*optional*

Bahan perapan ayam
Serbuk kari (aku guna serbuk kari ikan)
Tepung gandum ( 2 sudu)
Tepung ubi kayu (2 sudu)
*boleh jugak guna tepung jagung
Gula
Garam

Cara-caranya
1. Perapkan ayam dengan bahan perapan.
2. Gorengkan ayam dan toskan.
2. Cairkan mentega dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi serta daun kari.
3. Bila bawang dah garing, masukkan susu cair dan biarkan ia mendidih sekejap.
4. Masukkan cheese dan biarkan ia cair. (kalau tak mau guna pun boleh)
5. Masukkan ayam dan perasakan dengan sedikit garam.
6. Kalau nak kuah yang pekat, masaklah lama sikit dan kalau terpekat sangat, tambahlah air.


Adik memang suka sangat, siap tambah berkali-kali and request nak meratah ayam ja. Sebab guna tepung ubi kayu, ayam dah rupa ayam kepci. 

Aku pakai rempah kari ikan sebab rempah kari daging habis. Takkan nak pi beli pulak dah last2 minute tu. Tibailah rempah kari ikan pun. 

Lepas tu kan, rasa kuah ayam butter ni macam rasa beriyani milani kat Restoran Kapitan, cumanya kat Restoran Kapitan tu. warna kuah dia merah sikit. Mungkin tambah serbuk kari or maybe serbuk cili. Yang lain, memang rasa samalah. Muhahahaha... Rahsia milani Kapitan telah terbongkar..



You Might Also Like

20 comments

  1. Yang nengok nie pun meleleh air liur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. buat kak.. sedap ni, pedas pun idak

      Delete
  2. buat please..akak datang raya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa.. meh datang tahun ni, confirm ada atas meja

      Delete
  3. Hihihi Reen pula baru lpas masak Nasi Lemak.. Walaupun masih musim raya. Teringin nak makan.. :D

    ReplyDelete
  4. adusss memikat qolbu..melimpah ruah kuahnyer...mesti sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kak.. rasa cam kat kapitan

      Delete
  5. Replies
    1. nampak pun dah sedap, rasa apatah lagi.. puji diri sendiri jap

      Delete
  6. yummy..leh dah bukak kedai makan nasi beriyani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi beriyani tak pandai la.. noxxa dok dalam kotak lagi.. kikiki

      Delete
  7. perghh..leh buka restoran lah camni ;p

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored