SEMBANG GEGURL .:. SUPER BB TRIPLE FUNCTION, SKIN 79

3:17 PM

SEMBANG GEGURL .:. SUPER BB TRIPLE FUNCTION, SKIN 79


SEMBANG GEGURL .:. SUPER BB TRIPLE FUNCTION, SKIN 79


Perempuan dan kecantikkan memang tidak dapat dipisahkan seolah-olah isi dengan kuku. Kali ni, nak share satu lagi product kecantikkan yang aku rasa awesome untuk aku.

Assalamualaikum. Holla ~

Korang tengah pakai foundation apa sekarang ni ? Or maybe BB cream ? Kalau rasa nak try BB cream yang baru, boleh try Super BB Triple Function ni. BB ni stand for beblesh balm. Haaa... Gittew ~


Super BB Triple Function ni bertindak dengan tiga cara iaitu, memutihkan, pelindung UV, SPF 30 PA++ *agak tinggi tau* dan jugak bertindak sebagai anti penuaan. Produk ini ialah produk Korea, so kalau suka Korean look, boleh jugak try Super BB Triple Function ni.








Sebotol 40 gm ni berharga RM25. Aku sangat sukakan packaging dia. Menggunakan botol yang menampakkan ia sangat ekslusif yang berwarna pink. Hanya perlu menekan bahagian atas botol untuk mengeluarkan Super BB Triple Function ni dari botolnya.





Dah nama pun produk buatan Korea, dah tentulah kebanyakkan infomation yang dilampirkan berbahasa Korea, namun jangan risau, kerana Bahasa Inggeris jugak turut disediakan, dwi bahasalah kira tapi dalam version yang tak semua rakyat Malaysia paham, macam aku. Mihmihmih

Jujurnya pasal Super BB Triple Function ni. Seriously aku suka, coverage almost full. Parut-parut hitam jerawat tidak kelihatan sungguh pun aku hanya blend menggunakan jari. Tapi, kenapa jari, kenapa tidak berus ? Sebab aku basuh berus tu dan dengan keadaan cuaca sekarang, tak kering pulak. Aku pulak memang ada satu berus je untuk setiap kegunaan, masaklaa.. Nasib lah ada jejari runcing. Ahaks !

Selain itu, Super BB Triple Function ni jugak sangat ringan bila digunakan, mudah di blend, tidak murah merekah walaupun pada keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. Tidak melekit. Bau pun wangi. Didatangkan dengan satu tona warna sahaja iaitu pink. Segala pori-pori jugak dapat disembunyikan dengan menggunakan Super BB Triple Function ni.

Produk ini jugak telah disahkan oleh ISO 9001.




Ni lah hasilnya. Perasan tak gambar kiri ada jerawat di atas kening, jerawat tu meninggalkan parut hitam, dan sebenarnya di tepi kening pun ada jugak, tapi dalam gambar kiri tu, jerawat tak muncul lagi. Parut jerawat di pipi pun terserlah. Tu memang habis naked face tanpa sebarang edit. 

Selepas menggunakan Super BB Triple Function ni, parut jerawat di kening terus tak nampak, di pipi pulak nampak agak nipis. Aku terpaksa blurkan bawah mata tu sebab mascara dah sememeh, hajat hati nak cuci dah muka, baru teringat tak amek gambar lagi. Nak diceritakan, aku dah basuh muka aku tu sebenarnya, tapi menggunakan air je lah. Tapi, Super BB Triple Function tetap maintain. Aku hanya menggunakan span bedak Miami yang digunakan ala-ala loose powder. Dan inilah hasilnya. Aku sangat berpuas hati.





You Might Also Like

16 comments

  1. wahhhhh asik review produk kecantikan je
    #BB la katakan sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. tidak ! review benda yang best je.. mana boleh lawan Kak El.. kejar slow2 je... hek2

      Delete
  2. Comelnya botol. Harga pun not bad. Ain tgh pakai pixi skrg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. pink tu yang macam menarik mata ni.. hehe...

      Pixi pun not bad kan...

      Delete
  3. Replies
    1. hahahaha... *blush* larik sorok belakang cermin

      Delete
  4. Jadinya tg kanan tu hasi selepas pakai bblah eh

    ReplyDelete
  5. bertambah berseri2 cik kak kita ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... tapi memang best pakai yang ni

      Delete
  6. Wow.. Harga yang berbaloi untuk produk yg ohsem..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored