iPrice Blogger Competition - Zalora

1:15 PM

Assalamualaikum. Holla ~

Dengan peralihan zaman serta teknologi, gaya hidup manusia jugak berubah. Seiring dengan itu, muncullah pelbagai laman e-dagang yang memudahkan pengguna untuk membeli belah secara di atas talian.

Pelbagai variasi barangan boleh dicari dan dibeli melaluinya, sebut sahaja, pasti anda mampu untuk memiliki tanpa perlu untuk menghadap kesesakkan lalu lintas mahupun masalah mencari parkir.

iPrice adalah salah satu laman e-dagang yang menyediakan kemudahan yang sama.


Apa itu iPrice ?

iPrice Malaysia bukanlah laman web e-dagang biasa anda. Dengan populariti yang semakin meningkat membeli-belah dalam talian, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara lain di Asia Tenggara, iPrice adalah inovasi baru dalam e-dagang. Daripada laman web membeli-belah dalam talian tradisional di Malaysia, iPrice membantu anda menemui perkara-perkara yang anda perlukan, cekap membandingkan harga antara kedai-kedai, dan mengambil kesempatan daripada kupon online, menambah nilai hebat untuk pengalaman membeli-belah dalam talian anda.



Disebalik syarikat yang membawa anda kepada Happy Fresh, iMoney, dan Syarikat Dipercayai, iPrice mula ditubuhkan pada tahun 2014 di Kuala Lumpur, Malaysia. Tujuan laman web ini adalah untuk menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian anda lebih baik dan lebih mudah dengan membawa anda pilihan barang-barang yang anda perlukan dari kedai-kedai yang berbeza di seluruh web. Dengan iPrice Malaysia, anda boleh mencari item tertentu dan dapat dengan mudah membandingkan mana kedai menawarkan produk yang berpatutan, kaedah pembayaran mudah atau penghantaran lebih cepat.

Mengapa iPrice?

iPrice bukan sahaja satu pasaran dalam talian di yang anda boleh cari produk-produk yang menarik dan tawaran yang menarik untuk membeli, tetapi ia juga satu tempat pelbagai bereputasi peniaga dalam talian, peruncit, dan laman membeli-belah akan dikumpulkan dan dipadankan mengikut istilah carian anda.

Bagaimana menggunakan iPrice ?

Anda hanya perlu mencari product yang diingini, bandingkan harganya, dan beli. iPrice juga menyediakan diskaun dengan iPrice coupon.

Dalam banyak-banyak laman e-dagang, ada beberapa darinya MZ telah berpengalaman menggunakannya. Ada yang MZ berpuas hati dengan layanan sepanjang tempoh pembelian dan ada sebaliknya.

Image result for sadgifs


Tapi, kali ni nak kongsikan apa yang tak best pasal laman e-dagang Zalora dan MZ jugak nak kongsikan pandangan MZ dalam usaha untuk menambah baik mutu laman e-dagang Zalora.

MZ pernah berurusan dengan Zalora untuk beberapa kali dan sepanjang berurusan untuk beberapa kali itu, bagi MZ semuanya tidak memuaskan hati MZ. Namun, sebagai pengguna dah berkenan, mestilah beli jugakkan walaupun agak rumit jugak proses untuk membelinya.

Haaa.. itu yang MZ tak berapa kenan.. bagi MZ, Zalora bukanlah laman yang friendly user. Terkial-kial MZ nak guna, tercar-cari yang ini, tercari-cari yang itu.. Pada penggunaan yang pertama, MZ pernah give up and at last MZ close je Zalora tu. T_T

Mungkin lepas ni, Zalora boleh buat lamannya lebih friendly user. Yelah ! Pelanggan bila dah excited nak shopping, bukannya rajin membaca sangat, bukannya rajin membelek sangat. So, kalau lebih friendly user, lagi senang lah pelanggan nak membuat urusan.

Image result for wink gif

Selain itu, proses pemulangan jugak mengambil masa yang lama. Dan setelah pemulangan berjaya pun, tiada informasi yang sampai dekat MZ. I'm reallly disappointed with this. 

Image result for disappointed gif

Dah la pada pembelian pertama, MZ menggunakan voucher,  pemulangan tu pulak, nilai voucher tidak di kredit kan sekali. Adui ! Dah la sedih dengan proses pemulangan, bertambah sedih dengan kekurangan kredit.

MZ harap, pihak Zalora dapat membuat sesuatu mengenainya. Takkanlah semua orang nak mengalami nasib yang sama dengan MZ kan.

Image result for communication

Yes ! Communication is the key. Harapnya pihak Zalora dapat berkomunikasi dengan peggunanya agar segala maklumat sampai dengan tepat kepada penggunanya. Tak. dalah pengguna tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti

Lagi satu, MZ harap Zalora dapat menambah lagi merchant yang bekerjasama dengannya. Means, tambahan product lah. Sebab, hari tu MZ ada try cari satu brand ni, tapi tak dak pulak.

Tapi, Zalora puya servis penghantaran memang tip top. Tak jangka pun yang barang akan sampai awal. Yang itu, MZ bagi *****.

Image result for thumbs up gif

MZ harap, Zalora dapat mempertimbangkan cadangan MZ ni supaya Zalora bertambah maju dan lebih mudah mesra pengguna. MZ akan terus support Zalora ! gaji dah masuk, dah nak start jeling-jeling Zalora dah. 

Till then. See ya ~

You Might Also Like

3 comments

  1. hahaha gif format tu cute.

    camna nak buat ea?

    ReplyDelete
  2. Lamanye xshopping kt Zalora ni...

    ReplyDelete
  3. sekarang banyak dah kan laman web mcm ni. bahaya!!! bahaya sebab nanti keja nak shopping je hihihi. masa kira membeli dengan Zalora hari tu nasib baik semua ok. tukar barang ok alhamdulilah

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored