HATYAI DAY 2.1
3:17 PM
Assalamualaikum. Holla ~
Penutup entri Hatyai di tahun yang baru dan bulan yang baru. Maknanya, dah setahun dah masa berlalu. Kuang kuang kuang.
Sambung dari entri yang lepas-lepas. Hari kedua, setelah sarapan pagi di Pasar Hatyai, kami ada buat tour sikit kat belah bawah pasar tu. Kat bawah tu memang ada jual macam-macam dan yang uniknya kat sini, setiap kedai dibina di atas papan, kira macam kedai didalam beranda. Tapi, didalam lot kedai. Motif ? Tak sure.
Target nya nak beli syampu Pantene, sebab barang Thailand, mestilah murah kan. Beli kat Malaysia pun, imported from Thailand jugak. Sebab waktu agak awal lagi, tak semua kedai yang telah dibukak. Ada antaranya, tengah bersiap sedia untuk memulakan jualan.
Lama jugak aku tercongok kat satu kedai yang menjual alat mandian, lotion dan sebagainya. Ramai gila orang, orang masuk lebih dari orang keluar. Dok bajet-bajet, mesti kedai ni murah. tak kurang jugak kedai yang bertentangan dengannya. Setelah lama berkira-kira, membuat kesimpulan untuk membeli di kedai yang pertama.
Survey, convert. Survey, convert. Itu lah kerja aku dan ternyata, memang murah. Terasa nak angkut semua barang dalam kedai tu. Nasib baik akal yang waras menghalang daripada melakukan perbuatan terkutuk tu. T_T
Untuk mengelakkan pembaziran, jomlah balik ke bilik untuk next tentatif. Sementara menunggu rombongan Cik Kiah siap untuk bertolak, selfie berdas-das dulu di lobi dan sekitar hotel.
Dan disebabkan dah agak tengah hari, maka rombongan Cik Kiah berhenti di gerai yang menjual makanan. Tapi, yang ni memang aku tak ingat kat mana, dia macam masuk dalam perkampungan sikit.
Macam biasalah, melepiaskan nafsu terhadap green tea Siam dulu, sambil menikmati hidangan tengah hari.
Bila dah kenyang, baru teruskan perjalanan. Next destination is Samila Beach. Sampai je di Samila Beach, semua dah pakat sibuk bergambar. Ramai yang menepek dekat duyung Samila. Angin pulak, jangan cerita lah. Biar gambar je cerita macam mana angin time tu kat Samila Beach.
Dengan angin yang kuat dan ombak yang tinggi, hasrat untuk bergambar dengan duyung
Kat sini, memang famous dengan ais krim kelapa. Kalau singgah jangan lupa try ye. Memang ramai orang yang sanggup Q semata-mata untuk mendapatkan semangkuk ais krim kelapa ni.
Dan selepas tu, perjalanan pulang pun bermula. Sebelum cross border, rombongan Cik Kiah sempat singgah di Danok untuk mencuba sendiri pulut ayam dan daging bakar disini. Memang terbaik lah ! Sedap baq hang ! Teringat sampai sekarang.
Oleh kerana itu, tapaukan sebungkus untuk kesayangan dirumah. Gambar kat Danok memang tak de sebab dah senja + malam dan kuasa battery semakin menunjukkan ke aras penuaan. Kikiki
Time hazab dia masa sampai dekat kastam, sebabnya nak kena hangkut segala bebarang turun. Masa nak pi, tak pa lagi sebab barang tak banyak. Masa nak balik, jangan diucap selamat tinggal lah. Dengan pulut mangga, pulut ayam daging bakar segala bagai. Hahaha..
Berakhirnya entri 2 hari 1 malam ke Hatyai.
7 comments
ada la jugak penutup trip hatyai...akak ni buat kt magic eye tu je la...hahahaha
ReplyDeletemn gmbr pulut ayam n daging bakar ni? nak tgk jg ;-)
ReplyDeleteaiskrim kelapa depa memang sedap. Akak pun sama macam awak kalau nak beli souvenir or shopping convert dulu.
ReplyDeleteSempat rembat berapa botol pantene tu 😜
ReplyDeleteSian! X dpt ramas mesra ngan duying eh..time sis JM pegi ngan SS tu mmg heaven..x ada org jadi ramas la ko puas2 😜
ReplyDeletemenariknya, bila laa berpeluang nak sampai sini..
ReplyDeletepulut ayam situ memang sedap.
ReplyDeleteda berjam-jam pun ayam nyer tetap sedap :)
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^