HERMO MALAYSIA - APA YANG PATUT DIKETAHUI
9:08 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Phew ! Penat aih sapu sawang. Maaf lah lame tertinggal blog ni sampai bersawang. Tak sengaja, tak berniat. Okey ! Back to the topic.
Hari tu, nak beli BB Cushion since yang tengah pakai ni bakal menamatkan riwayatnya. Bukan tak suka, bukan tak sayang dengan BB Cushion sekarang ni, tapi saja nak try yang baru. And yeah ! Aku tak pernah review lagi pasal BB Cushion ni. Nanti aku review pasal BB Cushion tu dalam entri yang lain.
Aku ada tengok BB Cushion kat satu web ni, tapi bila tengok postage dia, rasa macam nak nanges pulak. Postage dia dah lebih kurang dengan harga BB Cushion. Amek 2 BB Cushion pun still rasa tak worth it.
Tanya colleague kot-kot dia nak order sekali, tapi dia recommend Hermo. Katanya Hermo lagi murah postage dia, and seronoknya kalau beli barang lebih dari dua, postage adalah percuma. Dengar tu, terus rasa macam seronok gilos.
Punya dok scroll cari barang, terbekenan bayak barang pulak. Ahaha.. Sudahnya, empat barang jugak la yang aku beli.
Memandangkan aku first time user, Hermo ada bagi diskaun jugak. So, kalau korang nak tahu berapa % diskaun yang Hermo bagi kat first time user, korang kenalah daftar Hermo sendiri.
Ni hasil shopping aku. Hermo ni store dia ada dekat Malaysia, so tak payahlah tunggu lama untuk mendapatkan barang yang telah dipesan. By the way, Deep Clean tu aku beli sebab nak cukupkan barang, so tak tahu lah macam mana result dia. Nanti aku review untuk semua barang di atas ye.
Dan untuk pengetahuan, memang semua barang di atas, aku tak pernah guna lagi and this gonna be my first time using it. Can't wait and really excited !
Total damage untuk semua barang di atas tak sampai RM100 after discount. Deep Clean Foam Cleanser, RM 15.21, Innisfree No Sebum Mineral Powder, RM 20, Maybelline BB Cushion, code light, RM 46.61 dan Etude House Lucky Cheek Beam, code Coconut Coral, RM 26.10.
8 comments
ok gak harga tu..
ReplyDeletepart percuma tu yg nk dgr ;-)
ReplyDeletepercuma tu paling best
ReplyDeleteok la tu harganya, yang paling best ada part percuma..
ReplyDeleteBestnya haul ni..nnt nak try shop kt hermo ni la
ReplyDeleteharga macam berbaloi la jugak tu
ReplyDeletewah akhirnya muncul juga comment box ini.
ReplyDeletesorry IR Zaf.
I red ur writings but the comment box didn't appear in my screen.
so acah-acah silent reader je lah jadinya...
tak sure lah setting apa yang dah lari lagi ni dari pc ku.agaknya
btw, careful with skin care - kadang serasi dengan orang lain - tapi maybe tak serasi dengan kita.
ReplyDeletepart2 yang sensitif seperti t-zone n bawah mata tu kena extra careful.
takut boleh kena milia attack.
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^