TOLL vs MOTOR... Please lah !

9:23 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Dah lama nak share pasal ni jugak, cuma hari ni baru ringan jari ni menaip. Moga ada lah diantara kalangan pembaca ni terdiri daripada mereka-mereka yang saya maksudkan.

Beginilah ceritanya... Kalau bukan orang Penang, mesti tak tahu kan motor pun kena bayar tol tau. Tapi, itu hanya untuk tol Jambatan Pulau Pinang dan ianya hanyalah sehala. Begitu juga dengan jambatan yang kedua, Jambatan Sultan Abdul Halim.

Kebanyakkan orang akan menggunakan jambatan pertama untuk ke kerja termasuklah aku. Dah setahun lebih jugaklah dok naik motor ni, boleh kira berapa kali je pergi kerja naik kereta. Tak hadap aih nak hadap jam pergi dan balik kerja. T_T


Sadisnya, kalau dekat tol ni, terutamanya penunggang motosikal, kebanyakkan bila dah masuk lorong Touch n Go barulah sibuk nak cari kad Touch n Go, baru sibuk nak seluk cari kat poket belah mana letaknya kad. Dah tu, time tu jugaklah nak simpan masuk dalam beg, berzip bagai.

tol jambatan pulau pinang, harga tol motor kena tol tak, berapa harga tol, tol naik lagi, jambatan kedua pulau pinang, jambatan sultan abdul halim

Sedar tak kat belakang awak, ramai lagi yang beratur, yang sedang menunggu. Ada hari kita awal, ada hari kita lambat. Kalau kita lambat, rasa ringan je mulut ni kan. Kalau tak tahu mana letaknya kad Touch n Go tu, sebelum masuk lorong, berhentilah kat bahu jalan, cari dulu mana letaknya kad tu. Kenapa orang boleh buat, kenapa tidak awak ? Mungkin otak orang tu ada ditempat sepatutnya tapi otak awak ada dekat lutut ?

Dah siap touch, tak payah la kalut nak simpan time tu jugak. Kalau jenis simpan kad, tapi tak time consuming, tak pe lah jugak. Tapi, ini siap nak berzip bagai. Abang, kat depan tu pun boleh berhenti lagi bang, kenapa nak kena block jalan orang ? 

Hati saya panas je kalau kena macam ni. Kereta ada jugak kes sebegini, tapi selalunya jarang aku terkena, yang selalunya motor lah

Tolonglah ye abang, nasihat kat kawan-kawan, adik beradik, sahabat handai, berhentilah buat perangai pentingkan diri sendiri. Kalau nak jugak, sila request lorong tol sendiri. 

Image result for thank you gif

Thank you ye pada yang lelain kerana tidak berperangai sedemikian. Hazab tau adik awak kena macam tu tetaip pagi.


You Might Also Like

6 comments

  1. boleh memahami keadaan tu. sebaiknya gantung la kad tu kan. macam gantung pass nk masuk kerja. nanti touch je. memudahkan urusan semua orang sama

    ReplyDelete
  2. kes mcm ni ala ala kalau kat cdm juga.

    mmg kena prepare duit tmbahan

    ReplyDelete
  3. aduhai.. sabar sis huhu. xtau nak komen cmna bab ni sb kat sabah xda tol jadi ju xdapat fhm situasi rakan2 blogger yg kena hadap tol tiap harii.. huhu. apa pun, hati2 di jalan raya & di mana jua sis berada ye =)

    ReplyDelete
  4. eh...dh x naik rapid ke? tu la...kdg perhati gak time pg pkl 7 lbh2 tu...motor beratur pnya pnjg. time tu la br nk cri kad pstu nk simpan bgai

    ReplyDelete
  5. semoga abang2 itu baca pesanan IR Zaf

    ReplyDelete
  6. hebat okay aawak ini bisa naik moto dalam penang.
    seriously hebattt...

    respek ok

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored