AYAM MASAK HALIA - Resepi dari FB

12:47 PM

Assalamualaikum. Holla ~

Selamat berpuasa readers ! Macam mana dengan persiapan raya ? Dah siap ? Mesti tengah kalutkan sekarang ni. Kalut, kalut jugak... jangan lupa amal ibadat di penghujung Ramadan ni. Tahun depan, belum tentu lagi....

Macam semalam, MZ masih ingin berkongsi resepi yang MZ lihat di FB. Mungkin agak lambat, tapi apalah salahnya. Esok-esok masih boleh digunakan lagi.

Kali ni, MZ nak kongsikan pulak resepi ayam masak halia... nyum nyum nyum... suka MZ ingatkan yang gambar semua MZ pinjam dari Encik Google. Entah kenapa, malas bebenor pegang ipong sekarang ni.

Sudah ! Let's check out...


Ayam Masak Halia

Bahan-bahan
500gm ayam (dipotong kecil)
4 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 cm halia (dihiris halus)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang merah (hiris nipis membulat)
1 biji cili merah (dihiris nipis)
1 tangkai daun bawang (tak mau guna pun boleh)
1 1/2 sudu kecil tepung jagung yang dibancuh dengan air
Minyak masak untuk menggoreng
Lada sulah atau lada hitam
Garam, gula dan kunyit

Cara-cara
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Gorengkan separuh masak dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih dan halia eshungga naik bau dengan menggunakan minyak gorengan
    ayam tadi.
3. Masukkan ayam, sos tiram, kicap cair dan lada sulah, gaulkan sebati. (Jangan sampai bawang
    putih hangus)
4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh tadi. (Tambahkan ar mengikut kepekatan yang
    disukai)
5. Taburkan bawang merah dan cili merah serta perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan taburkan dengan daun bawang.
7. Siap !

ayam masak halia, menu ayam, resepi ayam. resepi ayam mudah dan ringkas, menu berbuka puasa, juadah sahur, menu sahur mudah, menu bulan puasa, menu ayam, halia. ginger chicken,
Sumber Google

Kena dengan nasi panas, memang menambah-nambah. Secukup rasa gittew ! Saat menaip ni pun terasa lagi kesedapan ayam masak halia ni.. nyum nyum nyum....

Selamat mencuba !!!


You Might Also Like

4 comments

  1. oowh ini best.. kalo ade satu style CT penah tngk tu dia brkuah sket. kuah dia likat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow.. ada kuah lagi best.. tak yah masak bebanyak lauk... heee

      Delete
  2. sama dgn aida.
    mesti kuah nyer lebih skit.
    asben & anak-anak wajib nak berkuah kalau makan :)
    aida suka buat ayam masak halia.
    halia tu sedap, segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tak boleh makan kalau tak de kuah... heee..

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored