Paprik Ayam - Resepi dari FB

1:02 PM

Assalamualaikum. Holla ~

Entri hari ni pasal resepi lagi ye... Jangan marah haaaa....

Kali ni MZ nak share pasal Paprik Ayam. Menu yang mudah serta simple, tapi sedap lagi berkhasiat. Mana tidaknya, penuh dengan sayuran. Nak pulak air tangan isteri, lagi menambah-nambah si suami kan. Hew hew hew...

MZ asyik kongsikan menu yang mudah je.. sebabnya.. yelah.. nak makan berdua, takkan nak gah-gah pulak.. kari kepala ikan... ketam masak lemak cili api... no no no.... Mr. H jenis makan tak banyak sangat, jadi MZ rasa penat lelah MZ macam tak berbaloi je nak masak yang renyah-renyah tu. Makanya, kita masak yang simple-simple sudahhhh...

Jangan kutuk MZ haaaa... lain orang, lain caranya.. tepuk dada, tanya lah hatiii.. ehh ! ke laut pulakkk...

Meh tengok menu ringkas hari ini...
Paprik Ayam

Bahan-bahan
4 ketul ayam (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji cili merah (hiris nipis)
5 biji cili api (dipatah-patahkan)
2 helai daun limau purut
Bunga kobis -  dihiris nipis
2 biji putik jagung (dihiris serong)
2 biji kacang panjang (dihiris kecil)
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
Garam, gula dan air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga naik minyak.
3. Masukkan semua jenis sos dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ianya sebati.
5. Masukkan air dan biarkan ia mendidih.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Masukkan bahan hirisan.Masak sehingga semuanya empuk.
8. Tutup api dan hidangkan....

paprik ayam, menu mudah ayam, resepi ayam, resepi ringkas, ayam masak, masak ala kedai, sedap dan mudah, ringkas, menu ala tomyam, menu ala siam,
Sumber Google

Sedap sampai menambah-nambah... rasa macam kedai pun ia jugak.. *masuk troli tolak sendiri*

Selamat mencubaa... selamat menunaikan amal ibadat....

You Might Also Like

14 comments

  1. Replies
    1. Waaaa.. nanti boleh MZ rasa sha masak pulak... heee

      Delete
  2. Salam ramadhan dari Ibu, singgah blog walking blog sis zafirah. Kalau pergi makan luar memang Ibu suka makan nasi goreng paprik. lepas ni bolehlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan jugak untuk ibu... jarang order nasi paprik.. tapi rasanya menu ni akan terus ada didapur.. heee

      Delete
  3. Selamat berbuka puasa sis. Mama doakan malam ni kita semua dapat kekuatan bangunkan malam ganjil di 10 malam terakhir ramadhan. Amin

    Paprik masak pedas memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha allah mama... semoga kita mendapat sesuatu untuk Ramadan kali ini... aaaminnn

      Delete
  4. Assalamualaikum & selamat pagi jumaat Mama ucapkan kepada sis zafirah. Baru 2 hari lepas makan. Sedapny

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tengah hari mama... waaa... ni pun MZ rasa nak buat lagi

      Delete
  5. Selamat pagi. Ibu singgah blog walking.

    ReplyDelete
  6. paprik pun best jugak.. nasi panas2 lebihkan bunga kobis hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan... sayur ngan lauk sama naik... nyum2

      Delete
  7. Ni menu akak.kalau akak malas...lengkap semua sekali sebab ada.sayur bgai kan

    ReplyDelete
  8. masuk troli meh saya tolong tolakkan hahaha.

    p/s: jemput join segmen blog saya :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored