UDANG KICAP PEDAS - Resepi dari FB
12:33 PMAssalamualaikum. Holla ~~~
Dah lama benor MZ tak menaip. BZ bebenor, dengan rumah dengan persiapan raya... tak menang tangan la haiii...
Tak mau lah celoteh bebanyak... MZ nak share resepi je.. resepi ni pun amek dalam FB... dah hujung-hujung puasa ni, makin kering pulak idea nak memasakkan ...
Udang Kicap Pedas
Bahan-bahan
400gm udang
1 biji bawang besar (kisar)
2 biji bawang putih (kisar
1/2 inci halia (kisar)
3 sudu cili kering
1 biji cili merah
4 sudu kicap
2 sudu sos tiram
Gula dan garam secukup rasa
1/4 cawawn air
Cara-cara
1. Panaskan miyak dan masukkan bahan yang di kisar untuk menumis.
2. Tumiskan sehingga kuning dan masukkan dan masukkan cili kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan sos tiram dan kicap. Tumiskan seketika sebelum dimasukkan udang.
4. Masukkan air serta gula dan garam. Akhir sekali, masukkan cili merah.
5. Siap !
Kadang yang simple macam ni lah yang boleh menambahkan nasi. Hew hew hew....
Selamat berbuka puasa semua. Dah tinggal 10 malam terakhir ni, pecut jangan tak pecut...
11 comments
Pergh!! Memang mengancam dan sedap..
ReplyDeleteSedap... serius.. first time buat and akan terus buat
DeleteAssalamualaikum Wrmbth. Maznee singgah blog sis untuk blog walking petang selasa ni. MEmang sedap makan cicah kicap manis dan pedas
ReplyDeleteWaalaikumsalam... terima kasih sudi singgah sini lagi.. 😊
DeleteApa khabar hari ni sis. Mama singgah BW. Udang memang makanan kegemaran Mama. Mujur ada resdung
ReplyDeleteSihat alhamdulillah.. mama apa khabar hendaknya ?
DeleteYaaa.. kalau resdung kna pantang seafood, tapi jangan pantang tengok ye...
Selamat berbuka puasa Ibu ucapkan kepada sis. Lauk udanglah hari ni. sedap
ReplyDeleteSelamat berpuasa dan berbuka jugak untuk ibu sekeluarga
DeleteZafirah ahahaha adoi masuk resepi ni cheq menjejes ailio ahahaha..
ReplyDeleteSat2 nak amek tisu... habis penuh screen nanti.. 🤣🤣
Deletepeewiiittt! mengancamm habisss hahaha. my favorite udang ni :D
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^