TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM TOK HERY CHAR KUEY TEOW, KULIM

1:11 PM

TEMPAT MAKAN BEST .:.  JJCM TOK HERY CHAR KUEY TEOW, KULIM


TEMPAT MAKAN BEST .:.  JJCM TOK HERY CHAR KUEY TEOW, KULIM


Assalamualaikum. Holla ~ Haish ! Rindu rasa nak menaip. Banyak hari jari jemari ni tidak bekerja disini. Huk2. Not a good week I guess. Cerita lama, banyak dalam genggaman. Nasib baik 'bos' bagi cuti, sempat la kot nak perabih apa yang patut.

Cuti CNY hari tu, sempatlah menelan angin lagi. Kat negara jiran sebelah kiri pulak. Negara jiran sebelah kanan pun tak cerita lagi kan. Aisey ! Bertingkek-tingkek la entri aku. Kalau sudi, bacalah. Kalau tak sudi pun, baca jugak. *paksa*

Lepas balik dari cuti CNY tu, bersama dengan team #projekblogerutara, kami telah menyerbu Tok Hery Char Kuey Teow, Kulim, Kedah. Haaa.. Masa aku dok Kulim dulu, rajin jugak atoq kedai makan. Char kuey teow pulak memang one of my favorite. Banyak jugaklah kedai char kuey teow sudah aku ambush. Mana yang sedap, dok teringat. Mana yang kureng, sekali tu je lah.

Banyaknya pot pet kan mak cik ni sorang. Hokeh ! Meh nak review kedai Tok Hery Char Kuey Teow ni. Location dia, tak susah pun nak cari. Berdekatan dengan Nasi Kandar Nashmir yang menghala ke Taman Selasih dan bersebelahan dengan pasaraya Tenten.

Ehh ! Apesal aku tak jumpa cari dekat Google ? Tak pe lah. Tu, aku dah bagi petua untuk hampa cari kedai Tok Hery Char Kuey Teow ni.   

Ni rupa kedai tu. Nampak pasaraya Tenten kat sebelah?




Apa yang best kat sini ? Haaa... Ni nak habaq ni. Mohon jangan terliur na. Kalau terliur, boleh pi Kulim sekarang and cari Tok Hery Char Kuey Teow. Kat Tok Hery Char Kuey Teow ni, ada ketam lembutttt.... Tak pernah dengaq ? Ketam lembut ni ialah ketam yang tak dak kulit. Jadi, masa nak makan, memang senang. Tak payah na pakai plire bagai. Serius ! Memang senang sangat nak makan. Bagi penggemar seafood, hampa memang kena cuba makan kat sini.

Selain daripada char kuey teow ketam lembut, terdapat pelbagai pilihan menu yang lain jugak. Ada seafood platter yang dalamnya jugak ada ketam lembut, ada char kuey teow udang, seafood, ikan dan banyak lagi lah. Goreng2 pun hado kalau terasa nak makan yang itu disini. Ikan yang digunkan ialah ikan dowry. Best jugak tu ! Sebab tu aku pilih char kuey teow ikan hari tu. Hehehe..


Jom layan gambar !!!


Mine. Char kuey teow ikan. Yummeh !

Nina's. Char kuey teow seafood.

Nina's float

Isi ketam lembut. Lembut kan ? Ahaks






Interior desing kedai ni pun cantik. Ala2 muzium 3D. Katanya, tak siap lagi tu....






Char kuey teow ketam lembut

Platter ketam lembut. Sedap baq hang !





Kedai ni dah beroperasi selama 9 bulan. Tukang masak dia memang tak ramai, bagi menjaga kualiti char kuey teow tu. Satgi, kalau ramai, rasa lelain pulak kan. Kalau busy bebenor, tokey  kedai, yakni Encik Tok Hery sendiri akan masuk ke dapur. Dia memang chef pun. Mesti teruja time makan kalau dia yang masakkan.

Yang aku rasa lain kat sini jugak, bila tengok float si Nina tu. Normally, orang akan guna ice cream vanilla, tapi Tok Hery Char Kuey Teow menampilkan kelainan dengan menggunakan ice cream rainbow. Nina kata, sedap !

Bila sebut pasal ketam, mesti hampa takuit dengaq kan ? Mesti harga mahai tahap budget seminggu punya duit makan, Tapi, di Tok Hery Char Kuey Teow, harga untuk char kuey teow ketam lembut, sangatlah affordable. Below RM15 tau ! Mana nak dapat. Ketam dia pun tak masin sangat. Sesedap rasa lah aku rasa. 


Bagi aku, kedai Tok Hery Char Kuey Teow ni, wajib untuk hampa singgah kalau hampa pi Kulim. nak-nak kalau hampa ni penggila char kuey teow macam haku. Serius tak tipu ! Kot makan hari ni, malam nanti nginau lah hampa kan.



Bergambar kenangan bersama owner Tok Hery Char Kuey Teow. Aku rasa, owner tu ingat aku makan orang, tu yang dia dok jauh dari aku. 

Bubye ~

Ehh.. Alamat Tok Hery Char Kuey Teow adalah seperti berikut :

139 Loron Semarak 1,
Taman Semarak,
09000 Kulim, Kedah.

Nah ! Masukkan alamat kat ataih dalam Waze na....

You Might Also Like

12 comments

  1. betoi sedap, ntah berapa kali dah sampai..

    ReplyDelete
  2. amboi ayat zaf..Tok hery takuit nak dekat sebab Zaf ayu sangat haritu Berbaju Kurung Gitu...hihihih

    ReplyDelete
  3. owner tu malu2 hahahhaha semua girl

    ReplyDelete
  4. Ketam tu memang takde kulit ke atau kulitnya boleh dimakan sekali? Nampak sedappp !

    ReplyDelete
  5. ketam lembut ni kak ana tak pernah makan lagi zaf, tengok teringin dah aihh :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaa. Terus rasa lapaq. Hehe. Chark kuey teow ni antara feveret tapi kalau ada udang or ketam, IM bagi kat orang ketam or udang tu. Kenot go. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Laaaa kami ada lalu depan kedai ni masa otw nak pi kulim aritu. Nampak eco sebelah tenten tu baru perasan!! Rugi rugi. Kalau tidak boleh pow abi uwais. Kohkohkoh

    ReplyDelete
  8. jom zaf kita p lagi..kali ni zaf banjer k.ruhil ok..okbai

    ReplyDelete
  9. Wah, ada kuey teow ketam... nak try la nanti

    ReplyDelete
  10. hahaha.. terlupa nk bg zaf rasa soda float tu. nanti nina buatkan utk zaf. eh bila tu. hehehe
    bila2 free kita p lg.

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored