CAMPING SEMALAM DI ESCAPE : TIME TO PLAY PART 1
9:19 AMCAMPING SEMALAM DI ESCAPE : TIME TO PLAY PART 2
CAMPING SEMALAM DI ESCAPE : TIME TO PLAY PART 2
Assalamualaikum. Holla ~ Moh sambung cerita tengah posotive vibes mengelilingi. Entri ni nak cerita pasal games dan keselematan yang ada kat sini. Since kebanyakkan cerita aku dah share kat entri lama, boleh tengok kat ESCAPE PARK PART 1, ESCAPE PARK PART 2, ESCAPE PARK PART 3, ESCAPE PARK PART 4, ESCAPE PARK PART 5 dan ESCAPE PARK PART 6 - THE END ! , hanya tambahan daripada cerita itu sahaja yang akan aku ceritakan ye.
Ada banyak tempat untuk dijelajahi disini. Kalau masuk dari entrance, boleh tengok map sini untuk rancang hari anda. Pamphlet pun ada untuk memudahkan pergerakan. Takkan nak hangkut board sebesaq alam ni pulak kan. Kat situ, ada mention setiap category umur yang boleh main untuk setiap game.
Kalau dulu aku pernah naik pelampung ni, kali ni aku naik lagi. Tapi, konvoi dengan pok cik and Nina. Maka, tiga pelampung lah jadinya. Best gilos. Hampa kena try buat macam tu. Perasaan meluncur sensorang dan meluncur secara konvoi, memang lain lah ! Try it even penat nak mamp** tarik pelampung tu naik hatas. Semput jugak lah !
Kalau dulu, aku tak sempat nak snap banyak gambar, sebab phone aku tinggal dalam locker, kini tidak lagi. Credit to the owner of the images. Banyak sangat, bercampur aduk. Sesapa punya pun, terima kasih la naaa.
Antara games yang ada kat sini. Ada sampai level 3, mengikut paras ketinggian. Oh ya ! Untuk level 1, ada penambahan track. Masa aku pi dulu, track tu tak do lagi. Track tu membawa anda menjelajah ke arah camp site ESCAPE. Path dia easy and relax. Tak penat sangat sebab banyak lalu bawah pokok nan rimbun. Sedap weh ! Last kali, fly to level 3. Ohoii ! Rasa bangga jugak turun dari level 3. Mesti orang ingat, minah ni style lah sampai level 3 dia hadap. Padahal, starting dia kat level 1 ja pun.
Untuk kids pun ada jugak track seumpama Monkey Business. Tak percaya ? Tengoklah Emir fly dengan jayanya. Comel kan ?
Ada jugak trampoline ni, ala-ala Jump Street. Tapi, ada had berat tau kalau nak naik benda alah ni, over 50kg, sorry !
Jangan hairan kenapa tak dak orang. Sebab masa ni, ESCAPE tak bukak lagi. Since kami diberi peluang untuk berkhemah disini, dapatlah explore kat dalam ESCAPE pepagi buto ni.
Setiap pagi, sebelum ESCAPE dibukak, akan ada inspection untuk setiap game yang ada didalam ni untuk check cable dan serba serbi lagilah. Semuanya hokey ! Tak dak satu pun yang terlepas dari inspection depa. Pagi tu, berkesempatan lah untuk melihat abam-abam sado buat inspection. Pergh ! Tengok depa layan obstacle tu, macam tak de pape dah. Dah lali dah hehari buat kan. Aku nak macam tu jugak oi ! Jeles !
Kan cakap, permainan zaman dulu-dulu. Maka, guli, sepak takraw, panjat pokok kelapa, memang adalah. Ada lagi aktiviti lain kat sini. Chicken dance pun hado tau kalau nak join. Cuma, ada masanya lah. Boleh check board kat sini.
The juniors tengah beraksi.
The lads sebelum memulakan misi.
Boleh merasai jugak pengalaman mencari emas. Kena mendulang bagai. Muhehe.
Aku pernah inform dalam entri aku tahun lepas yang kat sini memang completely back to nature. So, no wifi at all. Untuk next entri, nanti aku ceritakan kemudahan yang disediakan oleh ESCAPE untuk pengunjung-pengunjungnya. Kalau dah tak sabaq sangat nak tahu harga tiket nak masuk ESCAPE, boleh baca kat sini ESCAPE PARK PART 6 - THE END ! dulu. Sebab, untuk kali ni, entri tu datang ke belakang sikit. So, kalau boleh tunggu, carry on, if tak silalah ke ESCAPE PARK PART 6 - THE END ! ye. Causinciiii !
0 comments
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^