Assalamualaikum. Holla ~
Ini cerita sebelum Ramadhan hokey. Sat gi hampa ingat MZ gagah pulak memanjat time posa-posa ni. Biasalah, kalau Dikdik balik, memang banyak sikit aktivit MZ, dari aktivit berpanas berhujan, sampailah aktiviti window shopping shopping. Perempuan kannn...
Lokasi biasa, Cherok To'Kun, Bukit Mertajam. Kali ni, dah 3 kali lah MZ pi dengan Dikdik sepanjang tahun 2017. Sekali guna Trek Denai, dua kali lagi, guna trek jalan tar ni. Bagi yang ternanti-nantikan entri Krabi dan Langkawi, MZ stop sat na.. Bukan apa, bulan-bulan posa ni, sapa nak pi snorkeling kat Ao Nang tu ? Aiyayaya...
Cherok To'Kun ni memang dah famous pasal panjat memanjat ni. Kalau nak tau first time punya experience dekat sini dan macam mana rupa Trek Denai, rajin-rajinlah throwback entri kat bawah ni.. entri lump sum..


