CAMPING SEMALAM DI ESCAPE : TIME TO PLAY PART 3

9:00 AM

CAMPING SEMALAM DI ESCAPE : TIME TO PLAY PART 3


CAMPING SEMALAM DI ESCAPE : TIME TO PLAY PART 3


Assalamualaikum. Holla ~ Entri seterusnya bakal menceritakan pengalam berkhemah / bermalam di ESCAPE. Dah lama benornye tak berkhemah. Last sekali rasanya masa pi Cameron Highlands dulu. Boleh baca entri tu kat sini, being a part of SME's family. Jangan gelak bila tengok dan gaya penulisan aku dulu. Hakhakhak. *sendiri pun dah gelak*

Start boleh check in kat camp side ni, jam 1400H. Tapi, since masa tu familia PBU masih sibuk beriadah dan ada lagi yang tak sampai, so kami check in lewat petang sikit bila ESCAPE sendiri melabuhkan tirainya. Camp side ESCAPE ni, tak jauh pun. Bebetul bersebelahan dengan "taman permainan" dia. Cumanya, kena panjat anak tangga sikitlah terutamanya bila lot khemah hampa tu nun di atas. Ada dua jalan untuk ke lot khemah hampa tu. Ada jalan tanah dan ada jalan berbatu. Jalan berbatu tu lagi sesuai untuk bebudak, selesa sikit nak jalan. Nanti, tengok gambar kat bawah hokey !

Kalau nak diikutkan hari tu, setiap familia PBU diberikan satu lot tapak khemah. *macam salah je ayat ni. sendiri pahamlah* Satu lot khemah tu, ada yang terdiri daripada 2 buah khemah, dan ada jugak yang terdiri daripada 3 buah khemah. Bergantung kepada berapa nama yang anda daftarkan untuk menetap disitu. Kalau anda plan untuk camping bersama keluarga yang terdiri daripada 5 orang, eloklah sekiranya dua nama sahaja diberikan. Makanya, anda akan diberikan satu lot khemah yang terdiri daripada satu khemah besar dan satu khemah kecil. Tapi, kalau kapasiti yang datang tu lagi besar, anda boleh letak 3 nama untuk mendapatkan lot khemah yang teridiri daripada 3 buah khemah.

Besar tu, lebih sesuai untuk family dan yang kecil tu sesuai untuk orang bujang. Muhehe. Untuk yang dah besa camping, mesti dapat budget kan size khemah tu. Bagi yang tak biasa, jangan risau, aku ada sertakan gambar dibawah. Di setiap lot khemah, disediakan sebuah buaian, *aku tak pasti penjodoh bilangan yang sesuai* , satu peti untuk simpanan barang, lampu minyak tanah, kerusi dan meja kayu untuk 4 orang dan toilet. Sewaktu check in, anda akan diberikan sebiji mangga untuk digunakan bersama peti besi. Jika anda kemana-mana, dan takut barang peribadi anda hilang, anda boleh meletakkan barang peribadi anda didalam peti besi itu dan dikuncikan dengan menggunakan mangga. Jangan risau pasal security kat sini, kerana kat ESCAPE ni, memang 24 hours dijaga. Even dekat camp side ni pun, every 30 minutes *if I'm not mistaken* ada security yang akan membuat rondaan. Feel safe ?

Banyaknya cerita. Meh layan gambar dulu. Nanti sambung cerita lagi. AWAS ! Entri ni penuh dengan gambar dan gambarnya tidak tersusun. Mahap !





Peti besi yang aku mentioned kat atas.




Tapak lot khemah yang terdiri daripada 2 buah khemah.




Toilet. Roofless hokey ! Tapi, jangan risau, dinding dia tinggi. Tak nampak pun dekat luar or orang sebelah.








Ada jugak tapak untuk membuat unggun api sambil berborak. Kata camping, kan !





                                       Tapak lot khemah yang terdiri daripada 3 buah khemah.






Yang aku bulatkan tu, adalah laluan untuk path baru yang memasuki ke arah camp side. Tak susah kan obstacle dia ? Jalan jaaa....




Platform untuk obstacle untuk path baru.





Office untuk camp side. Unique kan ?




Abam sado tengah buat inspection. Saja bagi tak nampak muka, nanti hampa kenan pulak. Hik2




Jalan berbatu untuk ke tapak khemah.




                                              Jalan tanah untuk ke tapak khemah.

















Wefie dengan abam sado yang tengah buat inspection






Sorry naa. Gambar bercampur aduk. Malam tu pulak ada BBQ. Hampa perasan tak sapa yang dok pulun hidupkan api ? Haaa... Pandai.. Staff ESCAPE. Tapi, bila makanan dah siap dibakar, derang tak dak pun. Kesian derang. Penat hidupkan api, tak jamah sikit pun. Tapi, yang jadi chef malam tu haruslah kami. Tapi, perapan ayam daripada tu, memang sedap. Terasalah dia punya rempah ratus. Semua cakap sedap, sampai siap ada yang tapau. Hik2.

Dressing salad pun sedap. Nasi goreng CP pun sodap ! Licin ! Boleh menega dah CP.  :p

Okey ! Jangan lupa untuk baca entri dolu-dolu untuk amek fefeeling berada di ESCAPE jugak. Baca kat sini naaa ESCAPE PARK PART 1,  ESCAPE PARK PART 2ESCAPE PARK PART 3ESCAPE PARK PART 4ESCAPE PARK PART 5 dan ESCAPE PARK PART 6 - THE END ! .

Oh yaaa.. Untuk harga package sekali dengan camping, tunggu next entri na. Aku compile kan dalam satu entri, bagi senang nak rujuk. Causinciiii !

You Might Also Like

9 comments

  1. Wow bestnya firah..teruja kak wana tengok..sekali skala camping ni seronok juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Kak Wana.. rindu zaman camping dolu2.. nasib baik, dapat rasa lagi.. hehe

      Delete
  2. Kalau ada peluang lagi sekali. Nk jugak la try camping kt situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu water park pulak.. mana tau, dapat offer lagi.. hik2

      Delete
  3. wah.. bestnya kak.. bila tasha dapat pergi ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha allah... ada kelapangan, ada masa, jom kita serbu... hahaha

      Delete
  4. bernafsu tgk menu bbq ESCAPE
    terbaik!!!

    ReplyDelete
  5. Kali terakhir SS camping masa tingkatan 4... Huh! Nampak naaa skrg dah makin tua... he he he...

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored