CERMINAN DIRI SENDIRI .:. SETULUS KASIH ZULAIKHA
6:09 PMCERMINAN DIRI SENDIRI .:. SETULUS KASIH ZULAIKHA
CERMINAN DIRI SENDIRI .:. SETULUS KASIH ZULAIKHA // Assalamualaikum.. sehari menghilang.. mood ke laut setelah "didatangi" tanpa henti.. "la haula wala quwata illa billah" ... bukan waktu yang tepat untuk bercerita... nanti lah ~
Cuma teringat pasal ni.. dah lama nak berkongsi....
Dari sang hawa
" Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika kasih tak setulus Zulaikha?
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Siti Hajar.
Dan mengapa didambakan teman sehidup bak Siti Khadijah kalau diri tidak sesempurna Rasulullah?"
Dari sang adam
" Aku bukan Sulaiman untuk mendapat permata Balqis.
Aku juga tidak sekacak Yusof untuk memperoleh cinta Zulaikha.
Setiaku tidak dapat menandingi Ibrahim, jauh sekali cinta Siti Hajar.
Dan.. Aku tidak mengharap teman hidup yang seindah Siti Khadijah serta semanja Siti Aisyah kerana diriku tidak sehebat Muhammad Ya Rasulullah. "
Makanya, tak perlulah mencari teman secantik Balqis, andai hampa pun tak sehebat Sulaiman... terimalah apa adanya... hidup untuk melengkapi, bukan mencari kesempurnaan.. kerana kesempurnaan itu sukar dicari atau mungkin tidak wujud.. kejadian manusia adalah sebaik-baik kejadian, kenapa sebaik-baik kejadian itu terlalu mencari kesempurnaan duniawi..
Sedar tak sedar, kadang-kadang hampa sudah melepaskan yang baik itu untuk mencari kesempurnaan.. tetapi, apabila hampa mengenali, iyaaa... dia jugak tidak sempurna
6 comments
Something worths utk difikirkan. Layakkah kita dambakan kesempurnaan seandainya kita sendiri jauh dari sempurna,... :)
ReplyDeletesalah satu cara untuk kita menerima seseorang...dengan apa adanya..cukuplah sekadar, tidak membanding2kan bahawa kita lebih baik dr dia dan sebaliknya.
ReplyDeletekita pon tak sempurna zaf.. huhu
ReplyDeleteyes betul.. totally agree!
ReplyDeleteBetul2
ReplyDeleteKita diciptakan berpasangan untuk melengkapkan kekurangan pasangan kita...
ReplyDeleteIndahnya bila kita belajar menerima kekurangan bukan mengharapkan kesempurnaan..
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^