TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM LAKSA TEMPURUNG, KULIM

8:12 AM

TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM LAKSA TEMPURUNG, KULIM


TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM LAKSA TEMPURUNG, KULIM // Assalamualaikum and hello fellas ~~~baru aku perasan, setiap gambar yang datangnya dari phone or camera yang bertuankan aku, mesti nak kena resize.. kalau daripada phone orang lain, tak pulak... ehh... gurau kasau kau kan.. takkan size gambar pun nak kena tengok orang dia.. *gurau*

Sebab banyak entri tertunggak, aku kasi jalan dulu entri lain, baru naikkan entri baru.. makanya, entri baru pun jadi entri lama.. heh heh.. ada aku kisah..? nak baca tak..? nak tau tak..? nak makan sedap tak..?? ini kisahnya...

Minggu lepas, hajatnya nak ke Kulim untuk membeli ayam... kenapa beli ayam sampai Kulim..?? meh tengok SINI... sebelum beli ayam, singgah makan di Sila oh Sila berhampiran Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah dulu.. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.. haruslah singgah..makanan dekat situ, masih banyak pilihan macam dulu-dulu, masih murah.. itu yang buat ai tertawan ~







Sebab aku tak dapat lokasi sebenar kedudukan kedai Sila O Sila tu, aku bagilah penanda arasnya sikit... kalau ikutkan map di atas, kedai itu berada bertentangan dengan kedai Coco House... sekiranya, hampa dari BKE, makanya kedai itu berada di kiri anda ye...

Usai makan, beransur pulak ke Giant, Landmark Kulim... sewaktu dalam perjalanan dari Kulim Landmark ke Kawasan Perindustrian Waja, ibu terpandangkan sebuah kedai di tepi jalan yang menjual Laksa Tempurung... atas keinginan ibu, maka, pit stop seterusnya ialah laksa Tempurung itu... aku memang tak pasti nama jalan tu... tapi, kalau dari simpang Kulim Landmark tu, amek kanan dan terus sahaja.. selepas traffic light, ada kedai belah kiri.. haaa.. situlah kedainya...

Waktu sampai tu, parking memang agak penuh... nasib baik masih ada tempat untuk melabuhkan tayar empat ketoi... heee... meh tengok dulu laksanya..




Amacam laksa tempurung ni..? kecur air liur tak..?? tengok kuah dia pun dah buat aku termandi air liur sendiri.. eeee.. apa punya bahasa teruk sangat ni..? kuah dia, memang pekat.. likat.. sedap.. melekat kau kat situ... kuantiti laksa dia, bagi aku sebagai penggila laksa, aku rasa, kecil, sikit... nasib baik, aku dah berjaya menelan nasi di Sila O Sila tadi,, kalau tak, memang lagi semangkuk lah jawabnya...

Harga nya RM 3.50 yang aku rasa berbaloi lah untuk setempurung itu.. kannn ! dekat sini, hampa kena pi beratoq sendiri ye untuk membeli.. jangan mimpi dia nak mai ambil order dekat hampa.. untuk air, yes ! memang dia datang ke meja untuk ambil order..



Nak ambil gamba, tapi malu.. jadilah macam ni.. erkk.. tak boleh ea..?? kenapa separuh..?? sebab... my other half tak dak kat sini... lagi separuh dia simpan.. hahaha.. *mintak lempang namanya tu..*





Selain menjual laksa, ada jugak nasi campur.. set bawal...




Kawasan parking yang agak terhad




Sekitar kawasan kedai.. nun di hujung tu jugak ada gazebo kalau nak rasa kekampungan sikit.. makan laksa, bawah gazebo.. mabeles lah ~

Di luar kedai itu jugak, ada lori yang menjual air yang tengah viral sekarang ni.. nama kedai lori *ape pelik nau bunyinya* ni, Kokopi.. boleh search kat FB..



Antara hidangan air yang disediakan.. tapi, untuk hari ini, ibu order Iced Mochachino..





Persembahan kedai lori ini agak kemas..

Secawan air besar gedabak ini berharaga RM 4.00 sahaja... macam berbaloi... ehhh! memang berbaloi lah... rasa dia pun, memang kaw habis.. ai like ~~ Nora bagi 4 bintang.. lalalala.... sekarang memang tengah viral kan air macam ni... bu, it's okey.. selagi seda, selagi ada permintaan, carry on !




Seterusnya, mission bersambung.. mencari ayam... ! tapi, kisah sedih pulak yang terjadi.. arghhh ~ malaslah nak cerita pat sedih.. cukuplah kalau hampa tahu, kalau perut kenyang, hati pun gembira.. jangan lupa, kalau ke Kulim, singgahlah ke sini ye.. dapatkan air yang sedap ini dari Kokopi...

You Might Also Like

10 comments

  1. heheh popular gak lksa tu.. tp skit mcm tak ckup..hhehe.. yui hantu lksa juga kdg2..

    ReplyDelete
  2. Teringin pula nak makan laksa tempurung tu ^-^

    ReplyDelete
  3. sedaerah dengan blogger Cik Ash ke..paparan cerita sama ya tentang laksa tempurung kulim..

    ReplyDelete
  4. kuah pekat gila zaf !! mak nina hantu laksa. kena bawak pi makan nanti. hehee

    ReplyDelete
  5. kecur air liur terus tengok laksa ngn coffee tue.. zaf nakkkkkkk!

    ReplyDelete
  6. dkt sgt dgn umah mak mertua tp x smpai2 lg...uwaaaaaa

    ReplyDelete
  7. La zaf mai kulim x singgah habaq kak ekin kut2 boleh jumpa ke

    ReplyDelete
  8. sila o sila.. ceq suka makan situ gak.. tapi slalu makan yang kat alma..
    tapi laksa tempurung belom.. sebab dok minat laksa eheh..

    ReplyDelete
  9. Nak laksa juga...
    And dont forget to give me some coffee too..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored