KEMPEN DERMA DARAH 2016 DI MBO CINEMAS
9:00 AMKEMPEN DERMA DARAH 2016 DI PANGGUNG MBO
KEMPEN DERMA DARAH 2016 DI PANGGUNG MBO
Projek terkini 2016 usaha amal komuniti tahunan dengan
tujuan menyelamatkan 15,000 nyawa
MBO Cinemas meneruskan kerjasama tahunan ketiganya dengan St John Ambulans Malaysia sebagai hos kempen derma darah untuk menyumbang kepada Pusat Darah Negara (PDN). Para penganjur menjangka untuk mencapai sasaran 5,000 pain darah di acara ini yang lebih dikenali sebagai Kempen Derma Darah 3.0.
Kempen di 25 lokasi pawagam MBO Cinemas di seluruh negara dari pukul 12 tengahari hingga 6 petang pada 5-6 Ogos di Kedah dan Johor serta 6-7 Ogos untuk lokasi seterusnya, akan menglibatkan kakitangan terlatih dari St John Ambulans Malaysia untuk membantu kakitangan dari PDN.
Dengan bulan Puasa dan cuti musim baru-baru ini, adalah tepat masanya untuk kempen derma darah demi memastikan bekalan darah yang mencukupi.
Penderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi menerima penghargaan kerana menikmati beg cenderahati termasuk tiket wayang percuma, barangan merchandis MBO Cinemas, makanan, minuman dan hadiah farmaseutikal dari rakan-rakan mulia kami.
Bersempana dengan usaha ini, video yang lucu serta penuh makna akan ditayangkan di semua 26 pawagam MBO Cinemas dengan menampilkan pelakon comel Si Taring kembali untuk kali kedua. Walaupun kini lebih dewasa, adegannya menjadi peringatan dan kesedaran dalam tempoh masa beberapa minggu sebelum hari pendermaan dengan tujuan menggalakkan Kempen Derma Darah 3.0 kepada penonton serta mewujudkan semangat dan mengurangkan ketakutan serta fobia berkaitan menderma darah.
Pada tahun 2015, MBO Cinemas dan St John Ambulans Malaysia bekerjasama dan mengumpul 4,052 pain darah untuk menyelamatkan nyawa yang hampir empat kali ganda koleksi 2014 iaitu 1,065 pain. Di bawah slogan "1 Pain Menyelamatkan 3 Nyawa", pendermaan dua tahun ini menyelamatkan lebih daripada 15,000 nyawa.
"Acara ini akan menjadi satu pendekatan utama untuk membawa rakyat bersama-sama matlamat yang sama dengan semangat menyumbang serta menggalakkan tanggungjawab yang seterusnya menjadikan kita semua insan yang lebih baik.”
Sebagai balasan untuk sokongan St John Ambulans yang berterusan, MBO Cinemas akan menderma RM10,000 sebagai tanda penghargaan atas bantuan mereka dalam kempen derma darah di seluruh negara ini.
Mengenai kempen derma darah, Dato' Yeo Kim Thong, Setiausaha Agung Nasional St John Ambulans Malaysia menyatakan bahawa dia gembira melihat badan korporat seperti MBO Cinemas mengambil peranan aktif dalam pelbagai komuniti dan berharap usaha ini akan memberi inspirasi kepada lebih lagi organisasi untuk tampil ke hadapan dan menyumbang kepada amalan kebajikan, kerana ia bukan sahaja membantu negara secara keseluruhan tetapi juga meningkatkan keyakinan para sukarelawan dari St John Ambulans Malaysia.
Dr Noryati bt Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara berkata sumbangan seperti bantuan ini menyelamatkan banyak nyawa setiap hari dan peristiwa-peristiwa seperti ini adalah satu kaedah yang baik untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses derma darah dan merupakan pendekatan yang baik untuk berbakti dan membantu masyarakat.
3 comments
salam.....
ReplyDeletealamak saya takut dengan jarum...cam ner nak derma darah?
Usaha sebegini memang harus dipuji dan disokong :)
ReplyDeletesemoga mendapat sambutan yang mengalakkan
ReplyDeletelets save lives
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^