KU RELA DIBENCI - PART TAK BEST

8:43 AM

KU RELA DIBENCI - PART TAK BEST


KU RELA DIBENCI - PART TAK BEST


Ku rela dibenci ? Auch ! Tengah hit kan sekarang lagu Ku Rela Dibenci ni yang dinyanyikan oleh Aiman Tino. Nama tahu, tapi orang dia memang totally no info. Tak minat lagi nak tahu so far, tapi untuk tambah pengetahuan korang, aku usahakan jugak bagi dapat. Haha

Nama : Muhammad Aiman Bin Yusri
Nama Artis : Aiman Tino
Umur : 18 tahun
Asal : Malaysia
Instagram : official_aimantino

Sebelum tu, nak share jugak lirik lagu Ku Rela Dibenci ni. First time dengar, rasa macam dengar lagu zaman 90, lagu jiwang dedolu. Walaupun zaman 90 tu, aku baru nak bertatih, tapi aku layan lagu zaman-zaman tu bila dah lepas zaman sekolah semuanya sebab pengaruh persekitaran.

Seriously, memang tangkap cintan dengar suara Aiman Tino ni at first. Rasa terbuai-buai back to old days. Dengan lirik dia memang sesuai lah dengan zaman tu. Terus tangkap bait lagu and cari kat dalam Google. And nah !


Ku Rela Dibenci

Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku


Kesudahan tiada henti
Hanya yang tinggal igauan mimpimu ternanti-nanti
Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir membasahi didadaku
Hanya ratapan didalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti
Ku inginku dibenci oleh mu
Agar kenangran manis terus terpadam selamanya
Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi
Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya
Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi
Hanya disana kekal dan abadi

Tapi, bila tengok lirik dia sambil mulut ikut seiring, rasa macam tak best pulak. Pada pendapat aku la.. Pada pemahaman aku, aku tak sure kalau pemahaman aku salah dari apa yang cuba disampaikan oleh penulis lirik ni.

Part mana yang tak best tu ?? Ni haaa.. Part yang aku bold kan kat atas... Ke memang "orang tu" sakit, so awek dia tak mo, sebab tu dia berundur and tunggu nak mati je. Macam tu ea ? Sebab kalau first time dengar, aku tak rasa maksud dia macam tu. 

Haih ! Tu bila terdengar lagu ni, kalau mulut ikut sekali nyanyi, part tu mesti aku macam stop. Cinta Allah kekal walaupun cinta manusia dah berakhir kan. Kenapa nak kena cakap macam tu even kau memang sakit or memang tengah menunggu mati. Yes ! Mati tu pasti, tapi seolah kau tak berusaha untuk terus hidup, kau lepaskan semua. 

Pada pendapat aku lah kan. Tapi, kalau aku salah, mohon betulkan aku. 

Anyway, suara Aiman Tino ni memang best, arrangement music pun best.. Lirik pun kena dengan music cuma part tu je yang tak best.

You Might Also Like

20 comments

  1. Penyanyi baru ramai dh mcm cendawan tumbuh...

    ReplyDelete
  2. muzik zaman sekarang dah kembali ke zaman 80-an. haha

    ReplyDelete
  3. laa igtkan drama mana lah tadi..choiii

    ReplyDelete
  4. Lagu dia mcm bebudak hingusan zaman wechat... Asal putus cinta je nak mati... Dia ingat dah mati tu boleh idup balik ke? Adeiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. terpandangkan wechat je tetiba flashback lelaju je datang.. sakit pewot lak mengenangkannya...

      tapi, tu lah.. apa ingat mati macam tido ?

      Delete
  5. x ambik tahu sangat pasal info hiburan ni.. heheh

    ReplyDelete
  6. layan jugak lagu nie.. teringat zaman muda remaja..hehehe

    ReplyDelete
  7. sesekali layan jugak laa lagu nih.. yup mengamit zaman remaja.. remaja laa sangat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tetiba teringat zaman cinta monyet kan...

      Delete
  8. dengar lagu ni tak melekat dijiwa kak ekin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pelah tak melekat.. cari lagu lain yang lirik dia ok sikit naaa

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored