LASER OPS INDOOR LASER TAG ARENA, GAME ON !

10:15 AM

LASER OPS INDOOR LASER TAG ARENA, GAME ON !



LASER OPS INDOOR LASER TAG ARENA, GAME ON !


Suka main permainan lasak paintball ? tapi, tak suka part lebam ataupun baju kena dakwat ? Laser Ops Indoor Laser Tag Arena lah pilihan bijak anda. 

Assalamualaikum. Holla ~

Laser Ops Indoor Laser Tag Arena adalah seumpama permaian paintball jugak. Mempunyai benteng seolah-olah paintball. Cumanya, Laser Ops Indoor Laser Tag Arena adalah permainan indoor. Yes ! Indoor, dalam bangunan, tak payah nak berjemur, tapi tetap berpeluh, nak2 kalau bermain dengan ramai orang.


Laser Ops Indoor Laser Tag Arena terletak di Tingkat 3, bangunan 1st Avenue Mall (bersebelahan dengan Komtar dan Prangin Mall). Ni kongsi map untuk ke 1st Avenue Mall.



Untuk mengumpul mata, pemain haruslah menembak di bahagian yang tertentu sahaja. Bahagian tertentu tu ialah di bahu dan bahagian depan dan belakang badan dimana vest (shield) anda terletak dibahagian tersebut.

Laser Ops Indoor Laser Tag Arena mampu memuatkan seramai 28 orang pada sesuatu masa. Namun, kalau hanya ada beberapa sahaja rakan anda yang yang sukakan aktiviti begini, anda masih boleh bermain Laser Ops Indoor Laser Tag Arena ni.





Harga tiket bagi Laser Ops Indoor Laser Tag Arena adalah seperti berikut. Kadar harga adalah mengikut berapa mission yang akan anda main. Boleh jugak membuat tempahan untuk sebarang aktiviti. (Rujuk gambar dibawah) Satu mission mengambil masa lebih kurang 20 minit. *giler tak puas*

Untuk menjadi ahli Laser Ops Indoor Laser Tag Arena pun boleh.






Kanak-kanak seawal usia 7 tahun dah boleh bermain di Laser Ops Indoor Laser Tag Arena ni. Pihak Laser Ops Indoor Laser Tag Arena juga menyediakan locker untuk menyimpan barang. jadi, tak perlu risau kalau anda memang jenis bawak handbag kemana sahaja. Locker mempunyai dua saiz, bergantung kepada kapasiti yang anda perlukan.








Sebelum permainan, anda akan diberikan penerangan mengenai cara untuk mendaftar, cara untuk bermain, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Anda jugak akan diberikan masa untuk menonton video sebagai informasi sebelum memulakan permainan. Tapi, confirm masa tu dah tak berapa nak khusyuk mendengar / menonton kerana dah terlalu teruja untuk bermain kan ? Tapi, pastikan bab keselamatan dan cara untuk mengumpul point, anda tidak terlepas. Kalau tak, rugilah kan.

Selepas permainan, point yang telah terkumpul akan dipaparkan pada skrin dibelakang. Disitu, anda boleh melihat dimanaka kedudukan anda disamping rakan anda yang lain.




Bahagian yang berlampu sahaja yang boleh menyebabkan point bertambah, selain itu, memang tak lah. Ups ! Energy anda jugak boleh habis sewaktu permainan, jadi, jangan lupa untuk pulang ke "home" untuk beberapa saat untuk mengumpul energy balik. Gambar "home" memang tak dak sebab tengah busy "berperang". "Home" adalah berdasarkan group anda, merah atau hijau.




Zon ini direka khas dengan LED Wall Medallions. Arena maze ini direka khas dengan lampu, kesan cahaya dan asap serta dilengkapi dengan sound effect untuk mewujudkan suasana yang mendebarkan. 




Laser Ops Indoor Laser Tag Arena  ni sangat sesuai untuk melepaskan tekanan bekerja mahupun belajar. Kalau yang jenis sukakan aktiviti lasak, tapi tak berapa suka aktivit bawah cahaya matahari, anda kena try Laser Ops Indoor Laser Tag Arena .






Thank you Laser Ops Indoor Laser Tag Arena kerana sudi menjemput Familia Projek Blogger Utara untuk "berperang" sesama sendiri. Great moment together walaupun tak cukup korum.

Alamat
Laser OPS
 1st Avenue Mall 3-13 182 Jalan Magazine 10300 Georgetown Penang 

No telefon
04-2519092 

Email
tagme@laserops.com.my 

Facebook
https://www.facebook.com/laserops.my 

Website
 http://laserops.com.my/ 



You Might Also Like

9 comments

  1. teringat cerita "how i met your mother" bila tgk laser tag ni...

    ReplyDelete
  2. syok niii kalu dpt...release tension ;-)

    ReplyDelete
  3. Bestkan. Tetiba ada model kat situ hihihi

    ReplyDelete
  4. bila laa dapt nak p ni T_T bestnyaaaaa

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaa....teruna nak main ngaan adik adik...hihi

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa....teruna nak main ngaan adik adik...hihi

    ReplyDelete
  7. Wah teringin nak main...just tak ada masa je hermmm

    ReplyDelete
  8. hahaha xleh bla model laser tag tu menyampahhh kahkahkahh

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored