SPAGHETTI ALA OLIO

10:00 AM

SPAGHETTI ALA OLIO


SPAGHETTI ALA OLIO


Sendiri tengok, dah lapaq. Haih !

Assalamualaikum. Holla ~

Hari tu, ibu gantung kuali, so sendiri kena makan sendiri lah. Biasalah, chef pun ada OFF DAY kan. Since aku ada beli spaghetti dan memang rasa teringin nak makan spaghetti agli olio. Bila Google resepi, kena pakai minyak zaitun. Rumah ni as for now tak de lagi minyak zaitun, minyak bunga matahri, ado.

Pernah kerja dekat restoran fast food dulu dan rasa macam ingat-ingat lupa ja macam mana pasta agli olio dibuat kat sana. So, decided untuk buat mengikut cara sendiri. Memandangkan, udang tak defrost lagi and hanya ada daging korban yang ibu rebus, aku olah menjadi Spaghetti ala Olio. Sebab basic dia lebih kurang macam agli olio, cuma tak guna seafood.

Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya....



Spaghetti Ala Olio



Bahan-bahannya

Sebiji bawang merah (dipotong dadu)
Cili padi (mengikut kesesuaian tekak)
Spaghetti yang telah siap direbus 
(aku rebus dengan sedikit minyak dan secubit garam nak bagi rasa lemak2 gittew)
Daging berserta air rebusan daging
Serbuk Knorr Pasti Sedap
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Tumiskan bawang, bila dah naik bau sikit boleh masukkan cili padi. Tumis lagi.
2. Masukkan spaghetti gaul rata.
3. Masukkan pula serbuk Knorr Pasti Sedap. (agak-agak dengan kuantiti spaghetti)
4. Masukkan daging bersama air rebusan daging. (kalau suka basah sikit, masukka lebih air rebusan tu, kalau suka yang kering sikit, goreng la bagi kering sikit ye)
6. Gaul rata dan siap !

Aku tak letak garam sebab dah ada serbuk Knorr Pasti Sedap, tapi kalau yang nak letak jugak tu, ikutlah tekak mengkome. Mesti mengkome hairan, hari tu aku cakap, aku tak de penambah perisa bagai, ini tetiba ada pulak. 

Haaa... Terima kasih Unilever Foods sebab sudi menaja product Unilever. Stok bertahun ni....

Spaghetti ala Olio ni memang sedap walaupun simple. Adik yang dah kenyang tu pun, asyik cukai mencukai je. T_T Abah pun cakap sodap ! 

Since aku buat sikit, yang pada asalnya aku sorang je nak makan, jadi 3 mulut bertuah ni jelah yang dapat merasa Spaghetti ala Olio ni. Haaa.. Mengkome nak rasa jugak ? Buatlah sendiri ye. ^_^


You Might Also Like

5 comments

  1. resepi yang sedap dan simple. kena cuba ni kat rumah.

    ReplyDelete
  2. kita kalau buat spaghetti olio guna seafood je mcm sotong, udang sebab cepat masak (dasar pemalas nak tunggu) ;P. My version guna garlic & blackpepper. Lepas tu kalau rezeki lebih sikit, letak lah parmesan cheese sikit2. :D :D

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
  3. hahaha simple nya nasib sedap. lawa header

    ReplyDelete
  4. kena master lah cara masak, nanti dah kahwin suami puji.. hihi ^_^

    ReplyDelete
  5. chef Off Day, chef simpanan la masuk dapur..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored