Rayo Cino kek Cendol Pulut Jeniang

2:00 PM

Assalamualaikum... part last untuk rayo cino... on the way balik dari Ladang Anggur, singgah solat dekat Masjid Sik... kali ni, dah tak ikut jalan yang memula datang tadi.. yang ini, ikut jalan lain pulak.. mana tahu, lagi dokat...

Masjid Sik tu cantik.. besaq.. masjid baru... alhamdulillah, selesaikan menunaikan tanggungjawab pada yang Esa, let's move on.. tak tahu arah tuju.. just based on the signboard...

Dah petang macam tu, haruslah rasa lapaq.. breakfast nasi campuq pagi tadi sampailah dah petang ni.. stop kat tepi jalan sebab terjumpa orang meniaga kat suatu kawasan.. tak sure kawasan mana tapi still kat Sik... opposite dia ada kedai hardware Melayu and tak ingat kedai tu nama apa...



Singgah "pekena" pisang goreng cheese chocolate, donut dengan cucuq udang.. that was my first time makan pisang goreng cheese... satu bekas ada dalam 10 keping pisang goreng... then, apa yang aku nampak, dia macam bubuh susu.. lepas tu tak sure letak apa... then chocolate and lastly cheese... memang sedaplah.. satu bekas RM4 ja.. aku rasa harga tu worth it untuk sebekas tu...

Sedap2 makan cucoq panas, then terjumpa kasa dawai.. urghhh!!! abah amek, then buang ja... haihhh... hati2 lah ea lepas ni kalau nak makan.. memang tak sengaja, tapi malang tak berbau... kan kan kan...

Kenyang....! alhamdulillah.. move on lagi... alih2 sampai kat simpang pertama yang aku masuk masa nampak signboard Tasik Berris tadi... urghh!! macam lagi dekat ja ikut jalan ni.. huh! akan terpandangkan gerai cendol, ibu ajak berehenti.. dah beberapa hari ibu asyik cari cendok sekitar kawasan rumah, tapi tak dak...

So, abah pun berhentilah.. Cendol Pulut Jeniang.. mak eii.... banyaknya kereta... almost full masa kami baru sampai...


masa baru sampai.....



couple of minute lepas tu... dan lepas tu, semakin ramai, ramai dan ramai...

untuk tunggu 4 mangkuk cendol dan semangkuk ABC mengambil masa lebih kurang 15 minit.. menunjukkan betapa ramainya orang.. abah ada order sepinggan laksa jugak untuk dikongsi secara berjemaah since semua orang still full.. abah cakap, ada part dekat luaq sana (which is berbumbungkan langit) lagi ramai...


cendoi.. ai suka.. ais dia gebu... melt dalam mulut...



ABC.. pun sodap ~


pulut vs cendoi... aku pun jarang makan cendoi pulut ni sebab ibu and abah tak makan.. keadaan terpaksa macam ni ja aku makan.. tapi, okey wat ~ adik and abah tak makan pulut, so depa bagi kat aku.. at last aku yang kenyang.. tu pun tak habis pulut tu...


Akhir kata dari ku yang semakin membulat, jumpa lagi di destinasi berikut... ^_^

You Might Also Like

2 comments

  1. amboi..abc tu nak terkeluar dari mangkuk dah..hehhe..sedap makan abc cuaca panas macam ni :)

    ReplyDelete
  2. woaaa jalan sakan Zaf ke utara =D murahnyaaa rm4 aje dia jual ? peergh depan rumah CT ni jual mahal plus ciput plak tu.. huuurm..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored