Rayo Cino kek Ladang Anggur, Tasik Berris
9:09 AMAssalamualaikum... ni sambungan cerita hari Khamis hari tu.. selepas turun dari gunung Jerai, abah tanya next pit stop..? and I said, Ladang Anggur... then, abah cakap, guide me the way.. I said okey! * ye2 je padahal aku pon kono menggunakan khidmat encik Google jugak.. *
Tak sampai half way perjalanan, abah dah mengantuk.. in that case means, sesi bertukar driver... selamat beradu ayahanda... mihmihmih.. adik pun dah selamat berada di dunia nya.. nasib baik ada ibu, kalau tak aku pun tak tahan.. aku jenis yang kalau drive tongah2 hari, mata jadi cepat kuyup even sebenaqnya tak ngantuk pun.. peel dah ~
Dari Gurun kena head to Sik.. in between Gurun and Sik, jumpa Jeniang... sampai sahaja pekan Jeniang, terpegun seketika... kenapa..?????? sebab terjumpa balai polis zaman lama2 dahulu... still in British style.. ai kan peminat bangunan lama... tu yang terjakun sat...
Tak jauh dari balai polis tu, ada simpang tiga untuk ke Tasik Berris.. maka, turn left... kemudian, jumpa lagi satu simpang tiga dan mengikut signboard, turn left lagi.. mak eiii... punya jauh perjalanan... ada kampung pun jarang2.. dalam hati dah rasa tak sedap, tapi buat2 cool sebab tak nak bagi ibu rasa begitu jugak even mulut ibu dah berbunyi..
Sebabkan terpandang satu kedai, dan ibu rasa macam ternampak asam keping, ibu menyuruh aku berhenti.. niat di hati, nak beli asam keping serta nak mengajukan soalan... rupanya, ia adalah cili kering bukannya asam keping.. tapi, kami memang berada di track yang betul.. maka, perjalanan diteruskan...
Subhanallah ~ memang jauh gilos... tak tahu nak cakap.. sampaikan abah pun tersedar dari lena yang indah.. abah cakap, macam dah lama ja perjalanan ni tapi tak sampai2.. hehe.. entah ~ tak nampak hujung pangkal pun...
Abah mintak tukaq position lagi and asked me to Google.. elok ja aku kembali kepada posisi asal, coverage pun "illek"... apo nak buek... tapi, alhamdulillah.. yang dicari, akhirnya timbul jua tak jauh dari location pertukaran driver... jumpa jugak signboard untuk ke sana setelah berhempas pulas di jalanan.... perjalanan dari Gurun ke Sik itu mengambil masa dalam sejam lebih.. ikutkan si maps tu bagi estimate time dalam 55 minit macam tu.. tapi, plus minus berhenti tanya orang dan berpatah balik sebab terlajak simpang, tu yang jadi sejam lebih.. hahaha....
Since hari tu cuti, so banyak jugak kenderaan.. orang memancing pun ramai jugak.. akan terpandangkan tasik tu, tetiba teringatkan Tasik Timah Tasoh, Perlis... adik cakap, dia ingatkan nak pi Perlis.. sebab setahu dia, ladang anggur hanya di Perlis -dan keadaan sepanjang jalan tu seakan-akan jalan di Perlis... hahaha.. adik adik...
Subhanallah.. cantik betul pemandangan kat situ.... sebab terlampau terpesona, lupa pulak nak amek gambaq once step there.. hehe... lagi pun mata dah tertarik dengan air tin perasa anggur yang semua orang dok angkut ke hulu ke hilir... time panas2 macam tu, air tin sejuk sangatlah menyamankan...
Kebetulan masa ni, anggur baru sahaja nak berbuah.. jadi, buahnya kecik2 ja... sedey ~ dah lah mai jauh2.. buah pulak tak berapa nak ada... at least dapatlah jugak tengok daripada tak dapat tengok langsung... yang aku berjaya captured dalam memori aku hanyalah anggur hijau an anggur hitam.. anggur hijau pun ada beberapa jenis.. lupa pulak nama dia... yang jenis panjang2 tu.. malica ke ntah.. hehe... by the way, suhu kat sini tak sejuk pun.. biasa sahaja.. tapi, mungkin tanah itu serasi dengan pokok anggur tu, tu yang beranak pinak tu....
Gambar pertama tu, tandas dia.. bersih! selesa! kat dalam tu jugak ada surau.. namun, surau dia kecik jaa.. muatlah untuk 2 orang... sila ambil nombor ye... ladang anggur ni bersebelahan dengan kebun getah..
5 comments
Ada beli fridge madnet untuk Acik tak?
ReplyDeleteterkejut den...ayah Firah speaking London tu...ahaha
ReplyDeleteala..then bula berapa yg sesuai ke sana...kalau boleh sis JM nk pegi time buha tgh masak ranum then boleh petik2 mkn
sepatutnya raya coni di ladang limau ahahah
ReplyDeleteOrang slalu raya cina dgn limau, cik Firah dgn anggur ye...
ReplyDeleteuish dah naik rege eh nak masuk.. extra rm1.. nak petik mahal souvenir pun mahal. masuk tengok anggur ajelah ehehe..
ReplyDeletetapi panas bahang kan ? tu yang tak sanggup..
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^