Review by me tentang Maggie Royale Korea Beef Spicy.

3:48 PM




Alang2 tengah rajin dan semangat berkobar2 ni.. mari publish semua entri tertunggak didalam hati, otak dan phone... nanti dah tak rajin, makin banyak yang tak berbayor...

Entri ini bakal di Auto publish kan supaya ada waktu senggang untuk seketika kepada anda anda anda dan anda untuk berehat... hahaha.. poyo an minah ni...
Hari Jumaat minggu lepas, masa nak pi beli butter untuk sesi membaking ( ai pi Giant ja sebab itu yang paling hampir dengan rumah).. sewaktu berjalan patas tanpa melihat orang disekeliling. terpandangkan megi mee sedap cup berharag RM0.98 sen.. tertarik dengan pandangan pertama tersebut, terus berhenti di lokasi berkenaan...

Ada macam flavor, soto, asli dan etc... otak pantas memulakan kerja sambil hati memainkan peranan untuk merasuk minda... ini boleh dijadikan bekalan kat kilang ni... jadi, 2 buah cup dengan sengaja telah dicampak masuk kedalam bakul....

Jalan sikit lagi, tergerak hati pulak nak tengok apa "cup" lai yang murah yang boleh dibawa bekalan.... and terjumpa yang ini...



Pernah tengok..?? ape tuh...??? tak dapat apa yang ai cuba nak sampaikan.. nanti ai cerita lagi.. sebab, cerita kali ini sebab dia ni... dia ni yang kat bawah ni..



haaaa.. dia ni lah.. atas rak yang sama seperti diatas, ada ternampak Maggie Royale ni.. sebenaqnya, dah lama teringin nak rasa.. tapi takut rasa dia tak kena dengan selera, tu yang tak terbeli sebungkus tu.. nasib baik ada version cup.. jadi, kalau rasa tak sedap, tak kena selera, tak boleh belah, tak boleh nk telan boleh terus masuk dalam "rumah hijau".. rumah hijau or as known as tong sampah.. sebab makan kat kilang kan, jadi masuk tong sampah kat kilang lah nanti... dapat...???

Sampai ja dekat kilang petang tu, terus masuk line.. tak lama lepas tu perut pun mulalah nak buat konsert... sementara nak tunggu azan Asaq, marilah menghiburkan hati... kenapa hati...??? sebab bila perut kenyang, hati pun gumbira... heh2..

Moh nak share review dia... untuk orang yang suka pedas, ini memang havoc.. berasap my lips... perghh!! memang terbaik... ai sebenaqnya takut nak rasa makanan Korean sebab pernah try tapi tak berapa suit dengan ai.. tapi, yang ini memang terbaiklah.. memang sedap.. tak tipu.. tapi, kalau ada daging seperti liustrasi packaging lagi menarik... 

Kuah dia seakan-akan kuah kicap.. tapi, tak dak lah kicap betoi sampai hitam legam tu kan... tapi, even kuah dia gelap, tak terasa pulak kicapnya... memang sedaplah.. tak rugi untuk mencuba... tapi, jangan amalkan ye.. magi tak elok untuk kesihatan.. *padahal dulu boleh kata hari2 aku kedarah magi...* insap! tak mau dah amalkan...

Boleh bagi 5 bintang untuk Maggie Royale Korean Beef Spicy ni.. si, to uolls yang belum mencuba, ada hati nak mencuba tapi takut, anda dah boleh melangkah setapak kehadapan dengan menuju ke kedai2 yang turut sama collaborate untuk menjual Maggie Royale ini.. 

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored