KWSP : SIMPANAN SHARIAH, BOLEH TAK KEMBALI KEPADA KONVENSIONAL ?

11:57 AM

KWSP : SIMPANAN SHARIAH BOLEH TAK KEMBALI KEPADA KONVENSIONAL ?


KWSP : SIMPANAN SHARIAH BOLEH TAK KEMBALI KEPADA KONVENSIONAL ?


Assalamualaikum. Holla ~

Hari tu heboh pasal simpanan shariah untuk KWSP kan ? Haaa... Ni dah buat ke belum ? Kalau yang belum pasti lagi pasal simpanan shariah KWP ni, ada artikel untuk korang baca dan hadam. Semoga dapat manfaat bersama.



Motif entri kali ni bukanlah nak share pasal simpanan shariah untuk KWSP  ni atau prosedur-prosedur untuk apply simpanan shariah untuk KWSP. Sebab dah banyak sangat yang memuat naik tentang simpanan shariah untuk KWSP ni, hari ni aku nak share kan lagi susulan daripada tindakan apply simpanan shariah untuk KWSP .



Seperti yang diketahui, anda bakal menerima message dari pihak KWSP mengatakan bahawa permohonan anda akan diproses, seperti dibawah.



Dan sekiranya telah dilulukan, satu lagi message akan diterima untuk memberitahu tentang hal tersebut. Selain message, surat rasmi jugak bakal diterima oleh pemohon seperti berikut.




Dan sekiranya, anda telah berubah fikiran dan kembali kepada konvensional, anda masih mampu untuk melakukannya sebelum tarikh kuat kuasa yakni Januari 2017.

Tapi, kalau dah ada yang shariah, kenapa nak kembali kepada konvensional kan ? Itu pendapat aku lah. So, yang masih belum berkesempatan untuk melakukan 'penghijrahan' ini, anda masih boleh melakukannya di pejabat KWSP berhampiran anda.


You Might Also Like

8 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored