Makan-makan .:. Keli Bakaq PART 1

9:25 PM


Assalamualaikum.... Selamat sejahtera.. Namaste.. 

Setiap hari Ahad memang makan kat luaq.. lepas amek ibu dari masjid, terus shoot pi makan... lepas ni dah tak boleh macam tu since ibu dah habis kuliah kat masjid tu.. hehe...

Last week makan kat Permatang Pauh, dekat dengan Masjid Papan... sapa tau..?? angkat tangan..?? kedai dia atas sikit dari Shell, sebelum masjid papan.. entah ~ aku tak ingat kedai tu nama apa... tapi, mak eiii.. punya ramai orang... aku pun first time makan kat situ...


Ibu cakap, pi cari tempat, ibu pi amek nasi... masuk2 ja kedai, nampak keli bakaq... kerang bakaq... petai bakaq.. arghhh!!! tergugat iman.. aku nampak yang tu.. kabuq mata dah... yang lain terus tak nampak..

Sewaktu ibu and abah pi beratoq amek nasi, aku berdiri sensorang tengah2 kedai cari meja... orang habis makan saja, next customer dah tunggu kat tepi... lama jugak aku berdiri dan memerhatikan kawasan sekeliling.. dengan orang lalu lalang depan dan belakang aku since aku berdiri depan meja segala lauk pauk bakaq... memamng ramailah orang lalu lalang kat situ.. blur beberapa ketika ~

Al kisah yang sedihnya, kan ibu cakap ibu nak tolong amkkan nasi, tapi ibu pi amek petai rebus instead of petai bakaq.. dah la petai rebus tu kekurus semuanya... then, tanya ibu, kenapa petai ni kurus.. ibu cakap, yang ni ja yang ada... cakaplah kat ibu, kat depan tu ada petai bakaq.. gemok2... ibu cakap sorry, tak perasan... T_T

Sorry sebab bila datang bab makan, aku memang lupa nak hamek gambaq.. haha.. lepas makan, baru teringat.. itukan kebiasaan Cik Siti Nurzafirah.. mahap ye ~




Sebenaqnya nak amek gambaq kat belakang.. tapi telah di photo bomb kan oleh ibu.. so, nampaklah macam kami sepekat untuk selfie...




Nampak meja tu...?? memang penuh dengan lauk.. dari depan sampailah ke belakang.. sambal belacan pun ada beberapa jenis..




Photo bomb by ibu lagi... lepas habis makan, baru perasan orang pun dah tak seramai macam memula kami sampai tadi...




Sebab terlampau tamak, kerang tu tak habis pun.. masa start makan tu abah dah tanya, sapa nak makan kerang ni... aku dengan yakin nya jawab.. sayalah.. nahhh!!! sekali, tak terhabis pun... boh dalam beg plastik merah tu, tapau bawak balik... 





You Might Also Like

1 comments

  1. sis JM pun kalau ada keli bakar nih x de lauk lain pun x pe

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored