Teater P.Ramlee The Musical Menggegar Penang
7:30 PMTeater P.Ramlee The Musical Menggegar Penang
Teater P.Ramlee The Musical Menggegar Penang // Assalamualaikum.. awat terkedip-kedip mata tu..? myokimia jugak ka..?? dak..?? ohh.. tak percaya ea..??? percayalahhhh.... *guna tona lagu CTDK* dah berlangsung pun semalam, hari pertama.. hari ni sebagai hari kedua dan keesokkannya sebagai hari ketiga dan hari terakhir... aih... takkan hampa nak tunggu next show kot.. rugi lah weh...
Since semalam aku telah dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk menonton secara langsung *mana ada teater secara ulangan.. lempang lelaju* persembahan Teater P.Ramlee The Musical ini, makanya hari ni aku nak kongsikan momen-momen indah sewaktu disana.. ecehh.. ayat tak kalah.. moh layan gambar sambil bercerita...
7 tiket yakni 7 kepala... kepala lutut dan seantero dengannya tak kira ye... |
Sejurus ketibaan dan sesudah register.. ada refreshment sikit.... |
Gambar bersama poster haruslah tidak dilepaskan |
Teater P.Ramlee The Musical adalah bersempena dengan Georgetown Festival.. bila lagi lah nak ada Geogetown festival ni kan... |
Nak masuk, macam biasalah.. beratur dulu... tak pa.. sokay! abam ni hensem tau.. ^_^ |
Sebelum persembahan Teater P.Ramlee The Musical bermula, aksi didepan kamera harus jugak tidak dilupakan |
Persembahan Teater P.Ramlee The Musical ini telah diadakan di Dewan Sri Pinang... kerusi dia walaupun tak sesedap sofa Lorenzo di rumah, namun masih mampu membuatkan anda terduduk disitu berjam lamanya sewaktu dihiburkan oleh team Teater P.Ramlee The Musical ni... dengan lighting yang jelas, *pakai LED weh* mana tak clear kan.. dengar katanya dekat IB pun tak macam ni.. kualiti kat sini kelas kau jahh.. mahaplah.. sebab aku memang tak pernah masuk IB, tak pernah tengok teater pun sebelum ni.. dan ini adalah yang pertama kali dalam hidupku.. maka, aku coretkan disini...
Asmidar as Junaidah |
Puan Sri Tiara Jacquelina as Norizan |
Tony Eusoff as P.Ramlee |
Nadia Aqilah as Saloma |
Singapore, here I come.. tetiba dah sampai Singapore... haaaa... hampa boleh..??? |
The paparazi... |
Puan Sri sedang beraksi.. suara Puan Sri tiak kurang hebatnya.... |
Bagi aku, Teater P.Ramlee The Musical ni sangat dekat di hati.. mungkin sebab dia menggunakan loghat Penang/ utara.. ye lah... P.Ramlee kan orang Penang.. ceritanya banyak berkisar tentang kejayaan hidup P.Ramlee yang bermula di Penang sehinggalah ke Singapura.. dan, ada jugak diselitkan sedikit sewaktu zaman kejatuhannya.. hampa mesti tak tau kan..?? aku pun tak tau jugak dan baru tau semalam.. sebab tu lah hampa kena pi tengok... suara setiap pelakon tersebut, memang memukau... tak sangka pulak disampaing berlakon, mereka jugak mempunyai suara yang hebat... pernah dengaq Tony Eusoff menyanyi..?? tak kan..?? hampa pi sini, confirm mengigau suara dia memalam...
Lagu pembukaan, adalah salah satu lagu yang terlekat di bibirku.. terngiang-ngiang di telinga.. Penang, let's party.... heh heh heh... banyak jugak lagunya.. sebab terlalu asyik menonton, aku pun terlupa berapa buah lagu telah didendangkan....
Lambaian dari the team.... deme memang patut dapat big clap untuk hasil titik peluh menjayakan Teater P.Ramlee The Musical ni.. |
Bayangkan dengan 2 buah kontena untuk prop, tapi mampu menghasilkan persembahan yang baik.. yang bagi aku, tiada cacat celanya.. penuh dengan warna warni.. ya, P.Ramlee kan sukakan warna.. ceritanya penuh dengan warna... memang terbaiklah hasil kerja depa ni...
Selfie sejurus persembahan tamat |
P.Ramlee dan isteri-isterinya |
Bersama Pengarah Teater P.Ramlee The Musical |
Kalau hampa nak tengok Teater P.Ramlee The Musical masih belum terlambat... esok ada lagi.. dan esok adalah hari terakhirnya.... tunggu apa lagi.. cepatlah pi beli tiket.. beli awai, tak kalut.. semalam pun FOH.. serius...!!
Tiket Teater P.Ramlee The Musical berharga dari RM 83, RM 103, RM 153 dan RM 203.
Dapatkan secara Online di : http://www.ticketpro.com.my
Untuk maklumat lanjut sila hubungi +603-61429877 atau Penang hotline 012-270 9292.
Lepas ni, Teater P.Ramlee The Musical akan sampai ke selatan pulak.. yang terlepas nak tengok kat Penang ni, kena pi sanalah pulah kan....
Johor Bharu Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Nusajaya, Johor.
4 September 2015 – 8.00pm
5 September 2015 – 3.00pm
5 September 2015 – 8.00pm
6 September 2015 – 3.00pm
Malacca Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh, Malacca.
11 September 2015 – 8.00pm
12 September 2015 – 3.00pm
12 September 2015 - 8.00pm
13 September 2015 – 8.00pm
9 comments
tak dak peluang nak tgk teater.. huhuhuh.. serius nmpak best!!
ReplyDeleteSempoi..macam nak pi tengok lagi esok..oh Junaidah...
ReplyDeleteruginya xdapat p
ReplyDeleteSeronoknya dia pi tengok teater! :)
ReplyDeleterasa macam rugi plak x join.. hehehe
ReplyDeleteAlahai..awat dia x mai perak.. nak tgk juga..lama dah x layan teater.. huhuhuhu...
ReplyDeleterugi laa plak tak join.. apapun memang best kan tengok teater.. tak pernah lagi tengok teater.. yup pernah tengok dokumentari mengenai kisah hidup P.Ramlee kat tv beberapa bulan yang lepas.. P.Ramlee meninggal masa kejatuhannya.. dan memang sedih dipenghujung perjalanan hidupnya..
ReplyDeleteada lg x...nk tgk...sobbbbs tp mmg bbaloi tgk...hihihi
ReplyDeleteBest tgk geng #bloggerutara dpt jumpa
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^