FAM TRIP, FUN RIDE with PENANG HOP ON HOP OFF

2:30 AM

FAM TRIP, FUN RIDE WITH PENANG HOP ON HOP OFF


FAM TRIP, FUN RIDE with PENANG HOP ON HOP OFF // Assalamualaikum. Holla ~ Entri INTRO sudah, entri TEASER pun sudah. Hari ni, entri full na. Selamat menjamu serta menjulingkan mata. ^_^

Hari Ahad lepas (25-Ocotber-2015) #bloggerutara yang terdiri daripada 11 orang ahli telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menaiki bus dua tingkat (double decker) dan mengelilingi Penang. Bila katakan Penang, bukan keseluruhan Pulau Pinang ye. Jangan salah paham. Dekat entri INTRO aku ada kongsikan laluan yang dilalui oleh PENANG HOP ON HOP OFF ni. Bolehlah semak kembali entri tu atau klik je SINI, terus ke laman sesawang PENANG HOP ON HOP OFF . Kat situ ada macam-macam lagi info yang boleh didapati. 

Ahaaa.. ! Dan sekarang, tengah ada promosi untuk tiket bagi pemegang MyKad. Tiket hanya berharga RM5 SAHAJA ! Jangan tak percaya. Tapi, hampa kenalah isi borangnya di SINI dulu. Bagi kanak-kanak dibawah umur 5 tahun, tiket adalah PERCUMA. Seronokkan ! TETAPI, sehari kuotanya hanyalah 200 orang dan tiket hanya boleh digunakan pada hari AHAD. Jadi, sekiranya nak merasai pengalaman ini dan merasai promosi tiket untuk MyKad, buatlah tempahan awal ye, supaya tidak terlepas peluang keberlianan keemasan ini. Promosi berlangsung sampai hujung tahun 2015 sahaja.



Posing dulu sebelum memulakan perjalanan

Jom sambung pengalaman menaiki PENANG HOP ON HOP OFF. Secara jujurnya, aku selalu juga menaiki bus. Tetapi, untuk ke kerja sahaja. Dimana pit stop pertamanya di Sunway, Seberang Jaya dan pit stop last untuk aku, dah tentulah tempat aku bekerja (tempat mencari sesuap nasi). Namun, bus hanya melalui kawasan kilang sahaja. Jadi, pemandangan aku lebih kepada kawasan kilang. Sudah agak lama tidak menaiki bus awam untuk ke sesuatu tempat di Penang ni. Pengalaman menaiki PENANG HOP ON HOP OFF adalah sesuatu yang sukar aku gambarkan dan tidak mudah untuk dilupakan. *aku memang jenis susah melupakan, memaafkan lagi senang rasanya*

Starting point #bloggerutara untuk menaiki PENANG HOP ON HOP OFF  ialah di belakang Gurney Plaza. Pit stop untuk PENANG HOP ON HOP OFF  ni terdiri daripada dua. Yang pertama ialah standard. Untuk pit stop standard, bus akan berhenti walaupun loceng tidak ditekan, ataupun tiada orang yang menahan untuk menaiki bus itu. Dengan kata lain, pit stop wajib untuk bus berhentilah. Yang kedua pula, pit stop on demand. Bagi pit stop on demand, bus hanya akan berhenti sekiranya ada penumpang yang ingin turun disitu. Penumpang boleh menekan loceng sekiranya ingin turun di pit stop on demand. Bagi penumpang yang ingin menaiki PENANG HOP ON HOP OFF  di pit stop on demand, anda harus menaikkan flag sebagai tanda supaya captain PENANG HOP ON HOP OFF  berhenti.

Macam mana nak tahu pit stop itu ialah pit stop standard ataupun pit stop on demand ? Hampa boleh tengok pada nombor di pit stop. Sekiranya ia berwarna biru, bermaksud, pit stop itu ialah pit stop standard dan yang berwarna pink pula ialah, pit stop on demand. Jadi, sekiranya hampa nak turun dimana-mana pit stop sewaktu perjalanan, pastikan pit stop itu ialah pit stop standard ataupun pit stop on demand. Satgi terlepas pulak, jenuh jalan. Ish2... Haaa.. kalau tak dapat gambarannya, sila tengok kat bawah ni. 

Credit



Nampak kan bulatan yang berwarna biru dan merah jambu tu. Biru tu pit stop standard dan merah jambu tu pulak pit stop on demand.

Seperti yang diketahui, PENANG HOP ON HOP OFF ada 2 laluan iaitu Beach Route dan City Route. Dan dikesempatan itu, #bloggerutara telah diberi peluang untuk melalui Beach Route sebagai laluan pertama dan diikuti dengan City Route. Nah jamu mata sepanjang perjalanan #bloggerutara sewaktu berada di Beach Route. 












Pemandangan Masjid Terapung Pulau Pinang dari tingkat atas bus. Kalau menaiki kereta, jangan haraplah nak dapat peluang untuk melihat pemandangan ini.






Disebabkan lalu lintas tidak sesak, perjalanan sejam ke Batu Feringghi terasa amat sekejap berbanding dengan biasa. Terasa kagum melihat keindahan Batu Feringghi dari tingkat atas bus. Ye lah ! Selalu hanya nampak bangunan pada paras mata sahaja, hari ni dapat melihat yang lain sikit daripada biasa. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar-nampar pipiku. Huwaaaa ~ 








Ini pemandangan dari cermin hadapan PENANG HOP ON HOP OFF. Cuba teka ni kat mana ? Hurmh.. PENANG HOP ON HOP OFF sampai Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang oi ! Selain daripada Taman Negara Pulau Pinang, PENANG HOP ON HOP OFF juga melewati Escape Penang dan Taman Rimba Pulau Pinang. Apa tu Escape Penang ? Tak tau !? Tak thrill lah hampa ni. Nah baca SINI.






Yang hijau kat belakang tu, Empangan Mengkuang bak kata Nina. Jauh tau Empangan Mengkuang naik PENANG HOP ON HOP OFF semata-mata untuk ke sini. Tak lah ! Hik2. Sorry Nina. Ni Empangan Teluk Bahang.






Sempatlah jugak #bloggerutara ber posing bersama PENANG HOP ON HOP OFF di Taman Rimba, Teluk Bahang. Singgah Hard Rock sat ! *singgah tangkap gambar time traffic light merah*



Bagi laluan City Route, pit stop terakhirnya ialah Bukit Bendera. City Route akan membawa hampa berjalan di tengah kota. Eceh ! City Route ini sesuai untuk hampa yang nak melawat tempat-tempat yang menarik di Penang.





Tokong terbesar di Penang yang letaknya di Farlim. Aku lupa pulak nama tokong ni. 

PENANG HOP ON HOP OFF sesuai sangat untuk pelancong yang datang ke Pulau Pinang, nak ke tempat-tempat yang menarik disini, tapi tak tahu atau malas nak drive sendiri. Kebanyakkan pit stop PENANG HOP ON HOP OFF ni adalah tempat tarikan pelancong. Jadi, dengan bantuan PENANG HOP ON HOP OFF, sangat memudahkan percutian hampa. Selain merasai pengalaman menaiki bus dua tingkat yang hanya terdapat di beberapa negeri selain Penang dan KL, hampa jugak dapat melancong di situ.

Untuk orang tempatan pun tidak kurangnya, kalau rasa malas nak drive, dengan jalan jam, PENANG HOP ON HOP OFF boleh membantu masalah hampa tu. PENANG HOP ON HOP OFF boleh tolong bawak hampa pi Bukit Bendera, Batu Feringghi dan tempat-tempat lain lagi.

Sepanjang perjalanan bersama PENANG HOP ON HOP OFF, #bloggerutara telah ditemani oleh gadis-gadis manis yang baik hati ini.



Layanan serta penerangan mereka tentang PENANG HOP ON HOP OFF dan info-info menarik sepanjang perjalanan amatlah dihargai. Macam-macam input yang disediakan oleh mereka. Lain kali jangan serik lagi ye nak berkolaborasi dengan #bloggerutara.

Nak sekeping wefie dari kami berempat... Mihmihmih




You Might Also Like

12 comments

  1. dlm ramai2 tu cuma Amanina je yg wak kenal., hehe2 sonoknyer uoolss

    ReplyDelete
  2. wak nak komplen, kotak komen nih susah nak komen ye kecik sangat sbb ada proveiamnotrobot tu yg leceh., huhu2 tapi wak cuba ye sedaya upaya harap2 berjaya.,

    ReplyDelete
  3. best giler..giler best ride kita hari tu kan
    memorable sgt2..nak repeat ride kat kl pulak
    insyallah our next plan ye

    ReplyDelete
  4. best..best..best..itu yang boleh diucapkan..tunggu KL HOHO pulak

    ReplyDelete
  5. patutlah ada nampak beberapa wajah yg familiar....geng blogger utara gi outing rupanya...bestnya korang buat aktiviti ni...

    ReplyDelete
  6. Ohsem... Tahniah #bloggerutara..
    semoga lepas nie dapat joint korang..

    ReplyDelete
  7. Best gila kan zaf...zaf nk tny...klau naik bus p ke byn lepas area kilang tu..dia lalu kot kilang mana?ada laluan tertentu ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ada kak.. ikut kawasan kilang tu dekat mana...

      Delete
  8. hanya RM5?? wow, murah betul, mula bila ni? saya kat penang hari tu naik rapid penang yang free tu, best lah penang, osem!

    ReplyDelete
  9. mmg best...nti nk repeat bw ank plak

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored