SEMBANG GEGURL .:. BROWN RICE HAIR CONDITIONER
8:19 AMSEMBANG GEGURL .:. BROWN RICE HAIR CONDITIONER
SEMBANG GEGURL .:. BROWN RICE HAIR CONDITIONER // Assalamualaikum. Holla ~ Uish. Macam dah lama sangat ja tak sembang gegurl ni. Mesti dah lupa kan or yang baru baca blog ni mesti tak tau apa dia sembang gegurl ni. Ka dah dapat agak dengan baca tajuk atas?
Sembang gegurl ni lebih kepada review product. Product yang di review ini adalah product yang aku sendiri pakai / guna dan aku yakin dengan keberkesanannya. Kalau berkesan pada aku, tak mustahil tak berkesan pada hampa. Kan ! Samalah macam ubat. Ada yang lut dengan ubat sekian2, ada yang tak. Jadi, aku hanya berkongsi sebab aku berpuas hati dengan product yang aku guna. Mana tahu, product tu pun berkesan jugak untuk hampa. tak cuba, tak tahu kan.
Kali ni, aku nak kongsikan pasal BROWN RICE HAIR CONDITIONER by Guardian. Macam mana aku boleh tergerak hati untuk membeli BROWN RICE HAIR CONDITIONER ni ? Panjang ceritanya. Kalau nak dipendekkan, bolehlah baca kat SINI. Statisfied ? Kalau nak jugak, kena tunggu next promotion yang aku sendiri tak tahu. Sapa sini kerja Guardian ? PM lah kalau ada promotion lagi. Hik2
Ambil masa jugak sebelum aku start menggunakannya. Malas sebenarnya, itulah alasan utama mengapa masa diperlukan untuk menggunakannya. Okeh ! Bila dah guna, rasa jatuh cinta. Kira macam love at first sight lah ! Uish. Hover nya hakak hampa ni kan. Isk2. Yang tak pernah or tak perasan kat yang mana satu dalam entri tu, ni ha aku tepek seketoi gambar untuk tatapan.
Credit |
Yang kedua, rambut gugur juga berkurangan. Yang ni memang part yang paling aku suka sepanjang penggunaan BROWN RICE HAIR CONDITIONER . Gila tak suka ? Perempuan memang tidak dipisahkan dengan keguguran rambut. Tapi, selepas penggunaan BROWN RICE HAIR CONDITIONER ni, rambut yang gugur, boleh dikira dengan jari. Sewaktu menggunakan jari, tiada sehelai pun rambut yang melekat di celahan jari. Kalau guna sikat, setakat sehelai dua tu adalah. Itu pun sewaktu proses menyikat untuk pertama kali. Tak suka lagi ? Memang senyum sampai besok pagilah.
Selain itu, aku perasan jugak dengan penggunaan BROWN RICE HAIR CONDITIONER ni, kelemumur lambat datang menyinggah. Aku punya kulit kepala ni, dia ada satu pe'el. Pe'el nya ialah, apabila dia dah serasi dengan sesuatu syampu, dia akan buat perangai. Perangai yang macam mana tu ? Ye lah. Selepas beberapa bulan, dia mula nak buat hal. Kira, kelumumur dah tak lut lah dengan dia. Baru sahaja syampu, dalam dua or tiga hari, kelemumur pun datang menjengah. Tapi, tapi tapi... dengan penggunaan BROWN RICE HAIR CONDITIONER ni, cik kelemumur lambat sekali datang singgah. I like it !
Last but not least, baunya yang wangi. Yang ni, serius tak tipu weh ! Memang wangi. Suka gila bau dia. Lentuk I dalam toilet tu dek kerana baunya. Tekstur dia kasar sikit ala2 scrub. Tapi, tak daklah sekasar skrub kan. Tu dah macam nak skrub rambut / kulit kepala pulak. Haiyak ~ Selain itu, BROWN RICE HAIR CONDITIONER ni jugak bukan jenis yang greasy gitu. Senang je nak basuh. Tak payah nak tadah kepala lelama bawah shower tu. Ohoii ! Boleh rabak kepala dok lelama bawah shower tu tau. *tipu*
Overall, aku memang berpuas hati dengan BROWN RICE HAIR CONDITIONER ni. Tapi, kalau hampa pakai, tapi kesan dia tak sebest aku, janganlah salahkan aku. Ini bermakna, rambut / kulit kepala hampa lagi hardcore dari aku. jadi, hampa kena guna produk yang double hardcore yang buat sementara ini, aku tak dapat discover lagi. Kalau hampa dapat discover, meh la share dengan aku. Boleh aku share dengan orang ramai. Sama2 lah kita dapat kebaikkan kan ! Jangan kedekut ! Tak baik ! Mihmihmih
Selamat bekerja ! Causinciii ! Hari ni last day kerja oi ! Tak sabaq nak cuti pulak ! Hujung minggu ni, I'll not be around. Kalau ada entri yang dinaikkan bermakna auto post atau pun .... Entri naik sendiri. Boleh ea ? Entah ! Tiada benda yang mustahil. Hahaha... *karut*
23 comments
Boleh cuba ni..
ReplyDeletecuba cuba cuba.. nanti boleh buat testimoni jugak.. hehe
DeleteNak cubalah conditioner ini nanti :-)
ReplyDeletesilakan.. mana tahu, ini adalah cure nya... heee
DeleteSalam singgah sini dik...macam menarik ni dik...rambut akak ni mudah sangat kusut dan berberkelemumur...hihi
ReplyDeleteHye Kak D ~
Deletetry lah Kak D.. mana tahu, sesuai ngan Kak D...
betul elok nie.. ok nanti nak cuba.., tak ok siap la zaf..heee
ReplyDeletehahaha.. untuk Zaf, memang okey ~
DeleteSyiok sangat.. kalau syampu, tapi tak guna conditioner ni, terasa perbezaanya...
singgah sini...
ReplyDeletennti bleh cuba ni..
alala yui xleh tgk gmbr..wat nth pc ni
ReplyDeletehaah.. gambar hilang.. nanti ZAf edit balik bagi gambar hado...
Deletewah..kena intai2 juga laa dekat Guardian ni nanti
ReplyDeleteintan mengintai ..? nanti naik ketumbit la kak Murni.. ngeh2
Deletenak torai lah
ReplyDeletek.el hang ni rambut ya Allah keguguran byk taw
x suka taw
hahaha.. nanti buat testi jugak ye.. ngeee
Deletezizie punya kulit kepala mmg hardcore kelumumur ni.. dh kering dan gersang.. hurmm..
ReplyDeletekering dan gersang.. macam lagu pulak...
Deletebgus ye...kena cuba gak ni sbb rmbut gugur byk...sobbbb
ReplyDeletemcm menarik
ReplyDeleteboleh cuba nanti....tapi rambut kita tak kelumumur cuma cepat panjang huhu
ReplyDeleteboleh cuba laa..
ReplyDeleteawak.. lama dah CT tak pakai conditioner.. ehehe..
ReplyDeletenak kena beli gak la..
Boleh cuba ni
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^