MONKEY BEACH, TAMAN NEGARA PULAU PINANG
11:06 AMMONKEY BEACH, TAMAN NEGARA PULAU PINANG
MONKEY BEACH, TAMAN NEGARA PULAU PINANG // Assalamualaikum. Holla ~ Entri hot from oven. Kisah semalam. Sewaktu aku menaip entri ini, mata dah tak larat nak bukak. Kepala dah berat. Tapi, aku gagahkan jugak demi untuk tidak berhutang meski hutang yang sedia ada belum terbayar.
Orang Penang mesti tau kan tempat ni ? Iye ke tak tau ? Ceh ! First time aku ke Taman Negara Pulau Pinang ni, masa tahun 2010. Ohoi ! 5 tahun dah oi tak ke sini. Itu pun masa zaman kerja dedolu. Zaman memuda. Sekarang pun muda lagi keh ! Kalau tak, aku pun tak tahu tempat ni wujud sebenarnya.
Lokasi Taman Negara Pulau Pinang ni, dekat Teluk Bahang ye. Penghujung pulau. Dah memang tak dak hujung lagi dah kalau bukan Taman Negara Pulau Pinang. Ada macam-macam akivit yang boleh dilakukan disini antaranya banana bot, aku jugak ada ternampak signboard untuk aktiviti snorkeling walaupun aku tak tahu port dia dekat mana. Kira, kalau aktiviti pulau, memang bolehlah buat kat sini. Selain jungle trekking / hiking, untuk sampai ke sesuatu destinasi, hampa boleh jugak menggunakan perkhidmatan bot. Bayau lah ye. Depend on the boat owner aku rasa. Aku tak sure pulak harganya ye. First time dulu, naik bot jugak masa nak balik. Tapi, opkos lah dah tak ingat. Semalam, RM10 sekepala. Hokey lah kan !
Ni lokasi nya kalau nak ke sini.
Okey ! Dah tahu lokasi, meh sambung cerita. Sebenarnya, ni kira last minute punya plan. Decided by Azlan , or maybe Aidil. Aku tak tahu antara derang ni, sapa kepala dia. Tapi, aku cume dapat message untuk ke sana je. Since, aku pun dah lama sangat menternak lemak, so sekali sekala lemak aku pun teringin jugak nak melihat keindahan alam. And dengan pantas, aku agreed dengan proposal itu.
Pada hari yang dijanjikan, dengan menggunakan perkhidmatan feri and to be sad kena tunggu feri dalam jangka masa yang lama, kami sampai jugak ke destinasi impian. Lebih kurang jam 10 rasanya sebab aku terlupa nak pakai jam, terlupa nak bawak power bank, terlupa nak bawak towel kecik. Jangan terlupa diri sudah. Mati la mak nak !
Sebelum memulakan jungle trekking / hiking, hampa kena mendaftarkan diri dulu ye di kaunter. Itu compulsory. Dia tak suruh pun isi bebanyak macam nak apply BR1M. Cuma, sikit detail pasal diri sendiri ja. Memang ramai lah orang semalam. Bebudak sekolah, Jabatan Agama Islam PP, bebudak USM. Ahaa ! Tak larat pulak nak senaraikan semuanya.
Ada info sikit untuk dibaca sebelum memulakan perjalanan |
Permulaan perjalanan memang syiok. Sambil sembang-sembang, saja nak mengalihkan fokus. Snap gambar sikit-sikit. Perjalanan mengambil masa lebiih kurang 1 jam 15 minit. Ni haa. Boleh tengok pelan di bawah untuk lokasi impian dan estimate time yang diperlukan. No harm pun kalau lebih or kurang. No worries keh ! Berikut adalah gambar sepanjang perjalanan.
Okeh ! Setelah jauh berjalan, dan bila kaki mula tersadung, kaki mula terseret dekat batu, bila nafas semakin laju, bila jalan pun dah melelong, itu tandanya dah penat la hoi ! Tapi, aku malas nak kisahkan tentang kepenatan itu. Aku paksa diri aku untuk carry on perjalanan. Tune kan sikit mind set. Sikit je aku tune. Sebab aku dah pernah tune yang lagi dasyat dari ini, sampai tak boleh nak tune pun hado, but I manage to completed the journey. Bukan kat sini lah ye. Kat tempat lain. Kat destinasi mendaki yang lain.
Kat sini memang ada trek. Ye lah, nama pun jungle trekking / hiking. Tapi, trek Monkey Beach ni, lebih kepada tepi laut. Kira sepanjang perjalanan, memang nampak laut lah. Jika nak dibandingkan dengan perjalanan untuk ke Pantai Kerachut yang memang kena masuk dalam hutan. Trek dalam hutan. Memang tak nampak laut. Walaupun begitu, tetap ada naik turunnya. Kadang kena memanjat sikit, then ada tangga nak kena daki, ada jugak kawasan menurun. Opkos lah kan. Ada naik, adalah turun kan. Ada kawasan landai. Sebab tu aku mampu tune diri sendiri. Kalau kerja nak memanjat ja macam Gunung Datuk yang puncak dia tak nampak-nampak, penat oi nak tune mind set ni.
Inilah destinasi impian kami. Eceh ! Sampai jugak. Yeebaaa ~
Hilang penat bila tengok keindahan alam kat sini. Then, terasa nak berkreatif dalam photography. Ahaks ~
Usai bajet-bajet photographer, tibalah waktu melantak. Bakar lemaknya sikit, menternak haruslah lebih kan . T_T
Nah ! Amek bau ketiak sikit. |
Kenyang ! Lepak sat. Then, jalan sepanjang pantai. Sambil main air di gigi pantai. Oh ! Nyaman ! Jumpa port lepak yang kira agak best. So, mari bersidai.
Kan tadi cakap decided untuk balik naik bot since perut memasing dah kekenyangan plus kasut pun dah menunjukkan tanda-tanda ia bakal kembali ke rahmatullah. Masa atas bot ni lah baru sedar, jauh jugak perjalanan kami.
Si peninggal jasa yang banyak kepadaku |
Bot-bot kat sini ala2 bot dekat Pulau Perhentian. Masa dalam bot tu jugak timbullah satu perasaan. Perasaan rindu dekat Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Rindu bau laut. Rindu nak main laut. Serba serbi rindulah ~
So far, aku rasa aku berpuas hati dengan diri sendiri walaupun sudah lama menternak lemak dan sudah lama tidak membakarnya secara aktif. Ni kalau pi tiap-tiap minggu, mesti pejam mata ja sepanjang perjalanan. *poyo*
Dekat Monkey Beach, Taman Negara Pulau Pinang tu memang ramailah orang. Pelancong Arab pun ramai jugak yang datang. Aktiviti mereka hanyalah bersantai bersama angin laut. Ada jugak yang riang ria bermandi manda. Banyak jugak aktiviti yang boleh dilakukan disana.
*Entri ditaip dua hari berturut-turut. Pada hari kejadian, dan keesokkannya*
24 comments
oooohooooii..dah 10tahun kat penang tapi blom pernah jejak lg kaki kesini..tggu anok besar sket laa kut..ntah2 beranak lg xdpt ler nak pergi..kikikiki
ReplyDeletehahaha.. naik bot pun boleh Kak Murni...
Deletewahh monkey beach yg chantik dan nyamann., ;p
ReplyDeleteNyaman ? part mana yang nyaman tu wak ? ngeh2
Deletesuami pernah daki. daki punya daki sekali sampai rumah api tutuppppp
ReplyDeletebahahahahaha terus kecewa
:p
hahaha.. rumah api tu tak pernah sampai lagi..
Deletein sha allah, lepas ni bolehlah cuba.. ^_^
ni ke pantai yg diorg jumpa pelarian2 tu? cantik...tp sy pegi setakat pintu dpn tmn negara tu je ;-)
ReplyDeletePerlarian ? heh2.. tak up to date masa tu.. so, tak sure... ngeee
Deletedepan pintu pun okey jugak tu.. next time, boleh masuk dalam pulak
Uhuii, bestnya tepi laut. Tambah super duper best bila kita penat mengembara *cewah ayat*, peh sampai juga ke tempat yang kita tuju. Terharu sungguh rasa dengan pencapaian diri, hehe :)
ReplyDeletehahaha.. betul2.. nikmat dia ada kat hujung... ^_^
DeleteBestnya.. nanti mummy pun nak try pi gaklahh... :D
ReplyDeleteYeay ! nanti nak ikut mummy jugak lah..
Deleteboleh tak ..? *pelis*
zaf, kak ana memang suka dengan pantai ni,damai sangat bila melihat ombak.. aktiviti yang menarik disini :)
ReplyDeletekan... Zaf pun suka pantai.. aduh !
Deletesyoknya..xsampai lagi sini
ReplyDeleteNanti plan buat BBQ ngan #bu .. ^_^
DeleteLawanya tempat.. Boleh masuk dalam senarai cadangan untuk pelajar nie..
ReplyDeleteboleh2.. ramai student hari tu...
DeleteJom kita berkelah kt sana geng2 #BU
ReplyDeletemesti seronok... sambil makan, sambil mandi.. sampai bila pun tak kenyang.. haha
Deletehari tu duk usha2 gak lak tempat ni..ni dkt2 ngan taman negara eh..jauh x nak daki tu huhu
ReplyDeleteigt nak pi sana ngan cik abe kito
memang dalam taman negara pun Kak El . 3396.2 M, gitulah jaraknya... tapi, sambil jalan sambil tengok laut, tak perasan pun...
Deletewajib pi kak.. memang best.. niat nak berulang jugak nanti..
sini best le sebab takdak orang sangat.. tak tercemar lagi..
ReplyDeletepart nak hiking tu iols is malas you.. i nak naik boat je terus sampai lalala..
whenever you're paying a visit to this beautiful monkey beach in penang, don't forget to take a short hike to the muka head lighthouse as well! it's a sweet way to connect with nature! Oh, they also have one of the most beautiful starbucks in whole of malaysia - don't forget to visit the starbucks in batu ferringhi!
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^